Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

08 Januari 2009

MENUNGGANG MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI

SATU LAGI KOLEKSI MOTORSIKAL
MILIK BLOGGER



BLOGGER BERSAMA MOTORSIKAL

Jika memandu mpv macam saudara saya Amir, memang best. Tapi jika menunggang motorsikal berkuasa tinggi ( 175cc dan ke atas ) banyak yang kata lagi best. Tapi yang saya alami, menunggang motorsikal lagi best. Apa taknya - rasa bebas dan menyeronokan.

Tak percaya cuba le. Jangan yang mahal-mahal Jaguh secon-hand pun ok, jika dah ubahsuai ekzosnya. Mula-mula jalan-jalan di jalan negeri kemudian ke lebuhraya. Tapi jangan merempit, kita ni dah tua bawak 110 kmj hingga ke 160 kmj pun air mata dah meleleh di tepi pasal anginnya kuat.

Tak percaya cuba beli sebuah m/sikal yang 150 cc ke atas. Vroooooooommmmmm....menyayat rasa.....

Jumpa lagi......

07 Januari 2009

TAMAN DALAM RUMAH


RUMPUN KELADI DI SUDUT TAMAN,
UNTUK MAINAN DARA JELITA,
SEBUAH RUMAH DI DALAM TAMAN,
RIANG TERTAWA TANPA AIR MATA

Salam pada semua pembaca,


Mengapa harus aku menamakan blogku ini `Taman Dalam Rumah''. Kerana sememangnya aku dan keluarga impikan sebuah rumah yang kecil dan mempunyai taman di dalamnya. Kebanyakkan rumah sekarang - rumah dalam taman - taman perumahan.


Jika memungkinkan aku memiliki sebuah rumah, biarlah yang ada taman di dalamnya. Biarpun kecil, cukuplah buat kami dan sekeluraga berehat dan berteduh dari hujan panas juga ancaman mara.


Ingat masa kecilku dulu, kami orang susah ( tetapi sekarang pun susah juga) tinggal di rumah kecil yang tidak sempurna, nak ajak kekawan datang pun malu. Kata emak (arwah) dan abah - Kita orang miskin dan susah - beginilah. Dalam usia yang sentiasa meningkat, aku selalu memikirkan untuk menyediakan sebuah rumah indah untuk keluarga. Rupanya sangat payah dengan pendapatan yang akan miliki untuk menydiakan sebuah rumah yang diimpikan.


Lalu apabila tuaku - selalu yang aku dan kakak-kakak harapkan ialah sebuah kediaman yang bukanlah besar, tetapi sempurna untuk kami dan abah. Abah seorang yang sangat baik dan dalam kehidupannya tidak pernah berhutang. Orang miskin siapa yang percaya dan mahu memberi hutang.


Anak-anakku, berusahalah untuk terus maju dan berjaya. Orang miskin seperti kami, selalu bertekad besar dan berusaha. Abah hanya mendoakan. Moga Allah perkenankan.



Salam buat semua.