Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Mei 2009

MESIN PENYISIH PADI


INI SEBUAH MESIN PENYISIH PADI DAN BERAS
TERDAPAT DI D' NELAYAN RESORT,
KG PENGKALAN BALAK MELAKA



Minggu lepas pada 22.05.2009 (Jumaat) saya dan keluarga bercuti ke D' Nelayan Resort, Kg Pengkalan Balak, Melaka. Ianya sebuah pusat peranginan di tepi Selat Melaka, tempatnya memang indah untuk berehat dan bersantai bersama keluarga.

Resot yang kami sewa berhadapan dengan Selat Melaka, bau air masin dan puputan angin selat yang mengasyikan memang merehatkan minda saya. Sebab itu agak lama saya tidak bertemu dan mengacau teman-teman blogger di blog mereka.

Deburan ombak selat dan tiupan angin yang menjauhkan saya dari segala hiruk pikuk suasana kota.

Saya terpandang sebuah mesin penyisih padi dan beras terdapat di resort tersebut yang diletakkan untuk pameran. Mesin ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Maklumlah negeri saya bukan pengeluar padi terbesar negara, Melaka memang suatu masa dulu antara negeri yang banyak menghasilkan beras di selatan tanahair. Lalu saya rakamkan untuk tatapan rakan-rakan semua.


6 ulasan:

  1. salam Bro,

    pergi Melaka senyap-senyap je ye. Dah cerita kat blog ni, mana belacan dan cencaluk untuk kawan.

    Minggu depan kawe nok g ganu lok. 3 hari je bro. Boleh kita tukor belacan Melaka ngan kopok lekor ganu.

    BalasPadam
  2. Bro Amir,

    Alah pergi dengan keluarga, saya tidak membeli apa-apa pun sebagi buah tangan, nak beli cencaluk takut botol cencaluk pecah dalam kereta pulak. Nanti jika saya pergi ke tempat lain, tentu ada buah tangan untuk kawan-kawan, yang paling berharga tentulah buat tuan.

    Buah tangan terengganu jangan lupa untuk saya . he he..he...

    BalasPadam
  3. Wah pergi bercuti di bandar penuh bersejarah ya.........Sayapun baru balik dari Ayer Keroh Melaka Ahad lepas ada Perhimpunan Penulis Muda.

    BalasPadam
  4. Bro D Rimba,

    Jika saya tahu tuan di sana, pasti saya akan ke Dewan Hang Tuah berjumpa dengan tuan. Tapi tak ada jodoh lah tu.. Jumpa di lain kali. Teruslah menulis demi kebaikan agama , bangsa dan negara.

    BalasPadam
  5. Eiza in the house,

    Cuti memang seronok...awak jangan terperap dan main motor di BP saja. Jalan-jalan le sementara usia baru bermula..Zoom Sabah....wakakaaa...

    BalasPadam