
GAMBAR : HANYA SEBAGAI HIASAN
DI SUNTING DARI WEB. ISTANA BUNIAN
Di zaman kecil saya, saya sering diperdengar dengan cerita-cerita mengenai orang bunian, istana bunian atau kisah-kisah berkaitan dengan Dunia Bunian oleh pencerita/penceritera lisan di masa itu.
Semasa remaja saya, satu kejadian telah berlaku di kampung saya sendiri iaitu seorang senior saya telah di bawa menerokai ke alam bunian itu sendiri. Tak silap saya dua hari satu malam barulah kawan saya itu di kembalikan kepada keluarga mereka dalam keadaan yang tidak bermaya.
Kebelakangan ini saya banyak mendengar cerita-cerita begini timbul semula, ada satu kejadian pada satu malam sekeluarga yang singgah untuk makan di sebuah warung ditepi jalan raya, telah masuk ke dunia Bunian.
Kejadian hanya disedari apabila salah seorang dari mereka tertinggal telefon bimbit dan berpatah balik untuk mendapatkannya semula. Apabila sampai di tempat mereka makan tadi, tiada satu warung pun disitu, sebaliknya hanya kebun getah lama yang gelap dan sunyi.
Apabila telah pasti tempatnya, satu panggilan telah dibuat ke nombor berkenaan dan telefon bimbit tadi berdering di atas satu tunggul getah lama.
Tapi pernahkah kejadian ini berlaku dalam diri anda sendiri atau keluarga yang rapat dengan anda? Tentu cerita begini begitu menarik untuk kita kongsi bersama.
Jika ada ceritakan kepada saya..
Semasa remaja saya, satu kejadian telah berlaku di kampung saya sendiri iaitu seorang senior saya telah di bawa menerokai ke alam bunian itu sendiri. Tak silap saya dua hari satu malam barulah kawan saya itu di kembalikan kepada keluarga mereka dalam keadaan yang tidak bermaya.
Kebelakangan ini saya banyak mendengar cerita-cerita begini timbul semula, ada satu kejadian pada satu malam sekeluarga yang singgah untuk makan di sebuah warung ditepi jalan raya, telah masuk ke dunia Bunian.
Kejadian hanya disedari apabila salah seorang dari mereka tertinggal telefon bimbit dan berpatah balik untuk mendapatkannya semula. Apabila sampai di tempat mereka makan tadi, tiada satu warung pun disitu, sebaliknya hanya kebun getah lama yang gelap dan sunyi.
Apabila telah pasti tempatnya, satu panggilan telah dibuat ke nombor berkenaan dan telefon bimbit tadi berdering di atas satu tunggul getah lama.
Tapi pernahkah kejadian ini berlaku dalam diri anda sendiri atau keluarga yang rapat dengan anda? Tentu cerita begini begitu menarik untuk kita kongsi bersama.
Jika ada ceritakan kepada saya..
Sakura belum pernah lagi melalui kejadian berkaitan dengan Dunia Bunian ini...tapi sakura ingin sekali menjadi Puteri Bunian...hehehe
BalasPadamSalam Sakurasaku,
BalasPadamSakura boleh menjadi apa saja, tapi jangan menjadi Puteri Bunian, nanti saya tak dapat memandangnya lagi.Bimbang akan hadir kerinduan sunyi yang panjang dalam diri saya.
Sakurasa nampak anggun dengan baju biru pemberian sesaorang itu, beruntunglah jadi sakurasa banyak menerima hadiah.
Zedmag
BalasPadamgambar baju biru gambar lama...
pemberian hadiah dari seorang teman blogger..
cuma teman sakura tak mahu namanya dipaparkan.
Salam Sakurasku,
BalasPadamTidak mengapa Sakurasa, saya dapat meneka siapa orangnya, saya pun tidak menyebut namanya disini.
