Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

07 Januari 2009

TAMAN DALAM RUMAH


RUMPUN KELADI DI SUDUT TAMAN,
UNTUK MAINAN DARA JELITA,
SEBUAH RUMAH DI DALAM TAMAN,
RIANG TERTAWA TANPA AIR MATA

Salam pada semua pembaca,


Mengapa harus aku menamakan blogku ini `Taman Dalam Rumah''. Kerana sememangnya aku dan keluarga impikan sebuah rumah yang kecil dan mempunyai taman di dalamnya. Kebanyakkan rumah sekarang - rumah dalam taman - taman perumahan.


Jika memungkinkan aku memiliki sebuah rumah, biarlah yang ada taman di dalamnya. Biarpun kecil, cukuplah buat kami dan sekeluraga berehat dan berteduh dari hujan panas juga ancaman mara.


Ingat masa kecilku dulu, kami orang susah ( tetapi sekarang pun susah juga) tinggal di rumah kecil yang tidak sempurna, nak ajak kekawan datang pun malu. Kata emak (arwah) dan abah - Kita orang miskin dan susah - beginilah. Dalam usia yang sentiasa meningkat, aku selalu memikirkan untuk menyediakan sebuah rumah indah untuk keluarga. Rupanya sangat payah dengan pendapatan yang akan miliki untuk menydiakan sebuah rumah yang diimpikan.


Lalu apabila tuaku - selalu yang aku dan kakak-kakak harapkan ialah sebuah kediaman yang bukanlah besar, tetapi sempurna untuk kami dan abah. Abah seorang yang sangat baik dan dalam kehidupannya tidak pernah berhutang. Orang miskin siapa yang percaya dan mahu memberi hutang.


Anak-anakku, berusahalah untuk terus maju dan berjaya. Orang miskin seperti kami, selalu bertekad besar dan berusaha. Abah hanya mendoakan. Moga Allah perkenankan.



Salam buat semua.

4 ulasan:

  1. ko boleh lawat www.pribumiperkasa.com tulisan aku banyak kat situ. Jadilah ahli 15 Mac boleh kita g KL sama-sama.

    satu lagi ko lawat www.kelabCheDet.com kat situ pun ada.

    Tulisan aku dalam blog aku hantar kat sana

    BalasPadam
  2. Saudaraku,

    Terima kasih, jadi follower Taman Dalam Rumah

    BalasPadam
  3. Sdra Zubli Zainordin,

    Terima kasih di atas ulasan pendek saudara memberi banyak semangat kepada saya. Ye ke begitu?

    BalasPadam