Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Ogos 2009

MAJLIS SANTAPAN SYAABAN


MAJLIS SANTAPAN DI ISTANA BESAR JOHOR
SEMPENA MAJLIS PENGURNIAAN PINGAT-PINGAT



Tanggal 29 Syabaan, 1430H ( Khamis) merupakan satu tarikh agak istimewa bagi diriku dimana pada tarikh tersebut aku bersama isteri telah dititah panggil oleh kebawah DYMM Baginda Sultan Johor untuk ke Majlis Pengurniaan Pingat-pingat di Istana Besar Johor Bahru.

Ini kali pertama bagi diriku, sebagai seorang rakyat Johor berpeluang ke Istana Besar Johor Bahru dan menerima satu kurnia dari kebawah DYMM Baginda Tuanku dalam satu majlis yang gilang gemilang, kerana selama ini aku hanya melihatnya di dalam siaran media elektronik sahaja.

Menjadi tetamu Kebawah DYMM Baginda sangatlah istimewa layanan dan sambutannya, begitu juga dengan petugas dan pegawai istana yang meraikan kita. Sebagai dif kebawah Duli Tuanku saya sangat terharu dengan layanan yang telah diberikan kepada diri saya dan isteri yang hadir pada tarikh tersebut.

Sebagai seorang hamba, hamba mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT yang telah menambah satu kunia lagi kepada diri yang amat kerdil ini, sebagai seorang rakyat patik menjunjung kasih kebawah DYMM Baginda Sultan Johor atas kurniaan pingat tersebut.


POHON NYIUR DI TENGAH BENDANG,
PELEPAH DI IKAT MENJADI JAMUNG,
TUANKU IBARAT POHON YANG RENDANG,
TEMPAT RAKYAT MOHON BERNAUNG


MENJUNJUNG KASIH TUANKU

DAULAT TUANKU...!!!
DAULAT TUANKU...!!!
DAULAT TUANKU...!!!

10 ulasan:

  1. Salam bro Zed, tahniah dapat pingat :)

    BalasPadam
  2. Salam Intan RH,

    Terima kasih atas ucapan sis, lebih bersemangat dengan sokongan rakan-rakan seperti anda.

    BalasPadam
  3. Tahniah bro, dah dapat pingat ni jangan pulak suka-suka nanti nak derhaka. Nanti jadi Laksamana Bentan pulak.....hehehe. Dari jauh macam ada rupa Laksamana Bentan sikit2 bro......

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..

    tahniah,
    persis hulubalang negara segaknya.hee..
    oh ya, tertarik dengan ulasan bro tentang duit di ent3 basuhbaju..;)

    salam ramadhan,
    moga memperoleh kemanisan ramadhan.

    wassalam..

    BalasPadam
  5. Salam Sahabat dan Saudara
    Akrabku Amir Hamzah,

    Terima kasih banyak-banyak le bro...kadang-kadang banyak perkara yang molek dan baik-baik berlaku disebabkan kawan-kawan rapat dan persekitaran diri kita.

    Seperti saya berkawan dengan saudara, saudari blogger yang ada, itu semua sumber kebaikan diri. Alhamdulilah lah banyak yang telah ALLAH beri kepada kita, tapi sangat sedikit yang kita lihat.

    Cuma bro ni dalam selalu memuji, kerap pula mengenakan saya, Bro silap tafsir, saya setuju ramai yang menyatakan rupa saya seperti Laksmana Bentan bukan bro seorang sahaja, gadis-gadis dan janda-janda lagi ramai yang kata begitu, sebabnya watak Laksmana Bentan di pegang oleh Allahyaraham Nordin Ahmad dan wajah saya seiras Nordin Ahmad dalam filem Laksmana Bentan itu lah sebabnya saya di gelar Hang Jebat / Laksmana Bentan oleh berapa kenalan rapat.

    Malam ni ngeteh lagi lepas terawih dan tadarus. Ada rakan-rakan yang dah setuju nak join.

    BalasPadam
  6. Alaikummussallam Sahabatku
    Cahaya Malam Si Kunang-Kunang,

    Terima kasih saudara sudi membaca coretan saya di blog Basuh Baju, saudara Basuh Baju dah beralih angin tak nak cerita hal politik lagi.

    Kupasan dan ulasan Basuh Baju mengenai N3 duitnya baik tapi terdapat ruang yang boleh diperelokan lagi. Kekadang saya sang suka menyakat beliau.

    Terima kasih sudi mampir di blog ini Sahabatku Chahya Malam...

    BalasPadam
  7. ~ Assalamualaikum Bro Zed ~

    Syabas dan tahniah dikurniakan pingat oleh DYMM Baginda Sultan Johor. Satu lagi hadiah paling manis buat Izan yang sentiasa berkorban buat suami tersayang. x gitu bro...

    Tengok gambar bro di Majlis Santapan DiRaja terkenang kembali maung, manis dan lucunya di sepanjang perkhidmatan ini.

    BalasPadam
  8. Salam Sahabatku Mahligairezki,

    Terima kasih sahabatku, nampaknya begitu lah..biar pun tak begitu glamer. tapi sesuatu.

    Saya dapat membayangkannya sewaktu saudara dalam perkhidmatan yang penuh dengan cabaran dan perkara yang ditempuh. Itulah suratan dan dugaan.

    BalasPadam
  9. Tahniah Sdr Zed, bergambar macam Pengantin Baru.

    BalasPadam
  10. Salam Sahabatku Bro Kuntong,

    Terima kasih saudaraku, sokongan dari para sahabat banyak membantu kejayaan saya dan keluarga. Pengantin baru? He he..Macam tu le mudah2an..

    BalasPadam