Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

21 Mei 2010

KOMUTER DAN KOC MERAH JAMBUNYA

KOC MERAH JAMBU - KOMUTER

Salam Semua,

Tahniah saya ucapkan kepada pihak pengurusan komuter yang menyediakan koc khas bagi wanita iaitu KOC MERAH JAMBU. Saya sangat rasa terharu kerana pihak kerajaan dan pihak pengurusan menyediakan kemudahan tersebut. Antara kebaikannya :

1. Tidak bergaul antara lelaki dan wanita, yang bukan muhrim.

2. Keselamatan kaum hawa itu sendiri lebih terjamin.
3.Bila dah mulakan sesuatu yang baru dan baik, diharap kepada pihak LRT dan keretapi akan mengikut jejak mereka.
4. Mengurangkan masalah gangguan seksual didalam komuter.

Apabila perkhidmatan ini dimulakan, saya lihat kaum hawa ramai yang suka dan bersetuju, kerana mereka berpendapat boleh mengurangkan masalah gangguan seksual di dalam koc. Jangan fikir mereka sahaja yang suka, kaum lelaki seperti kami juga terlebih-lebih lagi sangat bersetuju dan sukanya, kerana kaum lelaki juga bebas dari mangsa kaum hawa yang suka menggoda dan menjadikan kaum lelaki sebagai mangsa tuduhan. Terima kasih koc Merah Jambu, mungkin mampu menyelamatkan kaum lelaki dari umpatan dan tuduhan.

Sesungguhnya kaum hawa janganlah fikir kaum lelaki ingin sangat bergaul dengan anda semua dan sering mengambil kesempatan. Tanyalah kaum lelaki, mereka juga tidak suka isteri, gadis dan saudara perempuannya bergaul sesak dalam sebuah koc ke sesuatu destinasi panjang.

Sebenarnya Lelaki juga tidak suka jika sering tuduh mencabul, apatah lagi dicabul oleh kaum hawa yang bukan 'taste' mereka.

24 ulasan:

  1. Salam Hj. Zed..

    kakcik tengok temuramah di TV. Sedang wanita mengalu2kan 'kehadiran' koc ini, ada juga lelaki yang membantah. Alasannya - mereka juga perlukan perkhidmatan tren itu. Eh! naik sahajalah tren yang tak dikhaskan untuk wanita, apa masalahnya?? Sajalah tuuuuu....

    BalasPadam
  2. Salam kakcikseroja,

    Lelaki dan wanita bermacam ragam, yang membezakan cara mereka berfikir. Tidak dinafikan, Ada yang bersikap begitu, bukanya apa mereka terasa disisih dan cemburu kerana tiada koc khas untuk mereka.Saya syorkan warnakan kelabu atau unggu..He..he...

    BalasPadam
  3. Salam sdr Zedmagel,
    Satu keputusan yang sangat dihormati dan saya bersetuju dengan keputusan ini.Ini satu permulaan yang baik dalam membentuk masyarakat Malaysia yang memahami dan saling menghormati selain sebab-sebab yng telah dinyatakan.

    BalasPadam
  4. Salam Sdraku Penabahari,

    Terima kasih diatas komen yang membena, saya juga sangat bersetuju. Supaya tiada tuduhan dari mana-mana pihak yang mengatakan lelaki suka mengambil kesempatan dan sebagainya..

    BalasPadam
  5. mesti baunya wangi pagi petang siang malam..

    BalasPadam
  6. salam sdr zed..
    sy adalah yg paling kerap menggunakan perkhidmatan komuter ini..
    baru2 ini sy balik kg...tk dpt masuk koc merah jambu yg belum di merah jambukan lagi tetapi ditulis koc untuk wanita..tk boleh msuk sbb ada dua hero yg mengiringi sy...
    namun ada juga lelaki yg tk faham bahaasa dn tulisan kt luar koc...apa perasaan dia cuma dia sorg dlm koc tersebut di samping berpuluh wanita......klu sy jd dia malunya sy..

    BalasPadam
  7. Salam zeqzeq,

    Koc wanita tentulah wangi, tapi maaf jika saya katakan ada juga yang sebaliknya. Syukur sebahagiannya telah diatasi.

    BalasPadam
  8. Salam Idalara,

    Kes tak perasanlah tu, sebab belum diwarnakan lagi agaknya. Nak wat camne dah tersalah masuk, nak keluar dah segan. Mungkin lain kali dia lebih berhati-hati. Atau di koc yang lain dah sesak tak?

    BalasPadam
  9. Setuju betol saya dgn Koc Merah Jambu nih..
    bila dah semua kaum HAWA dlm koc tu..mgkn prestasi utk menggedik semakin kurang. maklumlah..tak kan nak gedik ngan kaum sejenis kan??

