Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Ogos 2010

CERITA MENARIK DI BULAN RAMADHAN 1431 H


Diam tak diam, dah 15 hari kita menjalankan ibadah puasa. Tentulah banyak ragam dan cabarannya yang kita tempuhi sejak awal berpuasa. Bagi saya, walaupun dikira 'senior' dalam menghadapi pengalaman berpuasa, tiap-tiap hari yang dilalui penuh dugaan dan cabarannya. Menyelak beberapa entry yang lalu, saya tersenyum sendiri membaca beberapa kisah yang saya tulis di entry lama; samada kisah itu saya ceduk dari cerita rakan-rakan atau yang saya nukilkan sendiri. Antara cerita yang menarik :-
"Berbuka dengan putu mayam" dan "Bertemu Malam Lailatuqaddar "

Kisah di entry tersebut sangatlah melucukan dan boleh mengisi masa sengang sebelum waktu berbuka, kebanyakan cerita hanya teladan dan mudah-mudahan boleh dijadikan sekadar bahan hiburan kita semua.

Nak mengucapkan salam Ramadhan dah diucapkan pun, Apa cerita menarik untuk kita tuliskan di entry biasanya dalam bulan Ramadhan, mungkin cerita lauk sewaktu bersahur atau juadah ketika masa berbuka.

Jumpa lagi dilain entry. Assalamualaikum.....

09 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA



Salam Ramadhan Buat Semua,

Sedar tak sedar, Ramadhan datang lagi. InsyaAllah esok atau lusa kita akan menyambutnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan lebih membawa berkat dalam kehidupan, diharapkan lebih baik dari masa-masa lalu.

Sememangnya Ramadhan selalu mendekatkan diri dengan kehidupan yang lebih kudus. Dejavu Fajar Ramadhan membelengu nafsu, hati dan perasaan yang selalu tewas dengan pelbagai dugaan dalam bulan selain Ramadhan.

Apakah yang kita harapkan dalam Ramadhan kali ini ? Selain dari rahmat dan keampunan dariNya jua. Banyak cerita suka dan duka yang bertandang dalam Ramadhan. Kepulangan bonda yang tercinta juga pada 2 Ramadhan, 1429, terasa begitu cepat kasih bonda terlepas dari dakapan diri. Moga rohnya dicucuri rahmatNya jua menjelang Ramadhan kali ini.

Buat sahabat dan rakan semua, Salam Ramadhan diutuskan di maya yang tidak bertepi ini. Hayatilah Ramadhan dengan penuh taqwa dan keimanan. Jumpa lagi, di Ramadhan yang akan datang di doakan.