Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

07 Oktober 2009

PERJUMPAAN MALAM MESRA BLOGGER BP

MENUNGGU HIDANGAN...BILA NAK MULA NI?



GAMBAR BLOGGER BP BERSAMA AHLI KELUARGA
Duduk dari kiri : Leyah (izza), Neezareef, Jaja Bini The Rock, Eiza
Berdiri : Isteri-isteri Blogger - Tuan Rumah Bro Kuntong, The Rock
Zedmagel, Rouzlen ( pemalu ) Amirhamzah64..


INI GAMBAR FAMILY BRO ZED - Antara ahli keluarga yang paling ramai hadir

Malam tadi, termeterilah satu perjumpaan blogger BP di rumah Bro Kuntong, walaupun tak besar, tetapi sangatlah meriahnya. Pertemuan pertama masing-masing agak menjaga imej dan tutur kata yang sopan, sebab bulan raya.

Jamuan memang sedap, terima kasih Bro Kuntong dan isteri Kak Arah yang bersusah payah memasak untuk kami semua mebokonya. Banyaklah perkara-perkara formal yang kami bualkan bagi mendaya dan mengayakan blog. Lepas pertemuan ini, dijangka beberapa blogger BP akan membuat pertemuan di rumah blogger yang lain, misalnya rumah baru Amirhamzah, rumah mewah Rouzlen, Jaja, Eiza, Leyah, Neezareef dan lain-lain.

Suasana Hari Raya masih kelihatan meriah lagi, apabila bunglow Bro Kuntong di sirami lampu neon yang benderang disekelilingnya.

Tahniah kepada semua rakan-rakan blogger yang hadir pada malam tadi kerana antara kita saling mengeratkan lagi tali persaudaraan Islam diantara kita. Kepada Bro Kuntong jangan serik menaja pertemuan yang sebegini lagi.

Gambar-gambar dipetik dari blog rakan-rakan yang telah dicilok tanpa kebenaran.


Dari saya dan keluarga :

KALAU ADA SUMUR DILADANG,
KALAU ADA JARUM YANG PATAH,
BOLEH KITA MENUMPANG MANDI,
LETAK MOLEK DI ATAS PETI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
JIKA TERDAPAT SILAP DAN SALAH,
JAGAN DI SEMAT DISANUBARI,
BOLEH KITA BERTEMU LAGI,

SALAM SYAWAL DAN MAAF ZAHIR BATHIN KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA.


26 ulasan:

  1. salam bro....pantun 4 kerat jadi lapan ye bro...
    Terima kasih le datang. Itu setahun sekali jangan lupa sesi TT (Teh tarik) sebulan sekali mengikut keadaan.....

    BalasPadam
  2. Seronoknya dapat bertemua 'rakan2 maya'. Bila agaknya kakcik dapat bertemu dengan rakan-rakan yang saban hari kakcik 'rindui'....

    BalasPadam
  3. sy sampai rumah lambat...basikal meragam...

    BalasPadam
  4. Salam Bro Amir,

    Pantun tu ditujukan khas buat bro menjawabnya. Perlu datang untuk bertemu bro, agenda sessi TT sebulan sekali tu memang jadual asal untuk pentol-pentol tegar blogger BP je, tak masuk book.

    Riang dan gumbira bertemu bro...

    BalasPadam
  5. Hi Vicky,

    It really fun and joy, gathering among a ypung, cute an some senior local blogger around.

    Thanks Vicky for your words, it hard to get you drop here.

    BalasPadam
  6. Salam Bro Kuntong,

    Sama-sama lah kita menjayakannya, tahniah juga kepada bro dan keluarga yang bersusah payah untuk itu.

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik,

    Memang le seronok dan gumbira bila bertemu di dunia realiti. Selalu mengutuk dan mengata di maya, bila berdepan hampir tak terkata dan terucap. Sebab apa? kerana terkasima dan terlalu gumbiranya...