Menatap wajah ayu anda, presis saya pernah melihat anda tetapi di mana? Di maya ini kah atau dimana-mana? Dalam mimpi atau pun jaga...
i passed by kg seri bunian yesterday bro...pontian atas...hehe
BalasPadamSalam Bro Lenzs,
BalasPadamAnother interested story about Bunian also... its a good joke from you. I thought you the one of Bunian's victim will tell me about the past.But no so...ha..ha..ha..
akak tak pernahle jumpa org bunian tapi ustaz cakap mereka tu sebearnya dari golongan jin. masa kecil nenek ada cerita tentang sorang pompuan yg hilang sebulan, bila balik dia bawa bersama seekor ayam dan terus menjadi bomoh dengan bantuan ayam tu sampaile dia meninggal dunia.
BalasPadamSalam dik noorlara,
BalasPadamSangat menarik cerita puan tu, boleh dijadikan salah satu rujukan kepada peminat cerita seperti ini, dan seekor ayam dijadikan bahan bukti dalam pengembaraan ke alam tersebut.
Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
alahai Bunian ker???
BalasPadamSbenarnye, org sekitar kg saya pon sdg hangat menceritakan bab nie. Pada yg bekerja kebun, sering ternampak kg, rumah dan org2 bunian. Ade yg pernah nmpak 'dia' belajar bersilat, memasak, menukang rumah..dan mcm2 lagi..spt juga kehidupan kita sehari2....
Bila ditanya, macamana nak tau area situ adelah penempatan org2 bunian?? kata si pekebun itu..jika di kwsn kebon itu tiba2 kita nmpk kawasan yg lapang, bersih pd pndangan mata kasar kita dan ...haa, itulah tpt perkampungan org2 bunian.
Ade juga org kg saya yg penah nmpk org bunian itu belajar silat di halaman rumah saya, dan ade juga yg kata..nmpk org lelaki dlm lingkungan 40an berjalan kaki teros masok ke kebon blkg rumah saya..lalu ghaib!
Wallahuq a'lam....saya tak tau betol ke tidak. Tp org bunian, jin tu semua mmg ada..cuma org2 yg terpilih je blh nmpk...
Saya pohon, agar saya tidak dinampakkan dgn bunian/jin...nnt dari pada saya tergolong dlm org2 yg berani sendirian....tetiba jd penakut yg hamat pulak....
:(
Salam Bro Jaja,
BalasPadamDalam banyak komen, tulisan dan cerita anda paling mearik bagi saya. Kerana kejadian berlaku di halam, kebun dan rumah anda.
Tak sangka lelaki gagah macam bro pun rasa gementar jika bertemua mereka. Mereka juga mahluk Allah seperti kita. Saya juga rasa terkedu macam tak mahu jumpa.
Terima kasih Jaja...
kisah bunian ye? tak ada lah pulak..dgr2 cerita je..tak pun baca dari mastika..hehe
BalasPadamtpkan yg sedikit hairannya, bunian ni ikut budaya tempat lak..kalau bunian sarawak, mesti ada rumah panjang..agak2nya kalau bunian ni dari bangsar, rumah banglo kot? haha
Salam sahabatku, kusudah kembali ke alam maya ini. Jemputlah ya bertandang...
BalasPadamSalam Bro Basuh Baju,
BalasPadamSaya banyak mendengar cerita, orang bunian sangat tertarik dengan lelaki kacak seperti bro. Apa lagi jika lelaki suci dan bersih seperti wajah bro. Saya lihat bro ada potensi untuk bertemu dengan mereka.
Aleh bukan apa-pa mereka cuma nak berkenalan dengan bro.... saya harap bro boleh bertemu mereka samada di dalam tak sedar ataupun nyata... Nantikan yek...he..he..he...
Salam Bro D'rimba,
BalasPadamTerima kasih sudi menjenguk, walaupun tak menyumbang kepada entry ini. Saya rindu landskap rimba saudara yang menarik dan mengujakan.
Salam, terima kasih masih setia. Saya baru pulang dari bertapa di rimba diri terketar di gua masalah. Huhuhu....
BalasPadamSaya hanya tahu menyanyi : Indah nian istana bunian....puteri bunian cantik menawan...berat rasa nak ku tinggalkan...laaa.. sayang.
