Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

09 April 2009

TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN

YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN
Segala-galanya sudah terjawab - tepat jam 3.20 petang ini, dimana YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke enam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Kabinet Malaysia bagi penggal ini. Ramai muka baru dan lama yang masih kekal dalam kabinet baru ini. Pertukaran Menteri lama ke kementerian yang baru dilihat dapat membantu kementerian berkenaan dalam menangani masalah utama disamping mengukuhkan kestabilan politik BN dan negara.
Begitupun, lebih ramai muka lama yang terkeluar dari senarai kabinet berikutan saiz kabinet yang semakin dikecilkan. Tambahan pula mereka tidak dapat menyaingi rakan-rakan setugas semasa pemilihan MKT UMNO Mac lalu. Beberapa nama yang dijangka akan muncul sebagai menteri penuh juga turut tidak disenaraikan. Termasuk pemimpin sayap kanan Pergerakan Pemuda Saudara Khairy Jamaludin.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran jelas dilihat mampu untuk menggalas tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Sebelum ini, banyak list barisan kabinet yang telah dibayangkan, tetapi tidak begitu menepati seperti yang telah dibuat.
Kepada yang telah dilantik untuk menjalankan tugas sebagai menteri dan timbalan menteri, diucapkan selamat memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada mereka semua.
TAHNIAH, KEPADA YAB PERDANA MENTERI DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI - JADIKAN JAWATAN YANG DISANDANG SEBAGAI SATU AMANAH DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

4 ulasan:

  1. salam bro,
    Tahniah kerana dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tahniah juga kerana menjadi Menteri Cikgu-Cikgu.......

    Harap PPSMI akan mendapat jawapan segera.

    BalasPadam
  2. Bro Amir,

    Mudah-mudahan begitulah. Semoga cikgu semua lebih cemerlang

    BalasPadam
  3. Sesiapa berminat untuk dapatkan projek pembinaan bangunan sila hubungi saya Rosli Hassan 012-46888691

    BalasPadam
  4. Saudara Rosli Hassan,

    Diruang ini, tempat kita menulis dan menyuarakan sesuatu mengenai tulisan yang disiarkan bukannya untuk tujuan mendapatkan projek. Saya rasa saudara salah saluran untuk mendapatkan projek tersebut.

    Saya selaku blogger tiada kuasa untuk menyalurkan projek berkenaan minta maaf banyak-banyak. Saudara boleh mendapatkan maklumat di jabatan-jabatan tertentu mengenai projek yang saudara maksudkan.

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini.

    BalasPadam