Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

28 April 2009

AKAN ADA BAYARANKAH KITA MENGHIRUP UDARA MASA HADAPAN?

RUANG UDARA YANG BERSIH DAN SIHAT
MEMBOLEHKAN RAKYAT HIDUP AMAN DAN MAKMUR
(Gambar hiasan : Oleh Penulis)




Ketika sembang-sembang dan ngobrol bersama beberapa rakan disatu warong petang tadi, aku mengusulkan jika tahap pencemaran udara kita sekarang semakin teruk dengan masalah penyakit berjangkit (seperti selsema babi dan sebagainya). Apa salahnya kerajaan wujudkan satu syarikat (seperti alam sekitar atau apa sahaja) bagi merawat ruang udara kita yang semakin tercemar ini.


Jika ini berjaya dan mungkin akan berlaku. Tiada lagi masalah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut yang akan dihadapi oleh warganegara. Warganegara akan sentiasa sihat dan lebih yakin dengan kemampuan kerajaan yang memimpin mereka. Walaupun cadangan itu dilihat seperti tidak pratikal, namun ianya boleh dilakukan. Jika kita mampu menolok udara, mengapa kita tidak mampu untuk merawatnya pula?



Cadangan ini dilihat dapat menyelesaikan masalah penyakit berjangkit yang boleh membawa maut buat masa ini (selsema babi). Tiada vaksin bagi penawar penyakit ini. Sementara mencari vaksin virus selsema babi, aku rasa kita perlu mencari satu alternatif yang menyeluruh sebelum masalah lain datang.


Kawan ngobrol tadi melongo dengan hujah dan cadangan yang aku kemukakan. Bagi mereka cadangan itu dilihat tidak logik, tapi untuk masa depan segalanya mungkin (blog amirhamzah) jika pihak berkenaan dan para saintis berkerja keras untuk terus meneroka dan mencari jalan penyelesaiannya.


Kawan yang satu lagi pulak menyampuk, kalau macam tu berapa pulak bil udara yang kita kena bayar sebulan?


Tapi kawan, kalau dah ada syarikat yang menguruskannya, tentulah ada pula bayaran perkhidmatan yang dikenakan. Waktu itu semua warganegara yang menyedut udara bersih dan terkawal itu dikenakan bayaran RM3.00 sebulan sahaja untuk seisi rumah. Jumlah bayaran RM3.00 itu taklah mahal sangat harganya ketika itu. Tapi kesihatan dan tahap keselamatan nyawa lebih terjamin. Berbaloikan?


SATU MALAYSIA - SATU IDEA












22 April 2009

GAMBAR YAB PERDANA MENTERI

YAB DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI
Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya, gambar YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah diedarkan kepada umum kah? Jawapan klise dari saya ialah belum. Bila agaknya keluar? sekali lagi saya jawab tidak pasti. Lalu saya jangkakan soalan itu telah tamat disitu sahaja, tapi soalan baru pula diajukan kepada saya - awak agak-agak bila kita boleh dapat? Saya juga menjawab lagi tidak pasti dan tidak tahu. Mereka terus mendesak lagi, alah awak agak-agak sahaja. Untuk tidak menggalakan soalan susulan yang lain saya jawab - lebih kurang tiga bulan. Mereka mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang saya sendiripun tidak pasti akan kebenarannya dan mereka sendiripun faham dengan jawapan agak-agak saya itu.
Saya lihat rakyat sangat berminat untuk mendapatkan gambar YAB Perdana Menteri mereka untuk dihiasi di ruang pejabat atau tempat-tempat umum yang sesuai. Saya ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mempunyai sikap berbangga untuk memiliki potret pemimpin mereka. Perasaan ini begitu mengusik kedalam sanubari hati kecil saya. Mungkinkah rakyat perlukan satu perubahan yang drastik kepada kepimpinan negara yang baru. Atau umum sukakan keterampilan YAB PM kita yang lemah lembut dan kacak ini. Jika begitu harapan rakyat, pihak pucuk pimpinan mesti membalas harapan itu dengan kewajaran yang setimpal.
Berbalik dengan beberapa jawapan yang saya berikan kepada rakan-rakan dan mereka yang bertanya itu, hanya ada satu kesimpulan yang jelas saya dapati, rakyat Malaysia inginkan sesuatu jawapan yang pasti walaupun perkara yang sebenarnya masih belum tentu lagi.
DIUCAPKAN SALAM KEJAYAAN BUAT YAB PERDANA MENTERI DAN BARISAN ANGGOTA KABINET YANG BARU - TUNAIKAN INSPIRASI RAKYAT DALAM HALA TUJU KEPIMPINAN NEGARA BAGI MENGHADAPI BADAI PERGOLAKAN DUNIA HARI INI. SATU NEGARA - SATU MALAYSIA....!

