Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

30 Julai 2009

PERNAHKAH ANDA BERTEMU DENGAN ORANG BUNIAN, ISTANA BUNIAN ATAU TERSESAT KE ALAM BUNIAN?


GAMBAR : HANYA SEBAGAI HIASAN
DI SUNTING DARI WEB. ISTANA BUNIAN

Di zaman kecil saya, saya sering diperdengar dengan cerita-cerita mengenai orang bunian, istana bunian atau kisah-kisah berkaitan dengan Dunia Bunian oleh pencerita/penceritera lisan di masa itu.

Semasa remaja saya, satu kejadian telah berlaku di kampung saya sendiri iaitu seorang senior saya telah di bawa menerokai ke alam bunian itu sendiri. Tak silap saya dua hari satu malam barulah kawan saya itu di kembalikan kepada keluarga mereka dalam keadaan yang tidak bermaya.

Kebelakangan ini saya banyak mendengar cerita-cerita begini timbul semula, ada satu kejadian pada satu malam sekeluarga yang singgah untuk makan di sebuah warung ditepi jalan raya, telah masuk ke dunia Bunian.

Kejadian hanya disedari apabila salah seorang dari mereka tertinggal telefon bimbit dan berpatah balik untuk mendapatkannya semula. Apabila sampai di tempat mereka makan tadi, tiada satu warung pun disitu, sebaliknya hanya kebun getah lama yang gelap dan sunyi.

Apabila telah pasti tempatnya, satu panggilan telah dibuat ke nombor berkenaan dan telefon bimbit tadi berdering di atas satu tunggul getah lama.

Tapi pernahkah kejadian ini berlaku dalam diri anda sendiri atau keluarga yang rapat dengan anda? Tentu cerita begini begitu menarik untuk kita kongsi bersama.

Jika ada ceritakan kepada saya..




27 Julai 2009

BUMI YANG INDAH PENUH KEHIJAUAN

ALANGKAHNYA INDAHNYA DUNIA JIKA
DIPENUHI DENGAN KEDAMAIAN YANG SERBA HIJAU BEGINI

Bumi akan sentiasa kelihatan serba indah Kehidupannya akan sentiasa kelihatan menarik dan menawan Jika kita semua dapat menghargainya Dengan menjaga kebersihan alam sekitar dan ecosistemnya Dengan sempurna untuk hadiah kepada generasi Yang akan datang Untuk anak, cucu dan cicit kita semua Selamat melestarikannya.....

Sempena wabak H1N1 yang kini terus melanda








14 Julai 2009

BILAKAH MASA SEORANG LELAKI ITU BERADA DALAM KESURAMAN?

GAMBAR HIASAN:
JIKA KELIHATAN SEORANG LELAKI
DALAM KEADAAN BEGINI - DIA DALAM KESURAMAN




GAMBAR HANYA HIASAN
( Disunting dari internet )


Ramai rakan-rakan bertanya bilakah masa seorang lelaki itu akan merasakan dirinya dalam kesuraman (kemurungan) ?. Tidak begitu payah untuk memberikan satu jawapan yang diperlukan apabila diterpa oleh soalan yang tidak semena-mena begitu. Lantas sebagai seorang lelaki, aku memberikan satu jawapan "apabila seorang lelaki itu tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupan sehariannya".


Tetapi bagi seorang lelaki, banyak lagi punca lain yang menyebabkan mereka akan berasa suram atau dalam kemurungan begitu. Misalnya gagal dalam melaksanakan projek mega mereka, kehilangan pekerjaan, hilang keupayaan diri atau fizikal, menghadapi masalah dalam tempat kerja, kehilangan seorang sahabat yang akrab, putus cinta, ditinggalkan isteri, anak dan lain-lain punca yang menyebabkan begitu.


Otak seorang lelaki akan terus berputar dan bekerja mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah kesuraman dan kemurungan yang dihadapinya sehingga selesai. Jika tidak selesai, mereka akan mengalami pelbagai masalah sampingan seperti kurang tidur akibat memikirkan bebanan yang dihadapi atau dipenghujungnya akan menyebabkan kehidupannya terabai. Jika ditahap puncaknya mereka kelihatan seperti kurang siuman.


Tapi agak jarang bagi seorang lelaki menghadapi soal kemurungan yang terlampau, bagi seorang lekaki walaupun hutangnya berjuta, walaupun ditinggal isteri dan kekasih, biasanya lelaki akan menyelesaikan permasalahan kemurunganya dengan mengambil beberapa langkah yang kadang-kadang diluar jangkaan. Jika masalah kewangan mereka akan berhutang atau berkerja dengan lebih tekun ( dengan apa cara sekalipun sehinggakan sanggup menipu dan memperdaya ).


Disini menyerlahnya daya fikir seorang lelaki, apalagi jika ianya seorang yang telah berusia dengan banyak pengalaman hidup yang pernah ditempuhinya.


