Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Jun 2009

ROMBONGAN LAWATAN RASMI KE TAMAN DALAM RUMAH

DATUK NORAINI BINTI AHMAD,
AHLI PARLIMEN PARIT SULONG



SATU HIASAN - HIDUPAN LAUT
DAN TUMBUHAN ALAM
MENGHIAS SINKI DAN RUANG DINING


Hujung minggu ini, Sabtu 27 Jun, 2009 - Beberapa jabatan kerajaan dan agensi swasta akan mengadakan lawatan rasmi dalam satu Program Gerakan Menyusur Akar bermula jam 9.00 pagi. Rombongan tersebut yang dijangka akan diketuai oleh YB Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong. Lawatan ini akan diadakan di Kampung Semerah dan kawasan disekitarnya.

Ahli rombongan yang terdiri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama
Islam, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Parit Sulong , Hospital Putra, AJK UMNO Cawangan Pekan Semerah dan beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta akan terus bersua muka dengan penduduk bagi menangani serba sedikit masalah yang dihadapi.

Rombongan akan berkumpul di rumah seorang penduduk Encik Ismail Saie dan akan bergerak ke rumah-rumah penduduk miskin yang terlibat dalam program berkenaan selepas acara taklimat ringkas dan sarapan pagi.

Objektif program adalah bertujuan untuk memberikan sedikit bantuan dan rawatan kesihatan secara percuma kepada golongan OKU, miskin, dan uzur, disamping mendekatkan lagi hubungan penduduk dengan pihak pemimpin dan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta secara langsung.

Program yang sebegini seharusnya dijalankan oleh lain-lain pemimpin bagi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat secara terus. Kehendak rakyat pada hari ini ialah : MEREKA MAHUKAN SEORANG PEMIMPIN BUKAN DI MUSIM PILIHANRAYA SAHAJA, MALAH PADA HARI-HARI BIASA APABILA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA .



17 Jun 2009

CATATAN PERJALANAN KE SABAH BAHAGIAN 2

BLOGGER : DI JESSELTON POINT
SEDANG MENANTI KEDATANGAN BOT
UNTUK MENUJU KE PULAU MANUKAN

Malam itu kami semua menginap di sebuah apartment di Green Colonard, Jalan Muzium KK. Apartment yang menyediakan 3 buah bilik lengkap dengan hall, dining dan dapur agak begitu selesa buat kami. Petangnya kami semua berkubanglah dengan sepuasnya di swimming pool yang tersedia. Berkubang ala kampung begitu.

Night life di KK agak happening juga, disinari dengan neon yang bergemarlapan (maklum saja sehari sebelum itu ada Program Tadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan di KK - Hari Raya Kadazan / Dusun ). Rata-rata remajanya hidup dengan penuh cabaran demi meneruskan kelangsungan hidup yang serba mencabar dan mendebarkan gelojak hati remaja.

Menjamu selera di water front KK dengan hidang laut agak mahal, tetapi dah telanjur makan, kami teruskan juga. Terdapat beberapa pub di tepian water front dengan pub european. Kebanyakan pelancung europa memang suka relax di Sabah, tarikan utama mereka tentulah dengan Gunong Kinabalu, Sabah Park, Pulau-pulau di Sabah dan Orang Utan di Sepilok.

Selain dari pub, kelab malam dan pusat karaoke, di KK juga banyak menyediakan tempat urut. Bukan saja di premis yang berlesen tetapi di tempat terbuka dan awam, seperti di water front KK juga banyak disediakan. Jenis urutan adalah urutan bagi merawat lenguh-lenguh badan, bukannya rumah urut yang tidak bermoral seperti di bandar-bandar utama di semenanjung. Agak lewat malam baru kami pulang ke apartment setelah menelusuri sebuah kehidupan malam di kota KK. Kesimpulannya sebuah kehidupan malam di bandar besar yang kebanyakanya begitulah. Tetapi KK lebih daring dari JB, KL, Ipoh dan juga Penang yang pernah saya dekati.

Malam ini perlu rehat panjang kerana esoknya kami akan ke Pulau Manukan, rehat dan semestinya mandi laut. Menjelajahi kehidupan laut di pulau-pulau di Sabah, mungkin berlainan dengan marine life pulau-pulau di Semenenjung.


Akan bersambung dengan cerita menarik di Pulau Manukan lagi dalam siri 3 catatan perjalanan ke Sabah. Jumpa lagi.



