Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

28 April 2010

USAPKAN MIMPIMU, BUAT LENA BERADU...YASMIN

Si Putih Jasmine, yang membahagiakan


Sangat tertarik dengan bait kata-katanya, laluku ambil Puisi ini dari N3 seorang teman Blogger Pena Bahari, seorang pengkarya puisi di negara kita. Biarpun belum mendapat jawapan dari kebenarnnya, untuk tatapan dan santapan teman-teman lain. Mengapa? kerana aku tak mampu berkarya sepertinya.


USAPKAN MIMPI DARI LELAPMU, YASMIN
(rakaman nubari menyambut kelahiran cucundaYasmin pada 30.03.10 - Alhamdulillah)

Usapkan mimpi dari lelapmu, Yasmin
bulan telah pulang istirehat di kamar siang
mentari telah kembali bercinta dengan alam
biarkan kicau burung menjadi melodi lagu sejahtera
penghibur mata yang enggan lena

simpankan di palka jiwa setiap patah kata-kata
yang telah kubangunkan menjadi istana kaca
bertapak di gugusan awan
kelak bila dewasa
jadikan ia segugus puisi
tanda ingatan abadi

Usapkan mimpi dari lelapmu, Yasmin
kau kini berada di dada bumi luas dan berisi
bukan lagi di dalam gua ummi gelap dan tak berpenghuni.

Pena Bahari, Kuching
31.03.10

15 ulasan:

  1. Indah kata-katanya.. mempersonakan.. :)

    BalasPadam
  2. Salam Bro Zed,

    lama tak bertanya khabar dan cerita..
    apekhabar skrg?

    BalasPadam
  3. Salam kakcikseroja,

    Betul tu kakcik, memang sangat indah dan menarik sebab tu saya ambil dan abadikan dalam N3 saya yang sangat kekurangan sekarang ni.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan menghayatinya.

    BalasPadam
  4. Salam Jaja,

    Begitulah agak Lama juga awak tidak singgah disini, khabar saya khabar bahari. Macam dulu-dulu juga. Anak dah sihat.?..

    BalasPadam
  5. Terima kasih sdrku Zedmagel atas penghargaan sdr. Saya amat menyanjungi budi tuan.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan Hj Zedmagel.

    Maaf lama ngak mampir. Hampir sebulan saya off line. Begitulah .... sakit sihat bersilih berganti ... hanya harus diterima dengan redho.

    BalasPadam
  7. salam..ya puisi ni memang menarik, saya berpeluang membacanya sedikit masa dahulu

    BalasPadam
  8. Salam Saudarku Dal,

    Sudah sihat ke sekarang? Moga tuan dalam Lindungan Allah SWT jua. Begitulah sebuah kehidupan pasrahlah dengan takdirNya, mudah-mudahan ianya satu kifarah buat kita. Untuk penghapus dosa.

    BalasPadam
  9. Salam Arsaili,

    Memang sangat menarik dan indah puisi sdra Pena Bahari, saya sangat terpesona dengan keindahan bait-bait kata dan susunannya.

    Terima kasih saya kerana anda sudi singgah disini dan menitipkan sedikit kata yang sungguh bermakna.

    BalasPadam
  10. bait bait puisi yang indah menggambarkan betapa gembiranya hati seorg insan yang baru mendapat cucu, warisan kebanggaannya.

    BalasPadam
  11. Salam Noorlara,

    Jika pemuisi mampu menzahirkan kegumbiraannya dalam bait-bait puisi. Bagaimana saya mahu menzahirkan sesuatu kerana saya tidak mampu berpuisi begitu?

    BalasPadam
  12. Salam dari kejauhan buat Eiza,

    Terlalu lama awak menyepi. Sudah usai segalanya? Atau masih sibuk lagi. Sangat indah lagi mempersonakan. Begitu untuk sama-sama kita hayati.

    BalasPadam
  13. Salam bro..
    alhmdulilah kembali seperti sediakala..
    biasalah dh lama tak jd student byk beza dr dulu dan sekarang..tak cergas cm dulu..hu3

    BalasPadam
  14. Salam Eiza,

    Macam rasa diri dah tua lak? he..he...belajar bukan uisa ukuranya. Cara kita menangani pembelajaran itu sendiri sebenarnya.

    Moga suksess....

    BalasPadam