Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

17 Ogos 2009


SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum wbktu........

Salam Ramadhan Al Mubarak dari saya sekeluarga buat semua blogger Islam semua. Jika dihitung dari hari ini, InsyaAllah empat hari lagi kita akan bersama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah sekiranya kita dipanjangkan usia untuk menyambut kehadirannya.

Samada kita sedari ataupun tidak, sepanjang tahun ini banyaklah hal-hal yang telah kita lakukan samada perkara baik dan yang memberi manafaat atau sebaliknya.

Sebagai seorang manusia biasa yang penuh dengan kelemahan iman dan tidak sempurna akalnya, tentulah banyak perkara-perkara yang tidak elok yang telah saya lakukan samada secara sengaja atau pun tidak, mahupun langsung atau tidak langsung. Mungkin tulisan dan kata-kata saya telah menyinggung perasaan mana-mana sahabat blogger di maya ini.

Kepada semua rakan-rakan blogger di maya ini, dikesempatan bulan Ramadhan Al Mubarak ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan dan hati YAB Tan Sri /Tuan Guru / YB. Datuk/ Datin /tuan/puan/saudara/cik dan bros semua.

Hanya saya menyeru kepada rakan-rakan blogger muslim/muslimah hiasilah entry tuan/puan/bros/saudari dengan kata-kata yang boleh membawa keberkatan kepada ummah Islam semua. Apa yang saya harapkan semoga Ramadhan kali ini akan mengukuhkan ukhwah kita sesama Islam bersama..

Kepada blogger non-muslim pun begitu dan jangan makan dihadapan rakan-rakan yang sedang berpuasa. Hormatilah Bulan Ramadan Bulan Yang Penuh Keberkatan.

Akhir kata.....


"SALAM RAMADHAN BUAT KITA SEMUA, SELAMAT BERPUASA...".



29 ulasan:

  1. Wa'alaikumus Salam Bro Zed,

    Ye saya juga begitu tuan, di penghujung Sya'aban ini dah terasa syahdunya, sama-sama kita bermaaf-maafan antara kita dan sentiasa bermuhasabah menyesali setiap kesilapan yang pernah dilakukan sekaligus dengan penuh insaf memohon keampunan kepada Nya.

    Selamat menjalani Ibadah Puasa

    BalasPadam
  2. Allah maha pengasih dn penyayang.

    BalasPadam
  3. Salam bro zedmagel...

    harapan saya pon begitu lah hendaknye..
    agar kita dijauhkan dari kemungkaran di bln mulia ini...

    Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat bro & keluarga....

    dari saya:
    Jaja & TR family

    BalasPadam
  4. Salam Bro Is,

    Begitulah sebagai insan yang sangat biasa, kita semua yang serba kekurangan akan jadi lebih kerdil apabila menjalani ibadah puasa sempena Ramadhan yang hadir tulat atau lusa.

    BalasPadam
  5. Salam Bro Kuntong,

    Memang benar, sama-sama kita mengimarahkan Ramadhan Bulan Yang Penuh Keberkatan ini.

    BalasPadam
  6. Salam Sahabatku Jaja,

    Mudah-mudahan kita sama-sama diberkati oleh Allah SWT di bulan Ramdhan yang mulia ini.

    Salam Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah Puasa.

    BalasPadam
  7. Salam bro zed,

    dikesempatan yg ada ini izinkan eiza memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata..maklumlah eiza hanya insan biasa..yg kadang2 terbuat dosa..

    moga kedatangan ramadhan yg mulia ini..bertambah ketaqwaan kita pd Allah s.w.t..insyAllah =)

    BalasPadam
  8. Salam Ramadhan al-Mubarak juga buat saudara. Moga ibadah puasa kita kali ada jauh peningkatan berbanding yang sebelum2 ini. InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Salam Eiza,

    Sedih pulak saya membaca ayat eiza ni, macam banyak dosanya pada saya lak. Nampak sangat Ramadhan dah nak sampai.

    Sama-sama lah kita bermaafan menjelang Ramadhan Al Mubaraq ni. Mudah-mudahan di bulan ini kita lebih bertaqwa kepadaNya.

    BalasPadam
  10. Salam Cik Skaf,

    Mudah-mudahan le begitu. Saya sentiasa merasakan akan ada peningkatan dalam ibadah pada setiap kedatangan Ramadhan.

    InsyaAllah sama-sama kita doakan.

    BalasPadam
  11. Eiza kata ade perjumpaan Otai2 BP ekk??

    wahhh!! bestnyer...
    tp saya x dpt join sbb blk pon dah dkt pukol 6pm...kang nak ke bando maghrib plk baru smpi...

    :(

    BalasPadam
  12. semoga ini Ramadhan terbaik buat kita semua, Insyaallah! Bulan untuk rebut pahala sebanyak mungkin

    BalasPadam
  13. salam bro,

    Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Dah tua-tua ni jangan lah ponteng bro. hehehe.....segan ngan jiran-jiran tudung periuk jatuh jam 2 petang.....

    petang tadi berseri-seri muka bro.......

    BalasPadam
  14. lps trawikh chantek bro....