BalasPadam(Di kawasan Batu Puteh seperti yang saya ceritakan dalam entri yang lepas...adalah kawasan kampung orang2 Bunian......)
Salam Bro D rima,
BalasPadamHe..he...biasalah sebuah kehidupan manusia, masalah ada di mana-mana pun. Tak gitu bro?
Salam bersalam dari saya bro,
BalasPadamTerima kasih bro kuntong .Teruslah menyanyi lagu Seri Bunian, nanti seorang putrri bunian akan datang dalam hidup anda.
Bro Batu Putih tu bukan orang bunian punya cerita, tu cerita Sang Kelembai, seperti tulisan saya di entry bro tu...
Bunian hantu mainan melayu nak melarikan diri dari masalah. cerita hantu banyak sekarang sebabnya ornag melayu dah rimas tak tau nak buat apa pada bangsa mereka ..jadi beralihlah kita semua pada cerita hantu..lapang fikiran di buatnya walaupun periuk nasi di dapur tinggal kerak ikan hanya ikan kering dan air tinggal air suam..sorry beb lain sikit ni..sekadar merenung ke langit.
BalasPadam11101010101010100101010101100101101010100110101001010101010101 ini kod kami
BalasPadamSalam Bro Dino,
BalasPadamSaya tahu, ada sejuta kecelaruan dalam kotak fikiran bro. Cuba bro buat satu ilusi dan lukisan mengenai alam bunian, bro akan terus masuk ke ruang kanvas tersebut.
Salam bunian samarahan,
BalasPadamKod anda penuh misteri dan menyeramkan, saya tak akan berkunjung ke kod tersebut, takut blog saya berpindah ke alam tersebut.. Ha..ha.
Terima kasih singgah sekejap di blog saya.
Saudara Z,
BalasPadamSaya cuma dengar cerita bunian tapi memang x nak cerita pasal bunian, hanya nak menyampaikan cerita tentang saudara.
Kepada rakan-rakan blogger zedmagel, saya syorkan kita sama-sama ucapkan tahniah kpd Saudara Z. Untuk makluman anda, Sdra Z th ni terima pingat dpd Sultan Johor, terima Anugerah Cemerlang kali kedua, terima seru untuk ke Tanah Suci.
"Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"
Hai Bro,
BalasPadamDengar kaba sekarang dah naik pangkat jadi pegawai, betul ke posting kt JPJ. Hebat tu
Salam Bro Is,
BalasPadamKenapa takut nak cerita pasal bunian, bro pernah kena sorok bunian ke?
Terima kasih atas ucapan saudara tu. Tapi jangan maklumkan dalam blog saya, segan le saya jika rakan-rakan blogger lain tahu.
He he....terima kasih bro...
He he...lebih kurang macam tu le, tukar tak tau lagi tempatnya. Mungkin tak kot, sebab tak menjejaskan kedudukan hakiki saya agaknya.
BalasPadamJangan beritau dalam blog le...malu le
kita sendiri pun tak tahu macam mana wujudnya corak rupa dan budaya alam bunian ini secara sahihnya....tetapi walau apa pun seperti yang kita semua tahu bunian ini adalah terdiri daripada golongan jin yang mana mereka mampu melihat tembus ke alam manusia manakala manusia pula tidak...golongan jin ini ada pelbagai rupa dan gaya,yang musyrik dan yang mukmin,pada yang mukmin itulah yang selalu digelar bunian manakala yang musyrik itulah yang bergelar syaitan.Ada pun selalu kita dengar mengenai mereka yang hilang di hutan secara tiba-tiba dan kemudiannya kembali semula kerumah setelah beberapa ketika ia menghilang.Golongan jin atau bunian seperti ini berkemungkinan besar hidup mengikut cara dan adat bagi setiap tempat...mereka ini dikatakan gemar tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mungkin juga melakukan aktiviti harian seperti manusia juga.Kalau nak dikata mereka(bunian)agak kuno(kolot)dari segi teknologi(seperti yang diceritakan) mungkin tanggapan ini salah kerana ini telah dibuktikan pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S yang mana baginda telah memerintahkan mereka(jin)membina berbagai-bagai binaan dan juga arca-arca yang hebat seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran.
