Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

27 Ogos 2009

POKOK DAN BUAH : NIPAH

Tak semena-mena, membaca blog lanabulu - aku terkenang dan teringatkan kelazatan dan nikmatnya rasa isi dan air buah nipah. Tapi itu kenangan masa zaman aku kecil-kecil di kampung. Sekarang dah berpuluh tahun aku tidak nampak dan merasai kelazatan isi buah nipah ini.

Terasa masa silam waktu itu tersangatlah rindunya tapi apa boleh buat waktu terus berlalu. Jika tidak boleh lah menyelapak di kampung sambil mengimbas kenangan lalu dan memberikan pengalaman baru buat anak-anak yang memang tak tahu akan keenakan dan kelazatan buah nipah. Untuk makluman yang tak tahu, pokok nipah banyak tumbuh di tepi sungai berair masin, buah nipah yg boleh dimakan (isinya lembut dan tidak keras) ialh buah yang sedang matang. Jika tandan dah tua isi rongnya boleh dibuat minyak buah nipah.




GAMBAR HIASAN

Dalam usaha mencari buah yg sesuai untuk dimakan ..maka terpaksalah mengorbankan beberapa tandan nipah yg sepatutnya batang tandan tersebut disimpan untuk ditahan air manisanya (nira nipah).



GAMBAR POKOK NIPAH DAN BUAH NIPAH

Buah nipah ni memang lah jarang kepada generasi muda. Apatah lagi merasa keenakkan isi nya yang seakan-akan 'buah kabung'. Isi nipah ini tidaklah terlalu manis seperti buah rambutan tu . Namun ke'enak'an nya hanya boleh digambarkan oleh mereka yg merasai sendiri. Memang best... Rugi sekiranya anda tidak pernah merasainya. So.. spt kata bidalan 'tak merasa, maka tak cinta' bila dah merasa mesti terkenang....sampai ke tua....

Nota : Gambar dan Teks dipetik dan diubahsuai mengikut selera saya dari Blog Lanabulu ( Bro Lanabulu don't mind ya? )

25 Ogos 2009

MAJLIS SANTAPAN SYAABAN


MAJLIS SANTAPAN DI ISTANA BESAR JOHOR
SEMPENA MAJLIS PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT



Tanggal 29 Syabaan, 1430H ( Khamis) merupakan satu tarikh agak istimewa bagi diriku dimana pada tarikh tersebut aku bersama isteri telah dititah panggil oleh kebawah DYMM Baginda Sultan Johor untuk ke Majlis Pengurniaan Pingat-pingat di Istana Besar Johor Bahru.

Ini kali pertama bagi diriku, sebagai seorang rakyat Johor berpeluang ke Istana Besar Johor Bahru dan menerima satu kurnia dari kebawah DYMM Baginda Tuanku dalam satu majlis yang gilang gemilang, kerana selama ini aku hanya melihatnya di dalam siaran media elektronik sahaja.

Menjadi tetamu Kebawah DYMM Baginda sangatlah istimewa layanan dan sambutannya, begitu juga dengan petugas dan pegawai istana yang meraikan kita. Sebagai dif kebawah Duli Tuanku saya sangat terharu dengan layanan yang telah diberikan kepada diri saya dan isteri yang hadir pada tarikh tersebut.

Sebagai seorang hamba, hamba mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT yang telah menambah satu kunia lagi kepada diri yang amat kerdil ini, sebagai seorang rakyat patik menjunjung kasih kebawah DYMM Baginda Sultan Johor atas kurniaan pingat tersebut.


POHON NYIUR DI TENGAH BENDANG,
PELEPAH DI IKAT MENJADI JAMUNG,
TUANKU IBARAT POHON YANG RENDANG,
TEMPAT RAKYAT MOHON BERNAUNG


MENJUNJUNG KASIH TUANKU

DAULAT TUANKU...!!!
DAULAT TUANKU...!!!
DAULAT TUANKU...!!!

17 Ogos 2009


SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum wbktu........

Salam Ramadhan Al Mubarak dari saya sekeluarga buat semua blogger Islam semua. Jika dihitung dari hari ini, InsyaAllah empat hari lagi kita akan bersama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah sekiranya kita dipanjangkan usia untuk menyambut kehadirannya.

Samada kita sedari ataupun tidak, sepanjang tahun ini banyaklah hal-hal yang telah kita lakukan samada perkara baik dan yang memberi manafaat atau sebaliknya.

Sebagai seorang manusia biasa yang penuh dengan kelemahan iman dan tidak sempurna akalnya, tentulah banyak perkara-perkara yang tidak elok yang telah saya lakukan samada secara sengaja atau pun tidak, mahupun langsung atau tidak langsung. Mungkin tulisan dan kata-kata saya telah menyinggung perasaan mana-mana sahabat blogger di maya ini.

Kepada semua rakan-rakan blogger di maya ini, dikesempatan bulan Ramadhan Al Mubarak ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan dan hati YAB Tan Sri /Tuan Guru / YB. Datuk/ Datin /tuan/puan/saudara/cik dan bros semua.

Hanya saya menyeru kepada rakan-rakan blogger muslim/muslimah hiasilah entry tuan/puan/bros/saudari dengan kata-kata yang boleh membawa keberkatan kepada ummah Islam semua. Apa yang saya harapkan semoga Ramadhan kali ini akan mengukuhkan ukhwah kita sesama Islam bersama..

Kepada blogger non-muslim pun begitu dan jangan makan dihadapan rakan-rakan yang sedang berpuasa. Hormatilah Bulan Ramadan Bulan Yang Penuh Keberkatan.

Akhir kata.....


"SALAM RAMADHAN BUAT KITA SEMUA, SELAMAT BERPUASA...".