Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

03 April 2009

KISAH BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU

SALAH SATU SNAP DI BLOG TAMAN DALAM RUMAH
Jurukamera : LIA SYAHIRA



Salam hormat saya kepada semua blogger,

Al kisah minggu ini, berdentum dentamlah cerita-ceriti ( taik mata muat inti - bagi orang yang mengantuk) mengenai Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Batang Air ada cerita juga tapi taklah sehangat dua tempat ni. Batang Air apa nak diceritakan memang dah kemenangannya buat BN. Yang blogger pro dan kontra pun memaki hamun sesama blogger sendiri, pasal ketaksubaan sangat kepada parti-parti mereka. Walhal mereka ni bukanlah pengundi di tempat-tempat tersebut.

Blogger BN dengan hujjah-hujjah padu mereka mengatakan BN menang, yang pro pembangkang apa lagi memaki hamunlah mereka kepada blogger tersebut. Cabar mencabar dalam blog dah sangat biasa. Maki hamun tak payah ceritalah dah permainan blogger.


Balik-balik fikir macam penat lah pulak membaca cerita-cerita mereka ni. Paling geli ketiak bagai dijolok-jolok blogger yang pro pembangkang dahlah memaki hamun dan mencabar. Bagi jaminan yang parti pembangkang menang pulak tu.


Kita bersangka baik sahajalah. Mana-mana parti yang menang pun mereka adalah pilihan pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sekejap tadi saya menerima berita dari teman-teman yang bertugas di kawasan tersebut. Keduduknaya pada ketika ini :

1. Batang Air - BN 80 % - PKR 20% ( mungkin kedudukan BN akan terus meningkat ).


2. Bukit Gantang - BN 70 % - PAS 29 % - Baki 1% ( kepada calon BEBAS - mungkin calon BEBAS mendapat undi di bawah 1% ).


3. Bukit Selambau - BN 58 % - PKR 40 % ( Baki 2% kongsi calon BEBAS ramai-ramai - 8 atau lebih lagi calon akan kehilangan wang pertaruhan ).


Itu berita terkini yang saya dapat. Tetapi kedudukan boleh berubah disebabkan macam-macam perkara yang tidak diduga. Nanti kalau ada maklumat terkini saya bagi lagi. He he...kepada semua blogger saya ucapkan selemat berkempen sebelum jam 4.58 petang 7 April, 2009. Kalau jangkaan tuan betul Tahniah lah. Kalau tak berapa tepat cuba lagi dalam PR Kecil yang akan datang.


Jumpa lagi.........!

2 ulasan:

  1. salam bro,

    ucapan pertama Najib sebagai PM baru dilihat kepada signal sesuatu yang akan berlaku dan berlaku sepanjang tempoh perkhidmatannya. Ada yang menyangka ini ada gula-gula pilihanraya kecil 7 April ini. Walau apa pun, gula-gula ke, kuih lapis ke, atau apa saja yang terikir pihak pembangkang suka atau tidak perlu ucap terima kasih pada Najib.

    2 akhbar lidah rasmi pembangkang dah boleh siarkan berita karut marut semula.

    13 orang tahanan ISA termasuk daripada Hindraf dah boleh jumpa anak bini semula. Kalau kemaluan tu hanya boleh digunakan untuk kencing semasa dalam tahanan sekarang dah boleh berfungsi sebagaimana fungsi asalnya.

    ISA akan dikaji semula bukan untuk dihapuskan tetapi untuk penambahbaikkan atau dibuat semakin menyiksakan.

    Saya setuju saham BN bertambah naik dan tidak mustahil BN sapu bersih dengan terlantiknya Najib sebagai PM baru dan masuknya Mahathir ke dalam UMNO semula.

    BalasPadam
  2. Bro Amir,

    Salah le pula tips yang kawan bagi. Bengang tu. Sebulan kat kaki ayam

    BalasPadam