    BalasPadam
  15. salam bro,
    terima kaseh atas perjumpaan semlm..
    kesian kak jaja nak ikut tp hr dh lewat ptg sgt..
    takper2..lain hari n waktu ada lagikan..
    btol tak bro?..:)

    BalasPadam
  16. salam bro zed, moga posa tahun ni membawa seribu keberkatan.

    BalasPadam
  17. salam ramadan abg zed... moga ramadan membawa seribu keberkatan

    BalasPadam
  18. Salam Ramadhan Jaja / Bini TRock,

    Pekabor awak pagi nie? Makin sihat dek baraqah Ramadhan tahun ni. Memang betul petang 18.8.09 tu ari ada perjumpaan kecil antara bloger-bloger BP, tak lah begitu ramai tetapi meriahnya sangat-sangat al maklum le menutup syaaban tahun ni.

    Sangat terkilan Jaja dan suami tak dapat bersama, tapi idulfitri tahun ni akan ada perjumpaan besar-besar di rumah Wahnuar, Separap. Harap Jaja dapat bersama. tapi tarikhnya tak tahu. Dianggarkan lebih 100 blogger BP akan berkumpul sempena raya tahun ni.

    Pepehal mungkin kita semua akan dihubungi.

    BalasPadam
  19. Salam Ramadhan Sahabatku Noorlara,

    Mudah-mudahan doa puan akan memberkati lagi Ramadhan kita bersama di tahun ni.Bulan penuh keberkatan, pengampunan dan di jauhi dari api neraka, sama-sama kita menghayatinya.

    BalasPadam
  20. Salam Sahabat Kesayanganku Bro Amir Hamzah,

    Salam Ramadhan hari yang ke 3 untuk bro. Sejak dari kecil lagi kita bersama telah dilatih berpuasa, masa kecil dan remaja mungkin banyak dungaannya. Sejak usia dirembang senja ni, agak sukar untuk ponteng atau pecah puasa, tak sangup nak menggantinya di bulan lain, lagi pun keberkatan Ramadhan memang payah untuk terujua, walaupun coke berice dgn gelas berpeluh didepan mata, terliur mungkin tapi tak pecah puasa InsyaAllah.

    BalasPadam
  21. Salam Bro Lenz,

    Malam ujung mingu seusai solat Tarawih dan mengaji sejuzuk dua, memang indah kalau ngopee dimana-mana, sembang-sembang bab-bab munakahat memang le chantek dalam Ramadhan ni. Pakat-pakat bro....

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan Eiza,

    Betul tu..lain kali boleh kumpul lagi, pesan Jaja rasanya raye kot.

    Terima kasih kepada semua blogger yang hadir tu ari, terutamanya Bro Amirhamzah sebagai penaja jamuan, mudah-mudahan dipanjangkan umur dilimpahkan rezki kepada beliau sempena penutup syaaban tu ari.

    Beliau memang le selalu menjadi sponsor dalam setiap perjumpaan blogger BP, al maklum le kebun sawit dia saujana mata memandang.

    Saya seorang dari sub-kon yang berkerja ladang sawitnya di BP ini.

    BalasPadam
  23. Salam Ramadhan Ms Diamond,

    Mudah-mudahan begitu le kita hendaknya. Penuh barakah dan sentiasa dapat meningkatkan amal-mal yang lain dari masa ke semasa, biarpun lepas raya.

    BalasPadam
  24. Salam Ramadhan Tejaku,

    Jika hadir Teja di blog saya, membuatkan Ramadhan pada tahun ini terasa cepatnya berlalu. Mudah-mudahan kita dapat sama-sama meningkat amal-amal fardhu dan sunat-sunat yang lain.

    Harap Teja pose hari ni.....he..he..he..buka apa petang nanti.?

    BalasPadam
  25. Sedara Zedmagel:
    Sdra kita rouslenz tu dah lama x tulis entri, agaknya dia belum bangun sahur le tu, orang jawa kata "kerinan". Bila agaknya nak ngeteh tmpat biasa. Agak-agak lpas terawih boleh kot. (tadarus kena cuti le mlm tu).

    BalasPadam
  26. Salam Bro Kuntong,

    Ye lah ... saya pun fikir begitu, malam minggu ni kot, kita ngeteh lepas tarawih lebih kurang jam 10.00 mlm le. Sebab bila dah ujung-ujung Ramadhan, amalan dan taqwa perlu lebih ditingkatkan lagi. Bro mungkin akan berkelam di masjid atau di muasolah terdekat.

    BalasPadam
  27. Salam Bro Kuntong,

    Elok lah tu, malam hujung minggu ni lepas tarawih kita kumpul. Lenzs tak bangun sahur lagi le...dia letih mlm tadi ngecat rumah.

    BalasPadam
  28. salam bro..
    tahniah atas pengurniaan pingat tu..comeinya org umah..raya nak g umah bro la..he3

    BalasPadam
  29. Salam Sahabatku Eiza,

    Terima kasih atas ucapan anda. comel org umah saya.. comel lagi awak.

    Boleh Eiza...Kedatangan Eiza di hari lebaran sangat saya nanti dan alu-alukan. Raya ni Datang rumah tau jangan tak datang.

    Tapi Eiza, komen salah entry le..nasib baik semak.

    BalasPadam