Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Jun 2009

ROMBONGAN LAWATAN RASMI KE TAMAN DALAM RUMAH

DATUK NORAINI BINTI AHMAD,
AHLI PARLIMEN PARIT SULONG



SATU HIASAN - HIDUPAN LAUT
DAN TUMBUHAN ALAM
MENGHIAS SINKI DAN RUANG DINING


Hujung minggu ini, Sabtu 27 Jun, 2009 - Beberapa jabatan kerajaan dan agensi swasta akan mengadakan lawatan rasmi dalam satu Program Gerakan Menyusur Akar bermula jam 9.00 pagi. Rombongan tersebut yang dijangka akan diketuai oleh YB Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Kawasan Parit Sulong. Lawatan ini akan diadakan di Kampung Semerah dan kawasan disekitarnya.

Ahli rombongan yang terdiri dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama
Islam, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Parit Sulong , Hospital Putra, AJK UMNO Cawangan Pekan Semerah dan beberapa agensi kerajaan dan pihak swasta akan terus bersua muka dengan penduduk bagi menangani serba sedikit masalah yang dihadapi.

Rombongan akan berkumpul di rumah seorang penduduk Encik Ismail Saie dan akan bergerak ke rumah-rumah penduduk miskin yang terlibat dalam program berkenaan selepas acara taklimat ringkas dan sarapan pagi.

Objektif program adalah bertujuan untuk memberikan sedikit bantuan dan rawatan kesihatan secara percuma kepada golongan OKU, miskin, dan uzur, disamping mendekatkan lagi hubungan penduduk dengan pihak pemimpin dan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta secara langsung.

Program yang sebegini seharusnya dijalankan oleh lain-lain pemimpin bagi mendekatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat secara terus. Kehendak rakyat pada hari ini ialah : MEREKA MAHUKAN SEORANG PEMIMPIN BUKAN DI MUSIM PILIHANRAYA SAHAJA, MALAH PADA HARI-HARI BIASA APABILA MEREKA SANGAT MEMERLUKANNYA .



10 ulasan:

  1. Betul bro. Istilah turun padang itu semestinya menjadi acara wajib yang perlu dirancang. Sekurang-kurangnya Ahli Parlimen melihat sendiri dan mendengar permasalahan rakyat selain meninjau apakah prospek pembangunan yang boleh dibawa ke kawasan berkenaan.

    BalasPadam
  2. Salam Bro Amir Hamzah,

    Saya sependapat dengan pandangan saudara, antara sebab BN dan UMNO tidak menjadi parti pilihan adalah disebabkan kurang pemimpin yang menjengah pengundinya ke akar umbi.

    Pengundi lebih suka calon yang mereka pilih dapat menghadirkan diri selepas Pilihanraya, bukannya mereka inginkan wang atau apa-apa. Sekedar bertanya khabar pun memadai.

    BalasPadam
  3. wahh aktf gak en zedmagel kta ni.hehe

    BalasPadam
  4. i'll see you at semerah cafe soon

    BalasPadam
  5. mudah-mudahan lawatan yg ikhklas dan berterusan bukan untuk menunjuk baik jek, zaman untuk berlagak dah berlalu..

    BalasPadam
  6. Salam Farahfatiha,

    Saya fikir ini satu tanggungjawab kita bersama, bukan sahaja oleh pemimpin. Kita harus salurkan sesuatu yang menjadi masalah dalam masyarakat kepada mereka, InsyaAllah mereka akan mendengar masalah kebobrokan masyarakat dalam kawasan mereka.Justru mereka akan bertindak.

    BalasPadam
  7. Salam Bro Lenz,

    Anytime, any place. I'm glad if you and the gang present soon.I'll waiting as your wish.

    BalasPadam
  8. Salam Noorlara,

    Terima kasih atas pandangan puan. Saya bersetuju dengan pandangan itu, lawatan yang ikhlas dan berterusan akan dinilai oleh warga yang terlibat dan bukannya sekadar berpura-pura. Inilah masa berbakti untuk masyarakat dan rakyat.

    BalasPadam
  9. la...dah terlepas tarikhlah bro..
    igt nak g jenguk2 gak..

    - eiza lum nak tunang lagila..
    doa2kan la jumpa prince charming secepat mungkin..
    amin..he3

    BalasPadam
  10. Salam Eiza,

    Tu la tak surft blog kekawan, jika eiza datang tentulah meriah, sebab ramai yang hadir pada tarikh tersebut, pertama dapat join lawatan tersebut, kedua bertemu pemimpin, ketiga bertandang ke tamandalamrumah dan keempat jumpa zedmagel.

    Esoknya 28.6.09 - Bro Kuntong dan Bro Lenz bertandang ke veneue tersebut dan ngobrol dalam. hantar no hp eiza ke email saya, pepehal nanti senang contact.

    Mudah2an eiza akan bertemu prince charming yang datang dengan menunggang super bike putih dan berpakaian serba jingga di waktu hujan rintik dirembang sinar pelangi....Amin...

    BalasPadam