Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

17 April 2009

ADUN PENANTI LETAK JAWATAN SERTA MERTA



Umum telah mengetahui, Mohammad Fairus Khairuddin (gambar) bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang telah membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti dan berkuatkuasa serta merta. ADUN yang mewakili parti PKR itu berkata beliau ingin menumpukan untuk melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan untuk lebih meluangkan masa bersama keluarga ( ini hasrat beliau yang telah menghantar email kepada BERNAMA).



Jika dilihat dari segi alasan yang beliau berikan adalah sangat tidak munasabah, seorang Timbalan Ketua Menteri 1, meletakan jawatan untuk menyambung pelajaran? tapi lebih logik lagi jika seorang siswazah berhenti belajar untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 di sesebuah negeri. Saya rasa jika ditawarkan lebih dari 1000 siswazah yang akan berminat untuk menjawat jawatan tersebut.


Apa yang saya lihat, seorang anak muda berusia 32 seperti Mohammad Fairus telah menerima banyak tekanan dan tomahan yang menyebabkan beliau telah disiasat oleh SPRM. Perletakan jawatannya adalah disebabkan sesuatu yang telah tidak tertanggung oleh beliau untuk kepentingan sesetengah pihak. Jadi demi kebaikan bagi dirinya dan pihak berkenaan lebih baik beliau meletakkan jawatan sahaja.


Saya sungguh simpati dengan beliau, beliau juga dijangka akan membuat beberapa pendedahan kepada umum mengenai banyak perkara dengan keputusan yang beliau buat. Pendedahan dari beliau sangat ditunggu-tunggu oleh semua pihak, apalagi bagi pengundi di DUN Penanti.
Ungkapan saya kepada Mohammad Fairus, bersabar dan berterus terang demi kebaikan semua pihak, terutamanya pengundi-pengundi di DUN Penanti, jangan jadikan diri orang lain akan menerima nasib yang sama seperti saudara. Mohammad Fairus seorang yang berprinsip dan jujur dalam berpolitik. Saya percaya dengan pendedahan yang beliau buat, akan menjadikan DUN Penanti akan kembali dikuasai oleh BN semula, walaupun DUN tersebut berada dalam kubu kuat PKR, jika tidak menangpun, majoriti yang akan diperolehi calon BN kali ini lebih tinggi dari PRU 2008.
Wah...nampaknya trend PRK semakin menjadi-jadi disebabkan beberapa perkara yang melanda ahli-ahli YB ( melainkan kawasan yang YB berkenaan meninggal dunia ). Kepada pengundi-pengundi DUN Penanti, pilihlah calon dan parti telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia, seperti BN dalam pemilihan kali ini. Jika tidak saya bimbang warga DUN Penanti akan terus merana sehingga PRU13. Tetapi jentera BN mestilah berkerja keras untuk meraih undi rakyat, jangan menggunakan taktik lama dalam meraih undi. Guna taktik dan teknik yang berkesan untuk menarik perhatian pengundi.
Saya bimbang pula jika kali ini calonnya salah seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang yang akan bertanding di DUN tersebut bagi memenangi kerusi DUN berkenaan. Taktik ini sering digunakan oleh barisan pembangkang dan mereka berjaya.
Dan salam buat semua warga DUN Penanti, bersabarlah menanti sehingga hari mengundi.
SELAMAT MENGUNDI.....!!! salam mesra dan hormat dari saya Zedmagel.

4 ulasan:

  1. salam bro,

    Saya nak cadangkan BN tak perlu lagi tabur projek pembangunan sebab kawasan ni pasti kalah. Membazir je

    Kaedah ceramah dah lapok. Orang muda suka dihargai. Mari kita raikan pendapat, pandangan serta idea mereka. jangan lupa ambil perhatian kritikan mereka. Oleh program perbincangan dan percambahan fikiran lebih berkesan.

    Peringkat awal ni kawan letak PR 70% BN 30%

    hehehe

    BalasPadam
  2. SAYA SETUJU DENGA AMIRHAMZAH, TAK PAYAH KITA NAK BUAT JANJI JANJI MANIS! KITA KENA BAGITAU KEBENARAN PASAL FAKATAN RIOT JE DAH LA!

    BalasPadam
  3. Bro Amir,

    Terima kasih atas ulasan yang sangat bernas.

    Bro Parpu kari,

    Terima kasih atas pandangan yang sangat bernas itu.

    BalasPadam
  4. Bro Parpu kari dan Amir Hamza,

    Apalah BN pulak takut nak bertanding. Buah termasuk ke dalam ke?

    BalasPadam