17 April 2009

ADUN PENANTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA



Umum telah mengetahui, Mohammad Fairus Khairuddin (gambar) bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti dan berkuatkuasa serta merta. ADUN yang mewakili parti PKR itu berkata beliau ingin menumpukan untuk melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga ( ini hasrat beliau yang telah menghantar email kepada BERNAMA).



Jika dilihat dari segi alasan yang beliau berikan adalah sangat tidak munasabah, seorang Timbalan Ketua Menteri 1, meletakan jawatan untuk menyambung pelajaran? tapi lebih logik lagi jika seorang siswazah berhenti belajar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 di sesebuah negeri. Saya rasa jika ditawarkan lebih dari 1000 siswazah yang akan berminat untuk menjawat jawatan tersebut.


Apa yang saya lihat, seorang anak muda berusia 32 seperti Mohammad Fairus telah menerima banyak tekanan dan tomahan yang menyebabkan beliau telah disiasat oleh SPRM. Perletakan jawatannya adalah disebabkan sesuatu yang telah tidak tertanggung oleh beliau untuk kepentingan sesetengah pihak. Jadi demi kebaikan bagi dirinya dan pihak berkenaan lebih baik beliau meletakkan jawatan sahaja.


Saya sungguh simpati dengan beliau, beliau juga dijangka akan membuat beberapa pendedahan kepada umum mengenai banyak perkara dengan keputusan yang beliau buat. Pendedahan dari beliau sangat ditunggu-tunggu oleh semua pihak, apalagi bagi pengundi di DUN Penanti.
Ungkapan saya kepada Mohammad Fairus, bersabar dan berterus terang demi kebaikan semua pihak, terutamanya pengundi-pengundi di DUN Penanti, jangan jadikan diri orang lain akan menerima nasib yang sama seperti saudara. Mohammad Fairus seorang yang berprinsip dan jujur dalam berpolitik. Saya percaya dengan pendedahan yang beliau buat, akan menjadikan DUN Penanti akan kembali dikuasai oleh BN semula, walaupun DUN tersebut berada dalam kubu kuat PKR, jika tidak menangpun, majoriti yang akan diperolehi calon BN kali ini lebih tinggi dari PRU 2008.
Wah...nampaknya trend PRK semakin menjadi-jadi disebabkan beberapa perkara yang melanda ahli-ahli YB ( melainkan kawasan yang YB berkenaan meninggal dunia ). Kepada pengundi-pengundi DUN Penanti, pilihlah calon dan parti telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia, seperti BN dalam pemilihan kali ini. Jika tidak saya bimbang warga DUN Penanti akan terus merana sehingga PRU13. Tetapi jentera BN mestilah berkerja keras untuk meraih undi rakyat, jangan menggunakan taktik lama dalam meraih undi. Guna taktik dan teknik yang berkesan untuk menarik perhatian pengundi.
Saya bimbang pula jika kali ini calonnya salah seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang yang akan bertanding di DUN tersebut bagi memenangi kerusi DUN berkenaan. Taktik ini sering digunakan oleh barisan pembangkang dan mereka berjaya.
Dan salam buat semua warga DUN Penanti, bersabarlah menanti sehingga hari mengundi.
SELAMAT MENGUNDI.....!!! salam mesra dan hormat dari saya Zedmagel.

