Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

30 Jun 2015

SALAM IDULFIRI MAAF LAHIR DAN BATHIN


IN SHA ALLAH .......

DUA MINGGU LAGI KITA AKAN SAMA-SAMA MENYAMBUT LEBARAN,
BIARPUN RAMADHAN AKAN MENINGGALKAN NAMUN RUTIN NYA WAKTU
BEGITULAH....
HADIR DAN MENINGGALKAN SERING BERGANTI..
DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM AIDILFIRTI
UNTUK SEMUA RAKAN BLOGGER YANG SAYA KENALI...
SERTA MAAF LAHIR BATHIN
ATAS SEGALA BENTUK KESALAHAN YANG PERNAH SAYA
ATAU KELUARGA LAKUKAN...


 

23 Jun 2015

RAMADHAN HADIR LAGI

Seperti biasa, saban tahun Ramadhan hadir lagi....
Seusia begini, memori lama mengamit kembali
menelusuri Ramadhan yang pernah ditempuhi...

Penuh suka duka,
Hampir seminggu rupanya kita berada di Ramadhan 1436H....
Cepatnya masa berlalu.
Ramadhan hadir lagi, Ramadhan selamanya dalam kenangan.

Semoga Ramadhan kali ini
lebih membahagiakan buat kita semua.... Aamiin....

16 Mac 2014

CATATAN HARI HUJAN...



 

Setelah tiga bulan tiada setetes hujan pun yang membasahi bumi ini, pagi tadi gerimis yang panjang hingga lewat sore ini merembes disini. Termangu dalam gerimis memikirkan masa yang mendatang. Alhamdulillah... syukur atas anugerahNya. 
 
           Rindu akan masa lalu, diwaktu hujan begini di zaman anak-anak, kami berkejaran sekeliling kampong bermain air hujan sepuasnya. Jeritan ibu dijendela memanggil kami pulang... itulah kerinduan panjang yang amat membahagiakan.

RUMAH MODE, BANDUNG INDONESIA


RUMAH MODE....

Apa yang menarik tentangnya,? Ianya  salah sebuah pusat beli belah (outlet) yang agak terkenal di Bandung, Indonesia. Adalah menjadi kegilaan bagi shoppers Malaysia jika berkunjung kesini. Barangan yang dijual tidak lah begitu mahal jika dibandingkan dengan di outlet kita. Menjual barangan yang asli dan berjenama. Cuma sediakan ongoks untuk membelinya.....





LAMA TIADA BERADA DI BLOG...


Sudah begitu lama meninggalkan blog.... tersuai dengan FB lalu.. blog yang dulunya sangat popular di kalangan kita pelayar maya kini semakin ditinggalkan. Tanpa catatan atau gambar-gambar terkini... perubahan mengikut peredaran semasa.

Royal Enfield - Desert Strom 
 
Lama leka meninjau di persada maya, akhirnya seperti banyak yang terbazir... sekadar mengisi masa senggang....


24 Jun 2013

CUACA YANG BERJEREBU...


Beberapa hari kebelakangan ini, cuaca berjerebu.... sangat tidak sihat dan adakalanya bacaan IPC melebihi paras 300 yang menandakan berbahaya. Kepada semua hati-hatilah semasa menjalankan aktiviti diluar rumah, perlu menjaga keselamatan dan kesihatan.
 
Hampir seminggu berlalu, cuaca hari ini agak cerah dan jerebu sedikit berkurangan. Namun topeng muka masih kekal dipakai kerana cuaca masih berjerebu lagi. Kepada penunggang motorsikal hati-hati menunggang. Pakai topi keledar, cermin mata hitam dan penutup mulut.....

Sampai jumpa lagi.......




27 September 2012

Tangga Kayu


Untuk menuju ke veranda rumah, tetamu perlu menaiki sebuah tangga kayu yang sangat lama, dengan 13 anak tangga bagi menikmati udara segar diruangan tersebut. Ditutup bagi keselamatan dengan pintu kayu yang unik. Ruangan ini juga boleh dijadikan bilik untuk tempat tidur bagi lelaki bujang yang gemar menikmati udara segar, dingin yang menggigit tulang hitam pabila dinihari....
 
 

Tangga kayu menuju ke veranda di tingkat atas

RUANG DALAM.... RUMAH ATAS (TINGKAT 1)

  
Salam semua, agak lama blog saya ini terbiar tanpa dimuatkan dengan cerita terbaharu. Semasa aidilfitri yang lalu seorang sahabat ( Mohd Salmee ) sempat membuat satu snap dalam ruang dalam dirumah ini. Teknik photo shoot yang menarik ditag kepada saya untuk diabadikan di ruang ini. 
 
 
RUANG DALAM... RUMAH ATAS
 DISERIKAN DENGAN DUA TIANG UTAMA
Sebuah tempayan kecil, menuju ke ruang makan terdapat dua daun pintu lama yang
diolah dengan cermin berwarna jadi penghias kepada laluan kecil.