Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

14 Julai 2009

BILAKAH MASA SEORANG LELAKI ITU BERADA DALAM KESURAMAN?

GAMBAR HIASAN:
JIKA KELIHATAN SEORANG LELAKI
DALAM KEADAAN BEGINI - DIA DALAM KESURAMAN




GAMBAR HANYA HIASAN
( Disunting dari internet )


Ramai rakan-rakan bertanya bilakah masa seorang lelaki itu akan merasakan dirinya dalam kesuraman (kemurungan) ?. Tidak begitu payah untuk memberikan satu jawapan yang diperlukan apabila diterpa oleh soalan yang tidak semena-mena begitu. Lantas sebagai seorang lelaki, aku memberikan satu jawapan "apabila seorang lelaki itu tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupan sehariannya".


Tetapi bagi seorang lelaki, banyak lagi punca lain yang menyebabkan mereka akan berasa suram atau dalam kemurungan begitu. Misalnya gagal dalam melaksanakan projek mega mereka, kehilangan pekerjaan, hilang keupayaan diri atau fizikal, menghadapi masalah dalam tempat kerja, kehilangan seorang sahabat yang akrab, putus cinta, ditinggalkan isteri, anak dan lain-lain punca yang menyebabkan begitu.


Otak seorang lelaki akan terus berputar dan bekerja mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah kesuraman dan kemurungan yang dihadapinya sehingga selesai. Jika tidak selesai, mereka akan mengalami pelbagai masalah sampingan seperti kurang tidur akibat memikirkan bebanan yang dihadapi atau dipenghujungnya akan menyebabkan kehidupannya terabai. Jika ditahap puncaknya mereka kelihatan seperti kurang siuman.


Tapi agak jarang bagi seorang lelaki menghadapi soal kemurungan yang terlampau, bagi seorang lekaki walaupun hutangnya berjuta, walaupun ditinggal isteri dan kekasih, biasanya lelaki akan menyelesaikan permasalahan kemurunganya dengan mengambil beberapa langkah yang kadang-kadang diluar jangkaan. Jika masalah kewangan mereka akan berhutang atau berkerja dengan lebih tekun ( dengan apa cara sekalipun sehinggakan sanggup menipu dan memperdaya ).


Disini menyerlahnya daya fikir seorang lelaki, apalagi jika ianya seorang yang telah berusia dengan banyak pengalaman hidup yang pernah ditempuhinya.


Bagi seorang lelaki muslim, kebanyakannya akan meningkatkan amalan dengan melakukan solat-solat tertentu yang dianjurkan oleh Islam. Walaupun sebelum ini mereka tidak pernah melakukan amalan tersebut. Penyelesaian ini dilihat lebih menjurus kearah kebaikan sebelum tiba masa kesuraman dan kifarah bagi mereka. Jika bukan Islam, mungkin tindakan mereka juga begitu atau ke tempat-tempat hiburan yang boleh menenangkan fikiran biarpun sementara.


Apapun keadaan dan masanya, waktu kesuraman atau kemurungan akan datang juga dalam kehidupan sesorang lelaki. Cuma bebanan dan masalahnya berbeza-beza, mungkin sedikit atau kelihatan langsung tiada jalan penyelesaiannya ( bergantung kepada pengalaman dan sebanyak mana waktu kesuraman itu pernah ditempuhinya ).


Namun akal dan ego seorang lelaki yang dikurniakan oleh Allah SWT biasanya akan mampu menangani masa kesuramannya mengikut satu jangka waktu tertentu, sebab itulah dalam Islam kuasa 'talak' diberikan kepada insan yang bernama lelaki. Jika kuasa itu diberikan kepada wanita, tentulah lebih ramai lagi jumlah lelaki yang menduda dimasa ini.


Sebab itu, sejauh manapun kehebatan seorang wanita, akalnya tidak mampu menjangkau atau mengalahkan cara seorang lelaki berfikir. Jika kita menyorot beberapa kisah wanita hanya mampu menyelesaikan kemurungan mereka dengan tangis dan air mata. Sementara lelaki menyelesaikan waktu kemurungannya dalam sebuah tawa yang penuh derita.


Jika tidak percaya, bertanyalah kepada seorang lelaki, bilakah waktu-waktu kesuraman dan kemurungan hadir dalam hidupnya. Ketemukan satu jawapan yang hampir pasti dari mereka.




15 ulasan:

  1. AKU BERTANYA PADA DIRI SEHABIS MEMBACA POSTING SAHABAT, BILA AKU PERNAH KEMURUNGAN?

    RASANYA TAK PERNAH TERJADI WALAU SEKALI DI SEUSIA INI..

    MUNGKIN LAH AKAN TERJADI JUA PADA SUATU MASA NANTI..

    DI KALA BURUNG KU DAH TAK BERKOKOK LAGI..

