Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Mei 2009

PEMANDANGAN PANTAI PENGKALAN BALAK DAN SELAT MELAKA

PEMANDANGAN PANTAI PENGKALAN BALAK
MENJELANG SENJA


PANTUNNYA BERBUNYI BEGINI :

PENGKALAN BALAK AIRNYA BIRU,
TEMPAT DUYUNG SERING BERENANG,
MELIHAT TUAN HATIKU RINDU,
TIDUR DAN JAGA ASYIK TERKENANG

MESIN PENYISIH PADI


INI SEBUAH MESIN PENYISIH PADI DAN BERAS
TERDAPAT DI D' NELAYAN RESORT,
KG PENGKALAN BALAK MELAKA



Minggu lepas pada 22.05.2009 (Jumaat) saya dan keluarga bercuti ke D' Nelayan Resort, Kg Pengkalan Balak, Melaka. Ianya sebuah pusat peranginan di tepi Selat Melaka, tempatnya memang indah untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

Resot yang kami sewa berhadapan dengan Selat Melaka, bau air masin dan puputan angin selat yang mengasyikan memang merehatkan minda saya. Sebab itu agak lama saya tidak bertemu dan mengacau teman-teman blogger di blog mereka.

Deburan ombak selat dan tiupan angin yang menjauhkan saya dari segala hiruk pikuk suasana kota.

Saya terpandang sebuah mesin penyisih padi dan beras terdapat di resort tersebut yang diletakkan untuk pameran. Mesin ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Maklumlah negeri saya bukan pengeluar padi terbesar negara, Melaka memang suatu masa dulu antara negeri yang banyak menghasilkan beras di selatan tanahair. Lalu saya rakamkan untuk tatapan rakan-rakan semua.


18 Mei 2009

TAMAN DALAM RUMAH MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU EROPAH

RUANG TAMAN YANG BERHADAPAN DENGAN
RUANG MAKAN




SALAH SATU SUDUT RUANG TAMAN
TAMAN DALAM RUMAH






BLOGGER DAN MR THOMAS MARSHALL
NGOBROL SEUSAI MAKAN TENGAHARI


Agak lama juga saya tidak bertemu rakan saya dari Eropah ini . Mr Thomas Marshall ( nama Islam beliau Hassan Asif ) dia seorang warganegara UK dan menetap di Brighton. Bertemu dengannya pada hari Khamis lalu, saya mempelawanya dan keluarga untuk berkunjung ke rumah saya di kampung ( adat orang Eropah tetamu mesti dijemput baru mereka bertandang ).

Tengahari Ahad itu , dia sekeluarga sampai di rumah saya. Sebelum makan tengahari beliau ingin melihat keadaan rumah kecil saya. Beliau agak tertarik dengan beberapa barangan yang saya miliki antaranya ukiran tangan papan kayu, tempayan besar dan paling mengujakan beliau ialah taman kecil yang berhadapan dengan ruang tamu dan ruang makan rumah saya.

Terfikir juga diminda saya, apalah lebihnya sebuah rumah kampung jika dibandingan dengan bunglo di atas bukit berhadapan dengan laut miliknya di Brighton. Cuaca di kampung yang agak hangat, di kelilinggi dengan dusun buah-buahan agak membosankan bagi orang kita. Itu suasana yang biasa sahaja.



Berada di veranda bahagian atas rumah lebih membuatkan rakan saya itu tertarik dengan panorama disekitar. Pohon rambutan yang sedang memutik mampu digapai dengan tangan jika telah ranum. Menyedut udara nyaman di kampung, mungkin membuatkan Mr Thomas ingin menetap terus di Malaysia. Itu perbualannya bersama saya dengan loghat Englandnya yang sangat pekat. Walaupun isterinya seorang wanita Melayu, rakan saya ini hanya boleh menuturkan hanya 3 perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu - assalamuailaikum ( arab ), apa khabar dan makan.

Kepada Mr Thomas dan keluarga saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mampir ke rumah kecil saya, dan saya mengalu-alukan kedatanganya di lain kali.

13 Mei 2009

HARGA MINYAK NAIK LAGI LE PULAK....!



Apa ke hal ni yeop harga minyak petrol naik balik?

Menjelang 1 September, 2009. RON95 pun naik 5 sen. Nampaknya guna le minyak RON95. Tetapi rakyat Malaysia masih punya pilihan untuk memilih. Yang pasti tak jadi le nak beli kereta ber CC besar.

Tetapi RON95 belum jual di banyak setesen minyak lagi. Di kampung saya ni bila nak mula? Wal hasil balik asal le nampaknya. Menurut rakan-rakan yang punya kebun sawit puluhan ekar berpendapat jika minyak naik harga kelapa sawit pun akan naik. Tapi bagi saya yang tak ada kebun sawit tak dapat apa-apa le.

Rakan-rakan beri pendapat sikit....
sakit kepala laaa...