15 April 2009

MY WORDS THANK YOU FOR THE OUTSIDER VISITOR -

A HALL VIEW IN THE EVENING -
A NARROW HALL WILL LOOK A QUIET LARGE IF
ITS INFORNT A GREEN GRADEN.
CONVERCATION IN THE OPEN HALL MAKE TIMES RUNNING FAST.

In a very quiet evening if you seat in this hall your can hear a bug and grasshoper shouting and singing, like a symphony of the nature, because this hall is srounding by the greenie bushes an orchad. If your are lucky, yau can catch and relese a bug which come inside visited you. My friend from KL shock when he heared a louder and busy sound by the bug, but that time the bug try to catch their partner for make a love.
While a full moon, you can get rest at the open balcony up there (really next step from this hall) to stay with shining moonlight and lovely wind go thru ' at the balcony.




THIS IS A VIEW OF FAMILY LIVING,
( DAY BED WITH A FEW PILLOW -
A BUDDY CAN GET A NAP AFTER ZOHOR PRAY )


Most of us, in Malaysia (for a muslim peoples ) they'll get a nap after their lunch, Zohor Pray and finished their works in the afternoon. They need some rest and continue their work back after wake-up time. They works at their own orchad nearby their houses. They need a comfort day bed for this break time. In my home we set a day bed, TV and fan in a family living which open space for health.



A SMALL PICTURE WILL MEANING
1001 STORY BEHIND........THAT STILL A LOT OF WORD
I CANT DISCRIBE FOR YOU FOR THIS VIEW






WHATS A NEW VIEW?

A SCENERY CAPTURE FROM THE POOL SIDE -
UNDER THE BAMBOO TREES


A WOOD, STONE AND FLOWERS
- A REST PLACE IN COOL GARDEN INFRONT OF THE HALL


Take a rest here, in the night you can breath with a cool fresh air
and srounding by a moonlighting.
In the morning you will see the bloomes of flowers beside you,
its catch you dreams.




AT NIGHT - LIGHTING IN A FAMILY LIVING
HANGING AT THE WOOD CRAFT PILLAR



WOOD HANDY CRAFT (AGE MORE THAN 100 YEARS)
PRICE - RM4000.00 BELONG THE OWNER

THE OLD DOOR - MAKEUP TO THE NEW LOOK



THIS A WOOD LADDER UP TO THE BALCONY
TO SEE MOONLIGHTING COME CLOSE SHINING OVER YOU
JUST UPSTAIRS FROM THE HALL BUT IT THRU'
THE GREENIE GARDEN LOCATED


PHOTOS BY : LIA SYAHIRA AND ZEDMAGEL
TEXT BY : ZEDMAGEL
Note : This blog may be contain an error spelling in UK / US English.
"Really sorry from The editor - zedmagel - hope you'll enjoy a nice capture and give your comments"



14 April 2009

BEBERAPA SNAP DAN CAPTURE

RUANG TAMU INI AGAK KECIL, TETAPI KELIHATAN LUAS
APABILA BAHAGIAN TERSEBUT BERSAMBUNG DENGAN
LANSKAP TAMAN YANG BERADA DIHADAPANNYA

Jurukamera & teks : zedmagel

SATU CAPTURE, SESUATU YANG MENARIK

SATU SUDUT YANG KELIHATAN HIJAU,
SEBUAH TEMPAYAN BESAR LAMA
LEBIH NAMPAK KLASIK DAN MENARIK
Jurukamera & Teks : zedmagel

Satu ruang yang harus tidak dibiarkan kosong, dibawah tiang utama yang kelihatan ditumbuhi dengan pokok-pokok hijau bagi menyeri satu sudut ditepi kolam.