    Then, terserlah lah kesopanan dan tutur bicara bila bercakap sesama kaum. Takde lah dok ketawa mengilai2 dan bercakap terjerit2 yg biasa dilakukan utk mencuri perhatian kaum ADAM...

    bagus idea mcm ni..saya setuju sgt!
    clappp..clappp..clappp!!!

    BalasPadam
  10. Salam Jaja,

    Kalau dah tak menggedik di koc, tang mana kaum menggedik lak lepas ni yek? Apabila keluar dari koc le tu agaknya mereka akan begedik sakan.

    He..he.. terima kasih Jaja akan sokongan anda tu. Mungkin kalau dah sesak, koc merah jambu akan ditambah lagi.

    BalasPadam
  11. hhhmmm...

    klu dlm koc pink tak dpt nak menggedik...sure dekat luar la derang melepaskan geram!
    Ade aje lah suara mengilai2 nnt bila keluar koc...

    hmmm..mana tau lps ni dlm bas pon ada warna pink jgk kan! heheheh....

    BalasPadam
  12. Salam Jaja,

    Nanti sarankan kepada menteri pengangkutan adakan bas merah jambu pulak. Sah gadis vietnam, bangla, nepal dan indon je yang sesak kat sana. Jangan dilarikan drebarnya pulak dah le.

    BalasPadam
  13. Salam Tuan Hj. Zed.

    Heh heh. Katalah saya ni kucing miang. Lagi diasing lagi nak campur.

    Tapi emak kata, diasing macam tu tak apa. Yang tak boleh ialah anak-anak membesar dalam suasa terasing ... terpisah.

    BalasPadam
  14. Salam Tuan Dall,

    Sebab dah tau macam tu lah yang dulu tu tak diasingkan. Tetapi ada juga yang species macam tu tercongok kat koc merah jambu. Tak pasti samada mereka tak perasaan atau buat-buat tak perasaan.

    BalasPadam
  15. apa khabar batu pahat...so besok ada koc lelaki sebab ada lelaki kacau lelaki gak sekarang ni....bilalah batu pahat nak ada keretaapi...

    BalasPadam
  16. Salam Dino,

    Batu Pahat khabar lame je? Elok ada koc tiap orang, senang tiada ganguan.. BP pahat keretapi lain tahun baru ada....

    BalasPadam
  17. Boleh tahan jugak feminin design yg diterapkan. Eh, bro.. blog ni aku tgk dah fokus kepada tajuk asal "Taman dalam Rumah" beb... byk²kn isi psl taman² ke, landscape ke.. (juz opinion).. anyway.. it's a nice blog..

    BalasPadam
  18. salam zed
    mana menyepi..lama tk update blog dan singgha rumah sy..muga2 zed sihat2 dan dirahmati Allah.

    BalasPadam
  19. Ia laaa ... lama sangat Tn Zed ni menyepi.

    As salaamu 'alaykum Tn Hj Zadmagel.

    Kejap lagi kita berpuasa. Itu biasa. yang penting kejap lagi kita berraya pulak.

    Kita orang lama-lama ni nak bersiap untuk puasa dan raya. Kalau tak anak cucu datang nanti tak da ketupat tak da mercun.

    BalasPadam
  20. Salam Mr Din,

    Terima kasih atas komen dan pandangan tuan, InsyaAllah tuan akan ada entry yang baru berkisar tentang Taman dan Laman, kebelakangan ini agak sibuk dengan kekangan tugas dan masa. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen yang sangat saya hargai...

    BalasPadam
  21. Salam Idalara,

    Memang lama saya tak singgah di blog kawan-kawan, kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan sendiri, selain dari kekangan tugas dan masa yang tidak begitu mengizinkan. Jika saya tidak bertamu di rumah anda, jangan pula Ida tidak mampir di rumah saya.

    BalasPadam
  22. Salam Tuan Dal,

    Memang lamanya saya tidak memuat N3 di blog ini. Bukannya apa, masa dan tugas agak terbatas kebelakangan ini, nak di kata sibuk tidak juga, tetapi seharusnya kita mendahulukan mana yang lebih perlu. Seperti puasa barulah beraya.

    Setuju dengan pandangan tua, orang lama macam kita ni ( ehh..ye ke? awak tu muda lagi kot?) perlu menyiapkan apa yang patut semasa Ramadhan dan Syawal yang akan bertandang sehari dua atau sebulan lagi untuk Syawal. Selamat menyambut Ramadhan......

    BalasPadam
  23. Salam Abang Hj Zed;

    lama nggak lama, yang penting kita sihat
    ada nggak ada, yang penting kita beruang

    Selamat berpuasa

    BalasPadam
  24. Salam Tuan Dal,

    Betul kata tuan, biar lama tetapi sihat, bersama kita doakan...

    BalasPadam