BalasPadamDalam kes ini melalui pandangan saya sebagai pengulas mereka ini(bunian)mempunyai pelbagai rupa,cara hidup,perangai,dan juga bangsa.seperti juga manusia yang mukmin tidak semuanya baik kerana ada juga yang melakukan kesalahan dan begitu juga dikalangan mereka(bunian)kerana setiap makhluk yang dijadikan Allah dimuka bumi ini mempunyai berbagai-bagai sifat dan ragam.Oleh itu manusia mukmin tidak seharusnya terlalu taksub dengan cerita-cerita alam ghaib ini kerana yang lebih mengetahui tentang isi kandungan alam ghaib ini sudah tentulah Allah S.A.W sahaja tetapi jangan lah pula kita tidak percaya akan kewujudan golongan mereka dimuka bumi ini kerana ia salah satu dari perlanggaran akidah kepercayaan terhadap Allah S.A.W.......
Segala keterangan diatas adalah ulasan dari saya sendiri sekadar yang saya ketahui dan selebihnya 'wallahhualam'
sekian.
Salam Saudara,
PadamTerima kasih atas makluman dan tulisan tuan, moga dapat membantu pembaca yang lain..
bunian 2 wjud sbnarny..reASOn sy ckp cm 2 coz,Drg nhe ac2ly cam manusia gak cuma kita x dpt tgk ngan mata kasar coz durg nhe trlalu halus..sy pnh mginap d rmh kwn sy,pt dye terpencil sgt,AYAH dye pernah melalui sbuah tpt y sgt lapang & BeRsIH berbau harum skali..dgn tk semana2 dya terlihat sebuah istana putih bercahaya..beliau menghalakan kamera telefon & MeNgAMBiL Gmbar..kdua kali dya dtg tpt 2 dah x ada...d percaya siapa yg masuk kg bunia tu nga niat tak elok tpt tu akan berbau busuk,manakala siapa y berniat baik dgn hati yg ikhlas tpt tu akn berbau harum...
BalasPadamSalam Sdra Tanpa nama,
PadamSaya juga pernah mendengar cerita yang seperti ini, tempatnya bersih, cantik dan sangat memukau...
ahahahahahahahahaha...lucu pulak blog bunian 2..nt sy test lah...huk2..graw je.nak jmp bunian meh cni umah sy byk puteri bunian..@_-
BalasPadamTanpa nama...
PadamJangan bergurau... nanti dia kan hadir dihadapan anda... tu hah...
sya ske blok ni sya nk sngk jmpa org bunian klu sya nk tngl dgn mreka msti bestkan
BalasPadamTanpa nama...
PadamTerima kasih, moga anda akan bersama mereka... he..he..
saya dari sabah, saya keliru bunian lelaki tu semua baju putih ke? sbb saya penah nmpak lelki dduk tpi hutan senyum dgn saya..wajahnya hensem sgt..sy tgok penuh hairan.dan sya toleh arah lain slama 2 saat shja.dan sya tole kmbali dia hlang..malah sya cari2.mustahil manusia biasa lari bgitu cpat kan..? saya tak tau mgkin jin kot..k trimas.
BalasPadamSalam tanpa nama dari sabah...
PadamMereka boleh sahaja berpakaian seperti kita, dalam berbagai warna yg sedondon.. warna putih agak biasa pakaian dikalangan mereka sepertui yg sering diceritakan... mereka kesemua adalah mahluk Allah seperti kita juga...
ustaz ada sekaliwaktu maghrib singgah disatu surau .disurau tu cuma ada pelita (lampu) minyak tanah .tak ada orang ustaz sembahyang seorang.. lama selepas tu ustaz lalu dikawasan tu waktu siang dan teringat surau tu cari tak jumpa (Tak bertemu)tanya kepada orang disitu dia orang kata mana ada surau. ustaz cakap ustaz pernah sembahyang kat situ dia orang cakap ustaz mimpi kut.tapi ustaz ingat ustaz berwuduk dan sembahyang seorang diri munking surau bunian
BalasPadamSangat menarik ceita tuan, mungkin dan segalannya mungkin... terima kasih...