SATU WAKTU, SUATU CAPTURE



PELBAGAI BUNGA-BUNGAN DI SATU SUDUT TAMAN,
YANG MENJADI HIASAN PEMILIH RUMAH
PUAN ROZANA ZAINAL

Jurukamera & Teks : Zedmagel




Sebuah sudut taman akan menjadi lehih indah dan nyaman jika dihiasi dengan pelbagai bunga yang sedang berkembang. Saya berkesempatan untuk membuat satu snap yang menghimpun beberapa pasu yang bunganya sedang menguntum dan berkembang.






09 April 2009

LAGI SNAP DI LAMAN TAMAN DALAM RUMAH

MEJA TAMAN DI ANJUNG SEBELAH ATAS
TAMAN DALAM RUMAH
( BERLATAR BELAKANGKAN POHON BUAH-BUAHAN
DUSUN DUKU, DURIAN DAN RAMBUTAN )
Suasana redup, damai dan menyamankan dapat dirasakan apabila bersantai di anjung bahagian atas, Taman Dalam Rumah. Suasana dingin dengan bunyi cengkerik dan riang-riang yang bersahutan lebih dapat dinikmati apabila menjelang malam. Dari balkoni rumah ini anda akan melihat keadaan sekeliling sejauh 30 - 50 meter. Angin malam yang kedinginan sering menerobos masuk ke anjung yang terbuka dan luas ini.

IBARAT SIREH PULANG KE GANGGANG

DATUK SERI DR RAIS YATIM

Perlantikan YB Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan dalam Kabinet baru pada penggal ini tidaklah begitu memeranjatkan bagi orang politik di negara ini. Kembalinya Datuk Seri Dr Rais ke Kementerian Penerangan - ibarat sireh pulang ke ganggang, kerana beliau merupakan bekas menteri di kementerian berkenaan pada satu ketika dulu.


Kementerian Penerangan yang dianggap kementerian agak kanan dalam negara ini sememangnya memerlukan seorang menteri seperti beliau. Beliau seorang yang berprinsip dan mempunyai idea yang bernas dan ditambah dengan pidato dan hujjah yang mampu menyakinkan semua orang, membuatkan kementerian ini akan lebih menonjol disamping dengan gabungan beberapa lagi kementerian dan jabatan di bawah pimpinanya.

Bagi seorang menteri yang senior dalam kabinet negara, YB Datuk Seri Dr Yatim dilihat mampu untuk mengimbangi barisan kabinet baru serta memantapkan lagi kedudukan BN di masa akan datang.


TAHNIAH DATUK SERI DR RAIS YATIM, TERUSLAH BERJUANG MEMPERKASAKAN AGAMA DAN BANGSA.
AKAR KELADI LILIT SELASIH,
SELASIH TUMBUH DI HUJUNG TAMAN,
KALUNGAN BUDI JUNJUNGAN KASIH,
MESRA KENANGAN SEPANJANG ZAMAN.

CALON NAIB PRESIDEN - MASIH KEKAL SEBAGAI MENTERI PENUH

DATUK SERI MUHAMMAD KHALID NORDIN


YB. Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin, calon Naib Presiden UMNO yang menduduki tempat ke empat semasa pemilihan Mac lalu dilihat kekal sebagai Menteri Pengajian Tinggi (di kedudukan yang lalu). Tindakan bijak YAB Perdana Menteri yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui kementerian berkenaan sepenggal lagi dilihat tepat dan penuh bermuslihat. Ini disebabkan Datuk Seri Muhammad Khalid pernah menjelaskan beliau akan cuba menarik penuntut-penuntut di IPTA / IPTS supaya rapat dengan UMNO dan BN bagi menjadikan genarasi muda lebih mesra dengan pemerintah.



Jika dilihat sekarang, kebanyakan pengundi muda lebih cenderung untuk memilih calon parti pembangkang sebagai wakil mereka di kerusi DUN dan Parlimen. Jika keazaman ini dilihat mengapa tidak YB Datuk Muhammad Khalid dikekalkan untuk menerajui kementerian berkenaan.


TAHNIAH...!! DATUK SERI MUHAMMAD KHALID NORDIN, TERUSLAH MEMIMPIN GENARASI MUDA KE ARAH KECEMERLANGAN MEMBANTU NEGARA.












TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN

YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN
Segala-galanya sudah terjawab - tepat jam 3.20 petang ini, dimana YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kabinet Malaysia bagi penggal ini. Ramai muka baru dan lama yang masih kekal dalam kabinet baru ini. Pertukaran Menteri lama ke kementerian yang baru dilihat dapat membantu kementerian berkenaan dalam menangani masalah utama disamping mengukuhkan kestabilan politik BN dan negara.
Begitupun, lebih ramai muka lama yang terkeluar dari senarai kabinet berikutan saiz kabinet yang semakin dikecilkan. Tambahan pula mereka tidak dapat menyaingi rakan-rakan setugas semasa pemilihan MKT UMNO Mac lalu. Beberapa nama yang dijangka akan muncul sebagai menteri penuh juga turut tidak disenaraikan. Termasuk pemimpin sayap kanan Pergerakan Pemuda Saudara Khairy Jamaludin.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran jelas dilihat mampu untuk menggalas tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Sebelum ini, banyak list barisan kabinet yang telah dibayangkan, tetapi tidak begitu menepati seperti yang telah dibuat.
Kepada yang telah dilantik untuk menjalankan tugas sebagai menteri dan timbalan menteri, diucapkan selamat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka semua.
TAHNIAH, KEPADA YAB PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - JADIKAN JAWATAN YANG DISANDANG SEBAGAI SATU AMANAH DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

03 April 2009

KISAH BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

SALAH SATU SNAP DI BLOG TAMAN DALAM RUMAH
Jurukamera : LIA SYAHIRA



Salam hormat saya kepada semua blogger,

Al kisah minggu ini, berdentum dentamlah cerita-ceriti ( taik mata muat inti - bagi orang yang mengantuk) mengenai Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Batang Air ada cerita juga tapi taklah sehangat dua tempat ni. Batang Air apa nak diceritakan memang dah kemenangannya buat BN. Yang blogger pro dan kontra pun memaki hamun sesama blogger sendiri, pasal ketaksubaan sangat kepada parti-parti mereka. Walhal mereka ni bukanlah pengundi di tempat-tempat tersebut.

Blogger BN dengan hujjah-hujjah padu mereka mengatakan BN menang, yang pro pembangkang apa lagi memaki hamunlah mereka kepada blogger tersebut. Cabar mencabar dalam blog dah sangat biasa. Maki hamun tak payah ceritalah dah permainan blogger.


Balik-balik fikir macam penat lah pulak membaca cerita-cerita mereka ni. Paling geli ketiak bagai dijolok-jolok blogger yang pro pembangkang dahlah memaki hamun dan mencabar. Bagi jaminan yang parti pembangkang menang pulak tu.


Kita bersangka baik sahajalah. Mana-mana parti yang menang pun mereka adalah pilihan pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sekejap tadi saya menerima berita dari teman-teman yang bertugas di kawasan tersebut. Keduduknaya pada ketika ini :

1. Batang Air - BN 80 % - PKR 20% ( mungkin kedudukan BN akan terus meningkat ).


2. Bukit Gantang - BN 70 % - PAS 29 % - Baki 1% ( kepada calon BEBAS - mungkin calon BEBAS mendapat undi di bawah 1% ).


3. Bukit Selambau - BN 58 % - PKR 40 % ( Baki 2% kongsi calon BEBAS ramai-ramai - 8 atau lebih lagi calon akan kehilangan wang pertaruhan ).


Itu berita terkini yang saya dapat. Tetapi kedudukan boleh berubah disebabkan macam-macam perkara yang tidak diduga. Nanti kalau ada maklumat terkini saya bagi lagi. He he...kepada semua blogger saya ucapkan selemat berkempen sebelum jam 4.58 petang 7 April, 2009. Kalau jangkaan tuan betul Tahniah lah. Kalau tak berapa tepat cuba lagi dalam PR Kecil yang akan datang.


Jumpa lagi.........!