PENULIS BERGAMBAR DI SEBUAH KEDAI KOPERASI NELAYAN
DI KG WATSON LAUT, BEAUFORT, SABAH
( KEDAI BERKENAAN JUGA DIDIRIKAN DI ATAS AIR
DI TEPI MUARA SUNGAI
(Selesai Jamuan Makan Majlis Perkahwinan)
DI KG WATSON LAUT, BEAUFORT, SABAH
( KEDAI BERKENAAN JUGA DIDIRIKAN DI ATAS AIR
DI TEPI MUARA SUNGAI
(Selesai Jamuan Makan Majlis Perkahwinan)
Tepat jam 7.05 pagi 29 Mei, 2009 ( Jumaat ) , pesawat 737 AA berlepas dari LTA Senai, Johor Bahru menuju ke LTA Kota Kinabalu, kami mendarat jam 9.30 pagi (lebih kurang 2 1/2 jam ) penerbangan melintasi Laut China Selatan. Bersama 40 orang ahli rombongan ( termasuk wanita, kanak-kanak dan dewasa ) kami dibawa oleh sebuah bas khas yang sedia menanti di LTA KK dan terus menuju ke Beaufort. Bagi menyempurnakan majlis perkahwinan keponakan perempuan saya. Walaupun Beaufort tidak jauh dari KK lebih kurang 85 km sahaja jaraknya, tetapi perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam untuk sampai di Kg Watson Laut, Beaufort kerana keadaan jalanrayanya yang berbukit dan berselekoh.
Rombongan kami berhenti untuk makan tengahari jam 12.00 tgh., sebelum solat Jumaat di sebuah restoran di pertengahan jalan ke Beaufort. Seusai solat Jumaat kami meneruskan perjalanan terus ke Pekan Beaufort dan singgah di Pasar Tamu. Pasar Tamu Beaufort seperti pasar lambak di semenanjung juga, tetapi kawasannya agak luas dan dipenuhi pelbagai jenis barangan pakaian, buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih kurang 2 jam di Pasar Tamu perjalanan di teruskan ke Kg Watson Laut, lebih kurang jam 3.45 petang kami sampai disana.
Kami menginap di salah sebuah Home Stay di Kg Watson Laut, tetapi mengalami masalah bekalan air. Untuk lebih mencabar beberapa teman dan saya mengambil keputusan untuk tinggal di masjid jamek di sana, selain mempunyai kelainan kami dapat berjemaah pada setiap waktu dengan kemudahan yang lebih selesa. Pada sebelah malamnya kami berkesempatan untuk melihat majlis berinai bagi suku kaum Brunei, agak berbeza dengan majlis berinai di semenanjung, mepelai diinai dihadapan saudara mara di tengah rumah oleh mak andam dan kami semua berpeluang melihatnya.
Berkesempatan meninjau keadaan Kampung Watson Laut pada sebelah malam, kami melihat penduduk tempatan memancing udang galah di jeti berhampiran. Walaupun jam baru mencecah 10.00 malam, keadaan agak sunyi kerana waktu Sabah kami jangka awal satu jam dari waktu semenanjung. Namun di warung-warung dan rumah-rumah tertentu di persisiran sungai masih terdapat anak-anak muda mendendangkan lagu-lagu pop dan dangdut melalui sistem nyanyian karaoke.
Kebanyakan penduduk di Kg Watson Laut majoritinya berketurunan Melayu Brunei, Cina dan Kadazan/Dusun, dengan populariti seramai 3000 orang kejiranan disini mesra dan sangat peramah. Sebilangan mereka mendirikan rumah di atas air di muara sungai berkenaan, termasuklah rumah pengantin tersebut. Pemandangan rumah diatas air memang berlainan bagi saya dan teman-teman, agak menyeronokan (tetapi untuk tinggal terus tak tahu lagi ).
Malam yang semakin larut di Kg Watson Laut dengan puputan bayu sungai yang terbentang luas membuatkan mata kami terasa mengantuk dan keesokan paginya perlu bangun awal kerana solat Subuh bermula jam 4.15 pagi disini.
Keesokan harinya setelah selesai jamuan perkahwinan kami bertolak ke KK dengan sebuah van persendirian dan akan tinggal selama sehari di Colonard Apartment. Tambang van RM200.00 dengan jumlah 9 orang penumpang.
Bahagian ke dua akan dipenuhi dengan cerita-cerita lebih menarik tentang blue night life di KK akan bersambung ditulisan akan datang jika ada respon dan teman-teman blogger, kalau tak ? buat penat sahaja aku menulisnya. Salam mesra dan jumpa lagi........wassalam.

salam bro zedmagel,
BalasPadamseronok cerita bro tu. Jangan merajuk pulak. Kawan tak pernah sampai ke sana bro. Dulu mula posting kerja ingat ke sana. tapi dapat kat semenanjung juga.
Bro, rumah atas air tu jambannya atas air juga la bro.
Kalau gitu terkenang-kenang kawan 'buang' atas batang kelapa atas parit zaman dulu-dulu bro.
hehehe. gambor tu cari yang elok sikit bro. Jangan yang bergegor ubuh dalam blog. Hormatilah kawan-kawan.
I'm waiting for part 2 story from bro zedmagellll
Jangan lupa lawat blog saya semuanya ada iklan seminar percuma DBP anjurkan juga majlis sastera di Istana Budaya. Jangan lupa hadirkan diri martabatkan bahasa Melayu kita.
