Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

26 Julai 2011

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERIBADAH BUAT SEMUA


Salam Ramadhan Buat Semua,

Sedar tak sedar, Ramadhan datang lagi. InsyaAllah empat atau lima hari lagi  kita akan menyambutnya. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan lebih membawa berkat dalam kehidupan, diharapkan lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

Sememangnya Ramadhan selalu mendekatkan diri dengan kehidupan yang lebih kudus. Dejavu Fajar Ramadhan membelengu nafsu, hati dan perasaan yang selalu tewas dengan pelbagai dugaan dalam bulan selain Ramadhan.

Apakah yang kita harapkan dalam Ramadhan kali ini? Selain dari rahmat dan keampunan dariNya jua. Banyak cerita suka dan duka yang bertandang dalam Ramadhan. Kepulangan bonda yang tercinta juga pada 2 Ramadhan, 1429, terasa begitu cepat kasih bonda terlepas dari dakapan diri. Moga rohnya dicucuri rahmatNya jua menjelang Ramadhan kali ini.

Buat sahabat dan rakan semua, Salam Ramadhan diutuskan di maya yang tidak bertepi ini. Hayatilah Ramadhan dengan penuh taqwa dan keimanan. Jumpa lagi, di Ramadhan yang akan datang di doakan.

4 ulasan:

  1. Salam Ramadhan juga utk Tuan.

    Mmg cepat masa berlalu. Rasa mcm baru saje ucapkan salam ramadhan di blog tuan..

    :)

    BalasPadam
  2. Salam Ramadhan,

    Buat Jaja, The Rock dan keluarga, macam baru saja saya mendengar awak bercerita tentang respi berbuka tahun lalu, nah hari ni dah 2 ramadhan tahun ini. Masa terlalu cepat meninggalkan kita semua....

    Jaja... buka apa hari ni?

    BalasPadam
  3. hari ni mgkn nak goreng mi wantan ala-ala mi hailam! hehe..tp tgk la keadaan! takut blk kerja kang TERsingah bazar dekat tmn Ssulong ni ha...cancel la nak masak mi!

    :)

    BalasPadam
  4. Mee Wantan? Wah ngences membayangkannya... hu..hu..

    BalasPadam