    BalasPadam
  2. Salam Sahabatku Kontraktor Tekun Berwibawa,

    Tahniah le atas kehandalan tuan kerana tiada menghadapi masalah kemurungan, tuan memang terror, al maklumlah nama pun dah hebat.

    Tentang masalah Burung yang tak berkokok lagi, boleh dikokokan dengan bermacam serampah jampi dan vigra.

    Yang saya lihat kemurungan akan berlaku kepada tuan, apabila lemuyu minta gaji dan owner rumah belum bayar payment lagi....amaun banyak pulak sangkut tu..he..he...

    BalasPadam
  3. Salam Tejaku,

    He he...kemurungan di entry ini berkisar mengenai lelaki lah. Wanita yang penuh kesantunan seperti anda tidak termasuk dalam persoalan kali ini.

    Kerana kita faham, wanita lebih banyak mengalami kes kemurungan dan kesuraman dalam diri mereka. Misalnya bagi wanita sebiji jerawat yang baru nak tumbuh juga akan menjadi kemurungan dalam diri mereka. Seorang lelaki seribu ketul jerawat batu pulak tu yang tumbuh dimuka mereka langsung tak ambil kisah.

    Apa pun terima kasih kerana sudi menjenguk ke blos saya hari ini.

    BalasPadam
  4. haha sape2 pon akan murung bila hari isnin..haha

    BalasPadam
  5. alangkah beratnya tanggungan perasaan dan tanggungjawab seorang lelaki

    BalasPadam
  6. Salam Bro Basuh Baju,

    Sebagai seorang anak muda, jauhkan dari sikap sentiasa melebelkan "Monday Blues" dalam diri kita, itu bermakna kurang semangat bekerja dan belajar kita sendiri.

    Bro, saya lihat bro seorang yang muda dan penuh dinamik, tak mungkin bersikap begitu. Kalau dah bro begitu, yang lain saya dah tak tahu le, tentu lebih teruk lagi - mungkin "everyday blues"

    BalasPadam
  7. Salam Noorlara,

    Begitulah tanggungan sebuah kemurungan dan kesuraman seorang insan yang dilahirkan sebagai lelaki, tetapi seorang lelaki itu akan sentiasa pasrah dengan Penciptanya, sejak azali lagi. Tetapi mereka ini telah dianugerahkan satu senjata ampuh yang dinamakan akal lelaki.

    Terima kasih kerana memberi simpati kepada kaum lelaki, kerana abah, suami, abang dan adik kita juga insan yang bernama LELAKI.

    BalasPadam
  8. wah, hebat artikel nie..sedikit sebyk..mngajar eiza ttg sifat lelaki didlm kemurungan..terima kaseh bro =)

    BalasPadam
  9. Salam eiza,

    Mudah-mudahan begitulah hendaknya.Harap jadikan panduan untuk kebaikan semua. Masih banyak lagi rahsia besar lelaki yang akan saya bukakan untuk tatapan blogger semua.

    BalasPadam
  10. betul jugak..bile yeee???

    akan datang mesti ada time-time down macam tu..
    apa-apa hal kena ready

    BalasPadam
  11. Salam Bro Firul,

    Terima kasih kerana sudi singah di blog ini.

    Sahabatku Firol, betul ianya akan hadir kepada diri bro, bila? masanya akan menentukan. Harap bersedia atau standby dengan penyelesaiannya. Jika buntuk sila bertanyakan kepada saya. Selamat menanti.

    BalasPadam
  12. ini satu lagi blog saya dalam bahasa ibunda. Anda banyak berfalsafah nampaknya. kemurungan dalam lelaki biasanya bersebab. 1. Masalah keluarga(40an keatas, mid life crisis) 2. Andropause (50 keatas tanki hormon kering beb..)tapi kalau 30an ke atas dah murung cepat jumpa doktor jiwa geng..bahaya.

    BalasPadam
  13. Salam Sahabatku Dino,

    Bro Dino,

    Pertama - terima kasih banyak-banyak sudi menjadi pengikut di dua blog kecil saya ini. Kedua - sudi singgah dan dan memberi pandangan dalam entry saya ini. Tentang falsafah sedikit-sedikit sahaja setakat yang termampu dari saya.

    Saya bersetuju dengan padangan saudara, dan kemurungan bergantung dengan masalah yang berkaitan seperti yang saudara luahkan.

    Terima kasih, sudilah menjengok lagi.

    BalasPadam
  14. biasanya sy akan mengalami kemurungan bila rasa terlampau tertekan... t mula ar sy cuba selelasikan kemurungan sy..dgan wak ape2 aktiviti yang leh ilangkan tekanan contohnye berwuduk,solat,keluar bersiar2,ajak mber beborak itu sudah cukup bgi saya

    BalasPadam