Padamkwn duk kg seri bunian.tp x pernah jumpe pun..perkampungan bunian tu mmg ada kat tmpt kwn nie.tp hanya sestengah orng je yg blh jumpa/msk kmpg diorng..biasanya org2 yg pndai ilmu paranormal..
BalasPadamOh... tuan orang pontian, sangat menarik nama kampung anda... terima kasih kerana sudi membaca disini...
PadamSalam Saudara-saudara Tanpa Nama,
BalasPadamBagi mengulas pandangan saudara-saudara tanpa nama semua, saya sangat tertarik dengan cerita-ceita dan pandangan serta ulasan anda semua. Ada diantara cerita yang saudara semua ceritakan pernah saya dengar.
Tetapi banyak juga yang sangat menarik untuk terus disengari, harap masaing-masing dapat memberikan alamat blog yang sebenar untuk kita kongsi cerita ini bersama.
Jika tanpa nama, agak seram juga saya...
salam...setiap sesuatu kejadian Allah SWT yang menentukannya...
BalasPadamSalam Saudara tanpa nama, Saya bersetuju dengan pandangan tuan, segalanya atas kehendak Allah SWT jua...
Padammasalahnya keluarga saya dah dapat batu dari alam bunian. tapi ahli keluarga saya taknak batu tu. kami hendak pulangkan balik
BalasPadambatu yang keluarga saya dapat tu sangat cantik.Adik bongsu saya yg dapat . Dah jumpa baru baru ni dengan ustaz yg pandai. Ustaz tu bagitahu batu tu untuk mengubati 10001 macam penyakit. Tapi adik saya taknak. adik saya dah jumpa seorang tua dalam mimpi baru baru ni. orang tua tu ajar adik baca ayat tertentu. Adik tetap tak mahu. Keputusan yang adik saya nak ambil ialah dia nak pulangkan balik batu tu. Tapi tak tahu bagaimana caranya. kami pun buntu macamana nak bantu dia . Kesian kat dia.
BalasPadamSalam tuan,
PadamBatu itu boleh sahaja tuan tinggalkan ditempat ianya dijumpai... sekiranya kita tidak berminta, barang kepunyaan mereka akan mereka ambil semula... Begitulah cerita yg pernah saya dengarkan dari seorang pencerita yg menjumpai barang bunian dan cara mengembalikannya...
bunia ? byk dah saya mendengar cerita ini .. tapi xpenah pulak saya jmpa.. alangkah indah nya kalau dapat bertemu mereka..niat hati baik :)
BalasPadamsaya ingin sgt bertemu mereka dengan cara yg baik..hope oneday i will get what i want ...
sebut jelaa mana2 kisah bunia mesti saya akan meluangkan masa untuk mendengar nya.. huhuhuhu
Salam tuan..
PadamSaya mendengar cerita dari yg empunya cerita... masyarakat bunian ini akan hampir dengan kita jika kita selalu bercerita mengenai diri mereka, apalagi jika tinggal kawasan yg mereka huni.... selamat mencuba...
Salam semua , satu ketika dalam perjalanan ke Lenggong Perak beberapa tahun dulu. Saya singgah untuk menunaikan Fardhu Maghrib di sebuah surau lama ditepi Jalan.
BalasPadamKetika itu saya langsung tidak menyedari keanihan yang berlaku antaranya ...membasuh kaki di anak tangga dengan air dari tempayan lama, mengambil wudhu dengan air perigi , Jemaah terdiri daripada warga tua ..yang semuanya berpakaian Jubah putih ..kekuningan ala ala kain kasa yg agak kasar ,surau menggunakan Pelita (tak nampak wire atau Plug..Pun - Tahun 2007 tu).
