Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

09 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA



Salam Ramadhan Buat Semua,

Sedar tak sedar, Ramadhan datang lagi. InsyaAllah esok atau lusa kita akan menyambutnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan lebih membawa berkat dalam kehidupan, diharapkan lebih baik dari masa-masa lalu.

Sememangnya Ramadhan selalu mendekatkan diri dengan kehidupan yang lebih kudus. Dejavu Fajar Ramadhan membelengu nafsu, hati dan perasaan yang selalu tewas dengan pelbagai dugaan dalam bulan selain Ramadhan.

Apakah yang kita harapkan dalam Ramadhan kali ini ? Selain dari rahmat dan keampunan dariNya jua. Banyak cerita suka dan duka yang bertandang dalam Ramadhan. Kepulangan bonda yang tercinta juga pada 2 Ramadhan, 1429, terasa begitu cepat kasih bonda terlepas dari dakapan diri. Moga rohnya dicucuri rahmatNya jua menjelang Ramadhan kali ini.

Buat sahabat dan rakan semua, Salam Ramadhan diutuskan di maya yang tidak bertepi ini. Hayatilah Ramadhan dengan penuh taqwa dan keimanan. Jumpa lagi, di Ramadhan yang akan datang di doakan.



4 ulasan:

  1. Salam Dino,

    Sama-sama bergembira menghayati ramadhan yang membahgiakan...

    BalasPadam
  2. Z,
    Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini adalah yg terbaik dan kita akan sempat bertemu di Ramadhan tahun depan.

    BalasPadam
  3. Salam Noorlara,

    Terima kasih kerana sudi singgah dan sudi jua untuk mencoretkan sesuatu disini, mudah-mudahan kita masih menjadi tetamu Ramadhan yang seterusnya.

    Kan Pernah saya kata, blog kita akan sunyi setelah berada di maya FB?...

    BalasPadam