05 Jun 2009

SEBUAH CATATAN PERJALANAN KE SABAH - NEGERI DIBAWAH BAYU PART 1

PENULIS BERGAMBAR DI SEBUAH KEDAI KOPERASI NELAYAN
DI KG WATSON LAUT, BEAUFORT, SABAH
( KEDAI BERKENAAN JUGA DIDIRIKAN DI ATAS AIR
DI TEPI MUARA SUNGAI

(Selesai Jamuan Makan Majlis Perkahwinan)


Tepat jam 7.05 pagi 29 Mei, 2009 ( Jumaat ) , pesawat 737 AA berlepas dari LTA Senai, Johor Bahru menuju ke LTA Kota Kinabalu, kami mendarat jam 9.30 pagi (lebih kurang 2 1/2 jam ) penerbangan melintasi Laut China Selatan. Bersama 40 orang ahli rombongan ( termasuk wanita, kanak-kanak dan dewasa ) kami dibawa oleh sebuah bas khas yang sedia menanti di LTA KK dan terus menuju ke Beaufort. Bagi menyempurnakan majlis perkahwinan keponakan perempuan saya. Walaupun Beaufort tidak jauh dari KK lebih kurang 85 km sahaja jaraknya, tetapi perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam untuk sampai di Kg Watson Laut, Beaufort kerana keadaan jalanrayanya yang berbukit dan berselekoh.


Rombongan kami berhenti untuk makan tengahari jam 12.00 tgh., sebelum solat Jumaat di sebuah restoran di pertengahan jalan ke Beaufort. Seusai solat Jumaat kami meneruskan perjalanan terus ke Pekan Beaufort dan singgah di Pasar Tamu. Pasar Tamu Beaufort seperti pasar lambak di semenanjung juga, tetapi kawasannya agak luas dan dipenuhi pelbagai jenis barangan pakaian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih kurang 2 jam di Pasar Tamu perjalanan di teruskan ke Kg Watson Laut, lebih kurang jam 3.45 petang kami sampai disana.


Kami menginap di salah sebuah Home Stay di Kg Watson Laut, tetapi mengalami masalah bekalan air. Untuk lebih mencabar beberapa teman dan saya mengambil keputusan untuk tinggal di masjid jamek di sana, selain mempunyai kelainan kami dapat berjemaah pada setiap waktu dengan kemudahan yang lebih selesa. Pada sebelah malamnya kami berkesempatan untuk melihat majlis berinai bagi suku kaum Brunei, agak berbeza dengan majlis berinai di semenanjung, mepelai diinai dihadapan saudara mara di tengah rumah oleh mak andam dan kami semua berpeluang melihatnya.


Berkesempatan meninjau keadaan Kampung Watson Laut pada sebelah malam, kami melihat penduduk tempatan memancing udang galah di jeti berhampiran. Walaupun jam baru mencecah 10.00 malam, keadaan agak sunyi kerana waktu Sabah kami jangka awal satu jam dari waktu semenanjung. Namun di warung-warung dan rumah-rumah tertentu di persisiran sungai masih terdapat anak-anak muda mendendangkan lagu-lagu pop dan dangdut melalui sistem nyanyian karaoke.


Kebanyakan penduduk di Kg Watson Laut majoritinya berketurunan Melayu Brunei, Cina dan Kadazan/Dusun, dengan populariti seramai 3000 orang kejiranan disini mesra dan sangat peramah. Sebilangan mereka mendirikan rumah di atas air di muara sungai berkenaan, termasuklah rumah pengantin tersebut. Pemandangan rumah diatas air memang berlainan bagi saya dan teman-teman, agak menyeronokan (tetapi untuk tinggal terus tak tahu lagi ).


Malam yang semakin larut di Kg Watson Laut dengan puputan bayu sungai yang terbentang luas membuatkan mata kami terasa mengantuk dan keesokan paginya perlu bangun awal kerana solat Subuh bermula jam 4.15 pagi disini.


Keesokan harinya setelah selesai jamuan perkahwinan kami bertolak ke KK dengan sebuah van persendirian dan akan tinggal selama sehari di Colonard Apartment. Tambang van RM200.00 dengan jumlah 9 orang penumpang.


Bahagian ke dua akan dipenuhi dengan cerita-cerita lebih menarik tentang blue night life di KK akan bersambung ditulisan akan datang jika ada respon dan teman-teman blogger, kalau tak ? buat penat sahaja aku menulisnya. Salam mesra dan jumpa lagi........wassalam.