Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

18 Mei 2009

TAMAN DALAM RUMAH MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU EROPAH

RUANG TAMAN YANG BERHADAPAN DENGAN
RUANG MAKAN




SALAH SATU SUDUT RUANG TAMAN
TAMAN DALAM RUMAH






BLOGGER DAN MR THOMAS MARSHALL
NGOBROL SEUSAI MAKAN TENGAHARI


Agak lama juga saya tidak bertemu rakan saya dari Eropah ini . Mr Thomas Marshall ( nama Islam beliau Hassan Asif ) dia seorang warganegara UK dan menetap di Brighton. Bertemu dengannya pada hari Khamis lalu, saya mempelawanya dan keluarga untuk berkunjung ke rumah saya di kampung ( adat orang Eropah tetamu mesti dijemput baru mereka bertandang ).

Tengahari Ahad itu , dia sekeluarga sampai di rumah saya. Sebelum makan tengahari beliau ingin melihat keadaan rumah kecil saya. Beliau agak tertarik dengan beberapa barangan yang saya miliki antaranya ukiran tangan papan kayu, tempayan besar dan paling mengujakan beliau ialah taman kecil yang berhadapan dengan ruang tamu dan ruang makan rumah saya.

Terfikir juga diminda saya, apalah lebihnya sebuah rumah kampung jika dibandingan dengan bunglo di atas bukit berhadapan dengan laut miliknya di Brighton. Cuaca di kampung yang agak hangat, di kelilinggi dengan dusun buah-buahan agak membosankan bagi orang kita. Itu suasana yang biasa sahaja.



Berada di veranda bahagian atas rumah lebih membuatkan rakan saya itu tertarik dengan panorama disekitar. Pohon rambutan yang sedang memutik mampu digapai dengan tangan jika telah ranum. Menyedut udara nyaman di kampung, mungkin membuatkan Mr Thomas ingin menetap terus di Malaysia. Itu perbualannya bersama saya dengan loghat Englandnya yang sangat pekat. Walaupun isterinya seorang wanita Melayu, rakan saya ini hanya boleh menuturkan hanya 3 perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu - assalamuailaikum ( arab ), apa khabar dan makan.

Kepada Mr Thomas dan keluarga saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mampir ke rumah kecil saya, dan saya mengalu-alukan kedatanganya di lain kali.

21 ulasan:

  1. salam bro,

    Bila masa pulak mat saleh ni datang? Patut la lama tak dengo cerita asyik melayan mat saleh ni la rupanya. hehehe. Gurau aje bro, sekurang-kurangnya bro jadi duta kecil Malaysia memperkenalkan adat istiadat dan budaya Melayu kepada orang asing khususnya pelancung-pelancung.

    Pertemuan kita dengan wahnuar dan roslenz malam tadi membuka lembaran baru blogger-blogger Batu Pahat. Walaupun kita dari medium yang berbeza tetapi tidak menjadi masalah kerana kita masih manusia yang punya hati dan perasaan. Seronok mendengar bakat, pengalaman, kemahiran diantara kita yang berbeza. Kita menjadi satu dalam kepelbagaian.

    BalasPadam
  2. Salam Bro Amir,

    Mr Thomas ni kawan lama saya le. Tengahari ahad (17.05.09) masa ada perjumpaan di dewan tu le pulak time dia datang. Sebagai seorang rakan saya layan le dia sebaik mungkin bagi saya. Terima kasih di atas kepercayaan bro kepada saya sebagi duta negara itu dan saya pun telah laksanakan sebaiknya.

    Saya setuju dengan pandangan bro itu. Pertemuan malam tadi menjadi titik permulaan kita semua sebagai blogger BP untuk bertukar fikiran. Blog sebagai medium bagi blogger seperti kita untuk mengeratkan lagi silaraturahim di antara kita sesama muslim di maya ini. Saya jug amempelawa beberapa follower lain di BP untuk join di pertemuan akan datang.

    Wak Kuntong sebagai pengerusi perjumpaan awak dan roslenz sebagai TP dan SU he he....

    BalasPadam
  3. salam bro,

    bro sebagai apa pulak. Tukang cuci pinggan ke?
    Macam cerita UMNO Bahagian kita bro, AJK yang menang bertanding tak ada keja. Yang kalah bertanding dapat jawatan pulak......hahaha pandai permainan politik ketua bahagian kita bro ek.

    BalasPadam
  4. salam..
    thanks bg info dekat eiza pasal pertemuan tu..tp, nak tanya leh..ada tak blogger pompuan yg ikut serta..segan pulak nak joint nie..:)

    BalasPadam
  5. Bro Amir,

    Saya sebagai ahli biasa je pun dah cukup lah. Takan nak pegang semua jawatan dalam NGO ni, ibarat sebuah rumah - menjadi alas tiang pun berfungsi menjadikan tiangnya kukuh dan padu.

    Nak buat macamana, lima biro pun dah memadai ketua cawangan dan AJK Bhg yang lain sebagai AJK biro cantik lah tu. Sabor aje lah..Kita buat kerja macam biasalah sentiasa kena kuat berkerja.

