Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

02 Julai 2009

HARI MINGGU - AKTIVITI YANG PALING MENYERONOKAN


PALING SERONOK ....
MENUNGGANG EASY BIKE

Pada hari minggu kebiasaannya, aku dengan motosikal burukku akan berdesir menentang angin membelah lebuhraya atau jalan negeri mencari kebebasan sendiri. Hari cuti biasalah, setelah penat bertugas sepanjang masa inilah masa untuk merehatkan minda.Vrrroooooommmmm.....!


Selalunya aku berkumpulan, tetapi tidak ramai. Macam cerita - Wild Hogs. Kumpulan kecil kami aku gelarkan - Wild Hawks -. Tiada arah tertentu, ikut rasa dan masa. Biasanya ke Melaka atau JB, kekadang bersarapan di Macap R&R Highway.


Tapi pada Ahad lepas, ada satu mamat ni, ikut belakangku, kelihatan macam Hulk Hogan, terfikir juga aku, tak kan lak Hulk Hohgan main motor sampai ke Malaysia? Rupa, usia dan gayanya memang ada, tapi tubuhnya kecil sedikit.


Sedang aku membesit dengan kelajuan 160 km, Si Hulk Hogan palsu ni sudah willey dia punya easy ride ( plat wilayah ) dengan kelajuan begitu. Dia menganjing aku rupanya. Tapi sebagai penunggang berhemah aku tak berapa layan karenahnya. Aku bunyikan honk, bagi dia semangat supaya lagi laju. Dalam hati aku badigol punya rider tak sayang nyawa.


Tiba di R & R Macap, aku turun untuk mengeteh, kelihatan bike Si Hulk Hogan palsu ni park kat situ. Aku turun dan meninjau disekitar, tak nampak pun si badigol tu. Tak lama kelihatan sesusuk tubuh berpakaian biker lalu dihadapanku, aku hai kat dia dan bersalaman sambil memperkenalkan diri "Zed" dan "Kuntong " balasnya ringkas.

"Waaah..galak lu menganjing gua tadi eyk?". Dia senyum je "Saja cari kawan ,ingat lu kejar tadi".

"Hey bro lu salah masa lah...jika 10 tahun dulu, mungkin lu cium asap jek. Sekarang ni hati gua dah basah. Ingat anak bini".
"Gua ni makin tua makin hati kering" egonya dia.
"Ehh...apasal seluarlu basah bro" balas gua.
"Terkencing masa willey tadi" selamba jek jawabnya.

Kidung kami berderai dalam keriuhan R & R Machap. Dah tua buat le cara tua. Jangan jadi rider muda lak.
Mengakhiri pertemuan kami, kami berdesir membelah angin lebuhraya, laju ke arah selatan..tanpa tujuan tertentu.


Gambar ikhsan : kiriman blogger Rouslenz - distortion. (thank bro for this image).

26 ulasan:

  1. ye ke bro, kawan pun kena beli satu la bro.Tapi setahu kawan hari minggu lepas bukan ke bro sakit gigi.....hehehe

    BalasPadam
  2. arr.. oo, bestnye... erm, badigol tu nk gi tiang 2 kot.. hehe

    BalasPadam
  3. i only got kapcai la bro...can join...?

    BalasPadam
  4. Salam Bro Amir,

    Bagi gempak je cerita tu. Biar lain-lain big bikers sakit hati. Hee..he...ari tu kan bro ke RTM, dia orang datang rumah semerah le petang tu.

    BalasPadam
  5. Salam Tejaku,

    Teja sihat ke hari ni? Ada airmata atau cinta lara tak lagi?

    Macam best je tu ari. Badigol tua ayat-ayat seranah yang tak suka pada sesuatu perbuatan. Bukan tiang 2 yek. Nanti marah Bro Kunt.....

    BalasPadam
  6. Salam Bro Lenz,

    Don't care whatever kind of bike, cup cai also can join, than we ride slowly...eating wind laa.

    BalasPadam
  7. sihat2 je yg mcm smlm gaks... hehe, gurau2 je jgn mare taw... nnt cpt tua, ngeh3.

    utk ape dkenang cinta luka, lbh baik klu buat tataw je... nnt nk ekot leh?

    BalasPadam
  8. Salam Tejakku,

    Untuk Teja kemana saja pun boleh, ke bintang ? ke bulan? atau kejora mahupun ke ujong dunia.

    Malah ke ujong pelangi pun bisa, hanya untuk Teja seorang saja. Ha..ha.. ahak..ahak..

    BalasPadam
  9. salam bro zedmagel,

    jangan lebih-lebih dengan Teja tu....nanti tersungkur di pintu syurga. hehehe

    BalasPadam
  10. SALAM ZEDMAGEL,

    DULU AKU PUN SUKA TUNGGANG MOTOR,TAPI MOTOR KECIK, SUZUKI TXR GAMMA 150CC. TAK PERNAH JATUH WALAU SEKALI PUN.

