Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

25 Mei 2009

PEMANDANGAN PANTAI PENGKALAN BALAK DAN SELAT MELAKA

PEMANDANGAN PANTAI PENGKALAN BALAK
MENJELANG SENJA


PANTUNNYA BERBUNYI BEGINI :

PENGKALAN BALAK AIRNYA BIRU,
TEMPAT DUYUNG SERING BERENANG,
MELIHAT TUAN HATIKU RINDU,
TIDUR DAN JAGA ASYIK TERKENANG

9 ulasan:

  1. Salam Bro zedmagel,

    Rumah Kecil Tepi PENGKALAN,
    Tutup Pintunya Kenakan Selak,
    Harimau Di Hutan Mengamuk Sakan,
    Tempat Tidurnya Ditimpa BALAK.

    Itu la asal nama Pengkalan Balak
    Hahahahakkk

    BalasPadam
  2. Bro Amir,

    Sangat menarik tuan meletakan nama pengkalan balak dalam bentuk pantun pulak tu. Tapi tekaan asal usul cerita tuan itu tidak tepat. Ianya berkaitan balak juga.

    Suatu masa dahulu tempat ini tempat pedagang memunggahkan kayu-kayu balak mereka dari sekitar negeri Melaka.Sekarang hanya sebatang kayu balak replika sahaja di tempat tersebut.

    BalasPadam
  3. Hampir sama pula kita pantun.Hehehe......

    BalasPadam
  4. Salam Bro D Rimba,

    Saya berada di Sabah selamat 6 hari, ada sedikit tugasan.Ini kali yang ke 5 atau ke 6 saya menjelajahi negeri di bawah bayu ini. Beberapa tempat yang sempat saya lawati Kg Watson Laut, Beaufort,Panampang, Pulau Manukan dan sesemstinya Kota Kinabalu. Sabah - Negeri di bawah bayu, banyak khazanah alam yang terdapat di sana. Jika lapang berkunjunglah, ajak saya sekali sebagai teman berjalan.

    BalasPadam
  5. Wah pasti keindahan cukup mendamaikan di sana. Nanti saya ada rezeki lebih saya pasti akan ke sana terutama pulau Sipadan. Tapi kerisauan juga di sana pengaruh Kristian makin berleluasa.

    BalasPadam
  6. Salam Eiza,

    KK dan Sabah - Negeri Di Bawah Bayu, memang menarik. Seindah jolokan namanya, begitu indahlah rupanya. Tetapi bukan disemua bahagian, ada yang sangat menarik dan ada juga yang biasa-biasa seperti tempat kita BP.

    Seperti yang saya tuliskan tetapi tidak mampu untuk saya mengungakapkan semuanya hanya dalam tulisan, jika bercerita mungkin lebih menarik dan seronok lagi.

    Harap dapat berjumpa Eiza bersama blogger BP segera...

    BalasPadam
  7. Bro D' Rimba,

    Begitulah keadaanya, demi menjalani sebuah kelangsungan hidup, pribumi agak terabai kerana tiada ilmu dan harta. Mereka kekal mewarisi kemiskinan tinggalan nenek moyang dengan apa yang ada dan terdaya.

    Moral dan agama bukan satu isu utama bagi kebanyakan mereka, namun ada juga sebilangan kecil yang mewah dan kuat beragama, terutamanya keturunan pribumi Melayu Brunei. Saya bersama-sama mereka selama dua hari satu malam di Kg Watson Laut, Beufort. Banyak cerita menarik tentang perjuangan bangsa dan agamanya.

    BalasPadam