    BalasPadam
  6. Salam Eiza,

    Apalah yang awak nak segankan. Tak sangka kaki merempit penyegan orangnya. Ajak le teman perempuan blogger seorang sebagai teman, bukan blogger pun tak pe kalau segan.

    Kepala blogger saya lihat sama sahaja, mereka semua saling menghormati diantara satu sama lain, mungkin minat dan kecenderungan kita berbeza dalam bidang tertentu tetapi, kita dimedium yang sama kan?

    Saya kan ada, apa nak di bimbangkan. Salah seorang blogger perempuan, farahfatiha dijangka mungkin akan bersama diperjumpaan akan datang.

    Dah ke blog dia orang tak? buat komen dan kenal-kenal dulu, baru dia orang tahu.Tak ada ape-apelah. Just borak-borak saja.

    BalasPadam
  7. Tahniah kerana berjaya memartabatkan seni warisan bangsa di mata mereka. Mari sama-sama kita hargai alam Melayu ini penuh nilai tersendiri.

    BalasPadam
  8. Bro D'Rimba,

    Sememang itulah tujuan kita semua, jika D'Rimba dengan gambar kehijauan alam semulajadi negara yang melata dan begitu mengasyikkan.

    Blogger lain pun ada fungsi mereka dengan idea untuk memertabatkan khazanah negara yang tidak mampu kita lakukan semua.

    BalasPadam
  9. Ya begitulah kita semua saling melengkapi menuju sempurna. Terima kasih ya sahabatku yang hampir serupa minat dan cara kita kerana memberi pujian yang cukup bermakna. Saya sekadar insan biasa yang diilhamkan Allah bagi menghayati seni bangsa. Saya sedang mencuba dan belajar mengamati seni fotografi. Sila beri tunjuk ajar ya sahabatku. Tiadakah blog tetamu dari jauh itu untuk ditatapi? Jangan lupa jemput juga dia ke blog saya untuk amati seni bangsa kita....

    BalasPadam
  10. Terima kasih setia mengunjungi...

    BalasPadam
  11. ok..thanks bro..klu ada masa n kesempatan leh la eiza turut serta..maklumla, waktu eiza sgt terhad..sbb merempit..hehe

    BalasPadam
  12. Eiza,

    Jangan suka merempit, nanti awak dirotan. Sekarang istilah minah rempit dan tukar kepada, samseng jalanan.

    Kan bagus bertukar pandangan sesama blogger, lebih baik dan berfaedah.

    BalasPadam
  13. Salam Bro D Rimba,

    Sama-sama kita melestarikan kehidupan yang maha indah ini. Saya cuba untuk terus menelusuri blog saudara.

    BalasPadam
  14. Terima kasih sahabatku atas dorongan menjadikan saya terus mencari dan mencari keindahan berblog. Terima kasih. Sekarang saya tengah bereksperimen dengan adik-adik sekolah menengah berhampiran rumah berlatih lagu dan puisi.........Saya terapkan falsafah alam dalam sajak yang dibuat.

    BalasPadam
  15. Bro D Rimba,

    Tahniah untuk saudara, saya lihat itu Satu usaha yang bagus dan berfaedah untuk anak bangsa mengenali milik mereka diperingkat usia yang muda.

    BalasPadam
  16. Salam abg Zam,
    Hehehe...waduhhh....kok gue tertinggal terkebelakang..

    Actually,agak bingung gak.Mcm ada 2 version plak blog brader Zam kite nih.Version English dan Bahasa Melayu.

    Anyway,terima kasih kembali

    BalasPadam
  17. Salam Geng Samudera,

    Lu emangnya baru pulang dari Bandung ya? Wow cewek bandung cakep sekali deh. Gue pernah ke sana beberapa tahun lalu, rasanya ngak mau pulang ke Malaysia.

    Masa liburnya amat singkat gue rasa, siangnya panjang malamnya dingin dan sanag pendek, dikelililingi cewek-cewek cantik. Ah...Kota Kembang mengapa malam mum pendek sekali?

    Hi..hi..hi...

    BalasPadam
  18. klu cmtu eiza tukar jadi minah drift la..
    tp tulah drift, xtreme sgt..hehe

    BalasPadam
  19. Salam Gengsamudera,

    Don't call my sure name. Just call my nick name only zedmagel....you make me shy laaa..

    Actually I have two version, in English for blogger like you, another one for local people like me...ha..ha..As what I said I try to improve my silly English.

    But gengsamudera can login' both blog. You and the gang are all welcome....

    BalasPadam
  20. Eiza,

    Drift pun bahaya juga..rempit lagi bahaya. Rempit vs drift..both dangerous...Don't you dare..

    BalasPadam
  21. Untuk makluman rakan-rakan blogger semua Mr Hassan Asif telah kembali ke Rahmatullah pada Februari tahun ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman hendaknya. Al fateha....

    BalasPadam