    APA TAK NYA, AKU TAK PENAH WILLIE, TAK LAYAN MENGANJING ORANG DAN TAK KONA BARING. SUDAH TENTU LAH AKU TAK KENA APA-APA SEBAB TAK PERNAH BUAT APA-APA..

    BalasPadam
  11. Salam ujong minggu yg, huhu... dh ujong minggu rupenye ye, tk menunggang ke mne2 ke arini, yg? bawalah aku ke ujong pelangi... hehe! ajak abg amir skali ye... kite gi ramai2.

    BalasPadam
  12. heran gaks mendesir membelah angin tanpa tujuan tapi sampai gaks akhirnye ke perhentian

    BalasPadam
  13. Salam Bro Amir,

    Ada berbau cemburu ayat tuan tu. Teja saja-saja mengusik saudara dah terusik. Bagai yang saja janjikan untuk Teja, ke mana dan sehingga kapan saja.Ya saya bisa, apa lagi jika bersama tersungkur ke pintu syurga. Mudah-mudahan.

    BalasPadam
  14. Salam Bro Kontraktor berwibawa,

    Saudara seperti saya, saya juga begitu tapi Suzuki Gamma power bro. Berdesit le kata orang Melaka, boleh berjurai air mata kalau pakai helmet tanpa visor, silap-silap tudung orang rumah boleh tanggal dari helmet setengah.

    Bagus bro...sebab tu le bro boleh jadi kontraktor berwibawa...

    BalasPadam
  15. Salam Tejaku,

    Salam juga untuk anda, pagi ujong minggu yang biru bagi saya. Saya tak begitu sihat hanya terbaring sepi diranjang. Mengenang nasib diri dan tubuh yang tak berdaya.

    Mengerang kesakitan dan mengenang masa silam yang suam dan silam. Abang Sakit dik.Apa nak di kata bungkam dan bersyukur atas kifarahNya jua.

    BalasPadam
  16. Salam Noorlara,

    Apa nak dihairankan, bermula dengan tanpa tujuan (maksudnya menunggang tanpa tekanan selain dari berlibur sendiri ). Kekadang tujuan datang diperjalanan, begitu yang saya maksud.

    Puan ayat-ayat saya jangan fahamkan dalam-dalam, saya memang banyak kekurangan disitu, terima kasih atas teguran. Saya berhenti apabila minyak habis.

    Semuanya akan berhenti si satu perhentian yang abadi.

    BalasPadam
  17. salam bro..
    wah2 kene wiley ngan hulk hogan palsu..hehe

    - mesti best kan menunggang moto besar dn mencari kedamaian sorang2..:)

    BalasPadam
  18. tk sihat rupenye... kesian le pulak, rajin2 mkn ubat ye moga cpt sembuh.

    BalasPadam
  19. Saudara zed magel: gua ada basikal kago bobrok aja........

    BalasPadam
  20. Salam Eiza,

    Tentulah......tersangat le bestnya...awas bukan merempit cam awak tu kan?

    Merempit jalanan mencari kedamaian juga ke?

    BalasPadam
  21. Salam Tejaku,

    Terima kasih atas simpati saudari kepada saya, segala ubat dah makan, sehingga saat ini masih dalam kesakitan yang ringan saja. Tapi kifarah dari Allah SWT memang banyak hikmah dan nikmatnya.

    Yang tersirat, terselindung dan tersembunyi.. ..tentulah tidak mampu dijangkau oleh seorang saya yang sangat kerdil dan naif di maya milikNya ini.

    BalasPadam
  22. Salam Bro Kuntong,

    Nek nengkereng motor nak buri kwe kan dirimu... di omong eneng basikal tuek waye seng bobork... ke priye lo kang....?

    Iyo..boborok-boborok pun eneng ... yo syukur.. nek dibandingi aku opo lah kang... Omongi memang enak lo...

    BalasPadam
  23. salam bro...

    merempit jalanan..kesinambungan kedamaian la tu bro..=)

    BalasPadam
  24. Salam Eiza,

    Ye le tu eiza...ikut suke awak le..

    BalasPadam
  25. Hai Bro Zed,

    Cerita anda mengingatkan saya di era remaja dengan Yamaha Enduro 125 JAH 6869 yang menyimpan 1,001 kenangan.

    BalasPadam
  26. Salam Bro Is,

    Gue masih ingat bike bro tu, warna kelabu kalau tak silap, hilang kat flat Lumba Kuda, samdol yang mencuri bike tu dah mati ke?

    Bila nak join bikers semula bro? Dah tua-tua tu buat come back semula. Tak payah tanya fiza, dia mesti benarkan punya. Ha..ha...

    BalasPadam