BalasPadamPenulis rupanya...................
BalasPadamBro Amir Hamzah,
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan ini, Anda comentator dan pembaca pertama entry ini. Eloklah saudara tidak posting ke sana. Berjalan dan makan angin memang menyeronokan tapi jika bertugas mungkin keadaannya berbeda.
Jika rumah dah diatas air, Tandasnya pun begitu lah. Tapi jangan buang air semasa air surut.Tidak elok pemandangannya. Buang air semasa air pasang, jadi pemandangannya lebih indah sikit.
Berbeza dengan situasi zaman kanak-kanak saudara diawal tahun 70an tempat melepas saudara di atas titi batang kelapa di parit pada waktu malam, jika ada kawan-kawan lalu dibalingnya dengan batu, air terpercik pada badan..he..he..kenangan indah masa itu, tetapi kini tiada lagi.
Maaf gambar kurang jelas (memang itu pun tujuannya) saya tidak mengunakan camera dengan megapixel yang tinggi, almaklum saya orang miskin, camera saudara memang saya tabik camera mahal.he he..he..
InsyaAllah catatan perjalanan Part 2 akan menyusul setelah rutin harian disempurnakan segera. Tak boleh janji, tapi akan ada kisah yang lebih menyeronokan lagi.
Salam Bro D' Rimba,
BalasPadamInsyaAllah saya akan sering mengunjungi blog saudara, itu pun yang saya lakukan jika menghadap PC dan website untuk mengikuti photo shot menarik saudara.
Saya sememangnya bekas seorang penulis di zaman aktif saya dimasa lalu, melibatkan diri dalam beberapa genere karya lukisan/penulisan seperti berita, cerpen, polemik dan sebagainya. Tetapi agak berkurangan sekarang ini dan saya masih terus menulis, di maya seperti yang sedang anda lihat dan baca sebentar tadi.
Terima kasih saudara.
bertuah anda kerana dpt melawat negara orang. setidak2nya anda dapat pengalaman yang berguna untuk kita semua.cuma satu saja kenapa tak bawa balik orang sana, atau buat cawangan perniagaan di sana.
BalasPadamtentu seronok ke sana kan, cuma nak tanya sikit, buah kelapa di sana tu besar tak ? adakah sama dengan buah kelapa turkey ?
BalasPadamkeep it up, continue your travel log and we will support it..!
BalasPadamSalam Bro Kuntong,
BalasPadamBolehlah dikatakan begitu, selagi kita terdaya dan bertenaga.
Hajat memang nak bawak balik tapi tak kesampaian, cukuplah jika bawa disana saja. Jika dibawa kesini, takut putus pulak telinga. Cawangan untuk perniagaan mungkin akan difikirkan jika berkemampuan, jika anda berminat kita boleh jadi rakan kongsi.Bagaimana?
Bro Tanpa Nama,
BalasPadamWalaupun tanpa nama, tapi saya tahu siapa anda, melihat cara tulisan anda pun saya dah agak memanglah anda. Buah kelapa disana sama saja dengan buah kelapa disini, ada besar ada kecil. Tapi tak lah sebesar buah kelapa turkey yang anda pernah ceritakan, bayangkan...wakakaa...
Bro Rouslenz,
BalasPadamThanks for your support, your words will bring me to keep on blogging as well as I can. For the next travel, sure I will let you know.
What can I say? Thanx again.
salam petang zedmagel... terima kasih atas untaian kata2 di laman cinta & airmata Teja... sudi2kan lah menemani dilain kali.
BalasPadamSalam Teja,
BalasPadamTentu saya akan sering berkunjung ke laman anda yang penuh mengsyikkan dengan puisi-puis indah saudari.
Terima kasih menjadi follower saya. Mohon premisi dulu.Jumpa dilain waktu.
Jika mahu menengenali siapa D'Rimba sudilah beli Berita Harian Khamis ataupun Jumaat minggu ini mungkin ada cerita pasal D'Rimba mudahan.
BalasPadamSalam Bro D Rimba,
BalasPadamTahniah terlebih dahulu kepada saudara, bila artikel berkenaan terbit di BH maklum tarikhnya kepada saya segera, untuk rujukan semua blogger.
Seperti blogger amirhamzah tulisannya pernah disiarkan di ruang blog UM berkenaan sesuatu isu. Rakan blogger bangga dengan hasil tulisanya kerana beliau follower blog dan sebaliknya.
Berita Harian hari ini 11 Jun ada sedikit cerita mengenai D'Rimba jangan lupa beli atau rujuk akhbar di dalam internet ini. Terima kasih atas ucapan itu memberi semangat.
BalasPadamBro D Rimba,
BalasPadamUcapan Tahniah dari semua blogger kepada anda, teruslah menulis lagi.
salam bro,
BalasPadameiza kembali..cewah..perasaan sudah ini budak...bestnya dpt bercuti dan menengok perkahwinan yg berbeza ditpt orgkan..:)
Salam Eiza,
BalasPadamTeruslah menulis dan menulis lagi.
Tengok perkahwinan di mana-mana pun akan sama saja. Jika kita sendiri yang berkahwin mungkin lagi seronok lagi ye tak?
Ha ha...ayat tu, untuk awak le.