Adalah dalam 8-9 orang Jemaah . Mereka semua memandang saya dengan pandangan penuh senyuman . Hanya saya seorang yg bersolat dengan berseluar jeans dan tidak bersongkok. Imam menjemput saya untuk masuk ke saf hadapan bersama jemaah yg lain.
Saya merasa sungguh tenang ..menunaikan solat maghrib dan selepasnya menyambung dgn solat sunat.Apabila saya selesai solat dan hendak pergi ..Imam menegur saya dan bertanya ..."orang baru disini ke?. Saya hanya menjawab dengan mengatakan sedang dalam perjalanan ke Lenggong. Seorang saja ? Ya ...saya menjawab dan dah biasa berjalan sorang sorang ... Baiklah ...selamat Jalan dan ..banyakkan selawat ....
Selang seminggu bila saya kembali semula dijalan yg sama ..saya cuba mencari Surau tersebut ...namun yang nyata tempat tersebut adalah kawasan semak belukar yg tebal. Saya cuba bertanya kepada penunggang Motosikal yg berhenti melihat saya terpinga pinga ditepi jalan ....dia mengesahkan ...Kawasan tersebut ...bukan lah kampung atau pertempatan Orang ...kawasan paling hampir adalah kira kira 10km drp situ...
Adakah saya bersoalat bersama Bunian atau Jin ...hanya allah yg mengetahui...
Alzarafee .
Salam saudara Alzrafee,
PadamSangat menarik kisah yang tuan kongsikan, saya ada juga mendengar cerita yang begini. tetapi tuan lebih bernasib baik kerana mengalaminya sendiri... cerita dan pengalaman tuan sangat mengujakan... dan begitu menarik...
saya pun teringin nak masuk alam bunian..tp org ckp kalu dah pergi masuk alam sana, kita hilang selera makan cos makann san sdp2 belaka...
BalasPadamSalam tuan,
PadamBukan semuanya menarik, banyak juga yg saya dengar cerita yg kurang menarik...
Orang bunian yer......saya dulu pn x percaya gak tapi bila dh tengok beberapa kejadian sedikit sebanyak boleh la juga dipercayai......tapi memang ada org yng bekawin dgn org bunian dan berkawan dengan bunian...renung-renung kan lah...
BalasPadamBetul.... saya percaya.... kerana ianya juga mahluk Allah seperti kita... cuma hadirnya berbeda...
Padamsy penah alami sdiri..tapi xpernah ke kg..skadar org bunian yg nk kwn dgn sy jer..interested???view my blog hukumdunia89.blogspot.com
BalasPadamSalam sdra Hukumdunia,
PadamSangat menarik kisah anda... masih kah anda berkawan lagi dengan mereka...
salam... 2 mlm lepas sy bermimpi dikunjungi org bunian dan ahli keluarganya, dlm mimpi tsebut org bunian tu sgt baik hati dgn menunaikan segala yang sy ingini, di antara kejadian mggembirakn yg blaku sy masih ttanya2 knp bunian tu mahu menolong saya.ttp mulut seolah2 tkunci drp btanya. pd mulanya org2 bunian tsebut mmbuatkn keadaan rumah sy begitu semak dan kotor seolah2 sengaja mngundang kemarahan sy, tp sy sebaliknya melayan mereka dgn baik yg akhirnya dibalas dgn baik juga, sy akhirnya tjaga dr tidur secara perlahan2, masih terngiang2 d telinga sy perbualan terakhir kami bila sy bertanya 'bolehkh sy hidup senang seperti ni dan inginkn apa yg sy mahu?' bunian itu mnjawab, boleh dgn 2 syarat. syarat pertama........, syarat kedua.......' tiba2 sy tbangun dr tidur..demi Allah, sy tk menipu pbaca,itulh yg berlaku, cuma mimpi tidak sy ceritakn dgn details.. syarat yg diberikan pula tidak mengandungi sebarang unsur negatif, memudaratkn atau lari dr ajaran islam.... apakah maknanya mimpi itu, sesiapa boleh tafsirkn? tq wasalam
BalasPadamSalam tanpa nama.
