Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

28 April 2010

USAPKAN MIMPIMU, BUAT LENA BERADU...YASMIN

Si Putih Jasmine, yang membahagiakan


Sangat tertarik dengan bait kata-katanya, laluku ambil Puisi ini dari N3 seorang teman Blogger Pena Bahari, seorang pengkarya puisi di negara kita. Biarpun belum mendapat jawapan dari kebenarnnya, untuk tatapan dan santapan teman-teman lain. Mengapa? kerana aku tak mampu berkarya sepertinya.


USAPKAN MIMPI DARI LELAPMU, YASMIN
(rakaman nubari menyambut kelahiran cucundaYasmin pada 30.03.10 - Alhamdulillah)

Usapkan mimpi dari lelapmu, Yasmin
bulan telah pulang istirehat di kamar siang
mentari telah kembali bercinta dengan alam
biarkan kicau burung menjadi melodi lagu sejahtera
penghibur mata yang enggan lena

simpankan di palka jiwa setiap patah kata-kata
yang telah kubangunkan menjadi istana kaca
bertapak di gugusan awan
kelak bila dewasa
jadikan ia segugus puisi
tanda ingatan abadi

Usapkan mimpi dari lelapmu, Yasmin
kau kini berada di dada bumi luas dan berisi
bukan lagi di dalam gua ummi gelap dan tak berpenghuni.

Pena Bahari, Kuching
31.03.10

09 April 2010

ANJUNG SEMBANG


PEMANDANGAN KAMPUNG SAYA..
PADA SUATU MASA DULU..........








ANJUNG RUMAH KAMPUNG...
TEMPAT ENAK NGOBROL


Suatu masa dahulu......

Rumah-rumah kampung Melayu tradisi banyak menyediakan tempat dan bahagian untuk tetamu mereka datang atau berkunjung serta bersembang (ngobrol). Kebiasaannya ruang tamu untuk kaum wanita, hadapan atau di dalam bilik untuk gadis-gadis, di bawah pondok teduhan kaum prianya dan teristimewa di anjung rumah bagi kaum lelaki.

Tiada topik tertentu untuk mereka bualkan. Tetapi yang pastinya topik itu sedap dan menarik untuk dikuti. Ditambah lagi dengan tokok tambah auta dan mengata sikit-sikit. Ralitlah sang pendengar mendengarkannya. Kebanyakan tetamu yang mampir untuk bersembang tidak mengenakan pakaian formal. Mereka datang dalam pakaian yang biasa-biasa. Bagi kaum bapa, mereka mungkin datang dengan kain sarung dan berlenging (tanpa baju) sahaja. Kaum ibu mungkin datang cara berkemban, sebab tujuan mereka untuk ke telaga yang berhampiran, disebabkan melihat `kaki" telah sedia berkumpul, mereka singgah untuk mengetahui pokok pangakal soksek cerita.

Sembang malam paling sedap dan santai untuk diikuti, ini kerana masanya yang panjang. Tambah lagi jika kopi O gobres disediakan oleh tuan rumah, lawannya rebus ubi dan sambal belacan tengahari tadi. Jika kopi O ditambah borak ini, nampaknya boleh sampai ke pagi.

Sembang pagi, masanya tak lama. Kebanyakan kaum bapa dijerit oleh isteri dari rumah yang berdekatan sebab belacan yang dipesan belum dibeli lagi, sehingga matahari dah naik segalah.Tau-tau sang suami yang meleleh air liur tadi hilang sekelip mata, tercongkok di laman rumah dengan bungkusan belacan pesanan.

Sementara kaum ibu pula akan dijerkah oleh si suami yang baru balik dari kebun kerana nasi tak di tanak lagi, sedangkan perut dah berbunyi.

Itulah sedikit hal sembang orang kampung. Sungguh indah dan menyeronokan. Sekarang sessi sembang dan ngobrol itu telah tiada, sebab internet dan TV sudah mengganti. Kaum ibu dan suami dah leka di depan PC, untuk apa?. Bersembang juga lah tapi di laman maya, bukan di anjung rumah lagi.....