Tak semena-mena, membaca blog lanabulu - aku terkenang dan teringatkan kelazatan dan nikmatnya rasa isi dan air buah nipah. Tapi itu kenangan masa zaman aku kecil-kecil di kampung. Sekarang dah berpuluh tahun aku tidak nampak dan merasai kelazatan isi buah nipah ini.
Terasa masa silam waktu itu tersangatlah rindunya
tapi apa boleh buat waktu terus berlalu. Jika tidak boleh lah menyelapak di kampung sambil mengimbas kenangan lalu dan memberikan pengalaman baru buat anak-anak yang memang tak tahu akan keenakan dan kelazatan buah nipah. Untuk makluman yang tak tahu, pokok nipah banyak tumbuh di tepi sungai berair masin, buah nipah yg boleh dimakan (isinya lembut dan tidak keras) ialh buah yang sedang matang. Jika tandan dah tua isi rongnya boleh dibuat minyak buah nipah. 


GAMBAR HIASAN
Dalam usaha mencari buah yg sesuai untuk dimakan ..maka terpaksalah mengorbankan beberapa tandan nipah yg sepatutnya batang tandan tersebut disimpan untuk ditahan air manisanya (nira nipah). 
GAMBAR POKOK NIPAH DAN BUAH NIPAH
Buah nipah ni memang lah jarang kepada generasi muda. Apatah lagi merasa keenakkan isi nya yang seakan-akan 'buah kabung'. Isi nipah ini tidaklah terlalu manis seperti buah rambutan tu . Namun ke'enak'an nya hanya boleh digambarkan oleh mereka yg merasai sendiri. Memang best... Rugi sekiranya anda tidak pernah merasainya. So.. spt kata bidalan 'tak merasa, maka tak cinta' bila dah merasa mesti terkenang....sampai ke tua....
Nota : Gambar dan Teks dipetik dan diubahsuai mengikut selera saya dari Blog Lanabulu ( Bro Lanabulu don't mind ya? )

GAMBAR POKOK NIPAH DAN BUAH NIPAH

Nota : Gambar dan Teks dipetik dan diubahsuai mengikut selera saya dari Blog Lanabulu ( Bro Lanabulu don't mind ya? )