Bagi seorang lelaki muslim, kebanyakannya akan meningkatkan amalan dengan melakukan solat-solat tertentu yang dianjurkan oleh Islam. Walaupun sebelum ini mereka tidak pernah melakukan amalan tersebut. Penyelesaian ini dilihat lebih menjurus kearah kebaikan sebelum tiba masa kesuraman dan kifarah bagi mereka. Jika bukan Islam, mungkin tindakan mereka juga begitu atau ke tempat-tempat hiburan yang boleh menenangkan fikiran biarpun sementara.


Apapun keadaan dan masanya, waktu kesuraman atau kemurungan akan datang juga dalam kehidupan sesorang lelaki. Cuma bebanan dan masalahnya berbeza-beza, mungkin sedikit atau kelihatan langsung tiada jalan penyelesaiannya ( bergantung kepada pengalaman dan sebanyak mana waktu kesuraman itu pernah ditempuhinya ).


Namun akal dan ego seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah SWT biasanya akan mampu menangani masa kesuramannya mengikut satu jangka waktu tertentu, sebab itulah dalam Islam kuasa 'talak' diberikan kepada insan yang bernama lelaki. Jika kuasa itu diberikan kepada wanita, tentulah lebih ramai lagi jumlah lelaki yang menduda dimasa ini.


Sebab itu, sejauh manapun kehebatan seorang wanita, akalnya tidak mampu menjangkau atau mengalahkan cara seorang lelaki berfikir. Jika kita menyorot beberapa kisah wanita hanya mampu menyelesaikan kemurungan mereka dengan tangis dan air mata. Sementara lelaki menyelesaikan waktu kemurungannya dalam sebuah tawa yang penuh derita.


Jika tidak percaya, bertanyalah kepada seorang lelaki, bilakah waktu-waktu kesuraman dan kemurungan hadir dalam hidupnya. Ketemukan satu jawapan yang hampir pasti dari mereka.




02 Julai 2009

HARI MINGGU - AKTIVITI YANG PALING MENYERONOKAN


PALING SERONOK ....
MENUNGGANG EASY BIKE

Pada hari minggu kebiasaannya, aku dengan motosikal burukku akan berdesir menentang angin membelah lebuhraya atau jalan negeri mencari kebebasan sendiri. Hari cuti biasalah, setelah penat bertugas sepanjang masa inilah masa untuk merehatkan minda.Vrrroooooommmmm.....!


Selalunya aku berkumpulan, tetapi tidak ramai. Macam cerita - Wild Hogs. Kumpulan kecil kami aku gelarkan - Wild Hawks -. Tiada arah tertentu, ikut rasa dan masa. Biasanya ke Melaka atau JB, kekadang bersarapan di Macap R&R Highway.


Tapi pada Ahad lepas, ada satu mamat ni, ikut belakangku, kelihatan macam Hulk Hogan, terfikir juga aku, tak kan lak Hulk Hohgan main motor sampai ke Malaysia? Rupa, usia dan gayanya memang ada, tapi tubuhnya kecil sedikit.


Sedang aku membesit dengan kelajuan 160 km, Si Hulk Hogan palsu ni sudah willey dia punya easy ride ( plat wilayah ) dengan kelajuan begitu. Dia menganjing aku rupanya. Tapi sebagai penunggang berhemah aku tak berapa layan karenahnya. Aku bunyikan honk, bagi dia semangat supaya lagi laju. Dalam hati aku badigol punya rider tak sayang nyawa.


Tiba di R & R Macap, aku turun untuk mengeteh, kelihatan bike Si Hulk Hogan palsu ni park kat situ. Aku turun dan meninjau disekitar, tak nampak pun si badigol tu. Tak lama kelihatan sesusuk tubuh berpakaian biker lalu dihadapanku, aku hai kat dia dan bersalaman sambil memperkenalkan diri "Zed" dan "Kuntong " balasnya ringkas.

"Waaah..galak lu menganjing gua tadi eyk?". Dia senyum je "Saja cari kawan ,ingat lu kejar tadi".

"Hey bro lu salah masa lah...jika 10 tahun dulu, mungkin lu cium asap jek. Sekarang ni hati gua dah basah. Ingat anak bini".
"Gua ni makin tua makin hati kering" egonya dia.
"Ehh...apasal seluarlu basah bro" balas gua.
"Terkencing masa willey tadi" selamba jek jawabnya.

Kidung kami berderai dalam keriuhan R & R Machap. Dah tua buat le cara tua. Jangan jadi rider muda lak.
Mengakhiri pertemuan kami, kami berdesir membelah angin lebuhraya, laju ke arah selatan..tanpa tujuan tertentu.


Gambar ikhsan : kiriman blogger Rouslenz - distortion. (thank bro for this image).