PadamSaya bukanlah pentafsir mimpi....
tetapi saya berpandangan , sebuah mimpi hanya mimpi sahaja dan tidak lebih dari sebuah mimpi. Ianya bukan nyata. Ianya hanya permainan tidur... jang percaya pada mimpi...
alhamdulillah.. seronok dpt baca prkongsian pengalaman dlm ni.. sy juga pernah luli pengalamn cmni..sya dijemput utk merawat seorang raja di alam ghaib..yg mempunyai kerajaan jajahan yg luas di nusantara ini. dia disihir oleh iblis..pelik jga mula2 tu..tpi bila brtanya kpd raja tu..di jelaskn kt sy..dunia dia mcm dunia manusia,, tpi manusia xnmpak..dn terpaksa kena tangung ganguan dri iblis jgak mcm manusia..alhmdulillah dia sembuh elok..pastu sya selalu dibawa masuk kedalam istana dia yg gah lagi hebat..tiang2 diperbuat dri emas. dn selepas peristiwa tu.. kami kerap keluar masuk alam.. kdng2 dia datng ke alam manusia ziarah umah saya dgn zahir badan..sapa2 boleh nampak.. siap kuar makan2 roti kat kedai lgi..dn kdg2 sya masuk ke alam dia..kami cuma bersilaturrahim.. bukn saling membantu antara satu sama lain..banyak ilmu yg kami saling berkongsi..mereka masih lgi lengkap berpakain istana zaman dulu kala..tpi bila dtg sini dia pakai baju melayu jer..alhamdulillah..segalanya datang dari Allah swt.. dn kpd Allah kita kembali..kita hanya makhluk disisi Allah..
BalasPadamSalam Sdra Mujahid,
PadamEmmm.... sungguh menarik cerita dan pengalaman dari tuan yang mengalaminya sendiri... mungkin sukar juga untuk diterima dari mereka yg kurang mempercayainya.. Bagi saya segala mungkin dalam sebuah kehidupan. Dunia ini luas ada pelbagai kehidupan yang penuh misteri.
Sangat menarik...
cerita ni mengarut ke
BalasPadamSukar untuk dijelaskan, kerana kehidupan yg misteri berada jauh dari akan logoka kita, mereka ada disekitar kita, cuma kita tak mampu melihatnya... jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
Padamsalam kisah ni betul ke
BalasPadamKisah ini menurut pengalaman dan cerita dari semua mereka yang pernah mengalaminya. Saya tidak memakasa sesiapa untuk percaya atau sebalinya. Jika penceita berbohong itu terpulan, tetapi untuk apa pula mereka mengada-adakan ceita?
PadamHarapan saya mereka bercerita jujur untuk kita kongsikan bersama. Bukan semua dari kita boleh mengalaminya...
Salam,adakah cite ni betul? mcm x betul je
BalasPadamSalam tuan.... mereka berceita dari pengalaman dan cerita yang mereka dengar. Untuk apa mereka membohongi kita? Terpulang kepada kita yang membaca dan mentafsirkanya...
Padamsalam,lepas saya dengar cite ni rasa mcm naik bulu roma tangan saya
BalasPadamSalam tuan, kejadian ini juga berlaku kepada diri saya sebagai pengendali cerita bunian ini. Ada yg mengatakan jika kita sering menceritakan mereka, mereka akan rapat dan akan hadir didalam hidup kita. Wallahhualam...
PadamKepada semua pembaca dan pencerita,
BalasPadamSaya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang telah membaca dan menulis diruangan ini. Banyak komen dan cerita dari anda semua telah kita kongsikan disini. Tulisan, komen dan cerita dari semua sangat saya alu-alukan. Moga ianya akan kita jadikan panduan bersama.
as salam..saya ade satu soaln..bgaimana kh care untuk kite brhubung dngan makhluk bunian..kerana saye mmpunyai kenalan di sana...hrap rakan2 sudi bberi info yg brgune..as salam
BalasPadam