    Ha..ha.. boleh jika kakcik nak buat, atur saja di blog dan lihat respons mereka.

    BalasPadam
  8. Salam Bro Lenz,

    Very pity of you, bicycle problem yea? That why I told you, repair the delmo first, you don't belive. You gotcher bro...

    He..he...

    BalasPadam
  9. wahhh... hebatnya siap ada perjumpaan lagi...
    mesti meriah..

    BalasPadam
  10. Salam Zaijb,

    Hebat? ye ke Zai....Biase le Zai, orang BP memang macam tu, gempaknya lebih dan semuanya bermuafakat. Perjumpaan tu sangat meriah Zai.

    Tapi sayang Zai tak ada. Jika tidak tentulah lagi meriah.

    BalasPadam
  11. salam bro,
    alamak..lmbt pulak nak komen kat sini..hehe
    dtg pun..yer2 jer malu2 nak dtg..siap bwk segala anggota lagi tu..meriah sgt..

    owh..saje nak kene kan eiza lagi yer..
    nasib dia dah blah awal2..huhu

    BalasPadam
  12. Salam Eiza,

    Saje mengacah awak ajelah. Tapi yang baju ungu tu kes betul. Tak tau le PK yang aturkan. Sebab tu handsome boy tu datang.

    He..he...

    BalasPadam
  13. salam zed
    smlm idalara singgah di sini tapi sebab2 teknikal prblm tk boleh nak komen apa2..hampa juga..hari ni tguk2 dah selesaipun pertemuan blogger BP..seronok kan dpt bertemu blogger wlupun tk ramai..

    idalara teringin nak bertemu blogger namun masa amat mencemburui..dan berbagai hal melanda idalara..

    sejak x hsb sakit idalara bertambah rapat dengan isterinya..dia bnyk mengadu pada idalara berbanding dgn kakak2 iparnya...sakit x hsb masih tk berubah..ingatannya bertambah teruk dan menurut isterinya mereka mahu berubat secara tradisional pula...wang xhsb di Bank tak dpt dikuarkan kerana isterinya tak tahu no pin kad ATM xhsb..satu masaalah besar juga sebab isterinya tk bekerja..kesian dan simpati hanya itu yg mampu idalara nyatakan..mahu membantu idalara sendiri terkial2 mahu hidup..dan terdetik dalam hati..mengapa idalara yg rasa bersusah2 payah kerana mereka..ntahlah..mungkin kerana idalara perempuan maka simpati terhadap kaum sejenis amat menebal.

    p/s maaf kerana bercerita di sini..

    BalasPadam
  14. Salam bro..
    Sempena bulan Syawal ni.. saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan sebagainya kpd bro..
    Mungkin ada salah faham dalam menghayati maksud msg yg di baca..
    Bro dijemput melayari blog saya :
    http://selempangmerah69.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Salam Idalara,

    Oh ada masalah internet ke? Tapi sekrang dah OK kan?, begitu antara cerita cerinti pertemuan blogger BP. Itu pun kami tak menghimpun semua, mana yang sempat dan larat. Jika nak himpun semua yang lain, satu stadium BP pun tak muat mungkin. Tapi memang seronok le...


    Begitu ke keadaan Xhsb Ida, terima lah apa dugaan pun. Saya sangat bersimpati dengan Ida.

    Tak pe Ida, saya sedia mendengarnya.

    BalasPadam
  16. Salam Bro Selempang Merah,

    Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Bathin kepada bro. Terima kasih sudi singah di blog saya, walaupun bro tidak membacanya.

    Blog bro sangat mengujakan saya.

    BalasPadam
  17. wah.. syoknya jumpe ramai2... boleh bukak satu union nie.. hehe.. by da way slamat hari raya.. semoga bergembira di samping keluarga...

    BalasPadam
  18. salam...
    tq bro sudi follow sy gak..
    dok BP ye..area mana?

    BalasPadam
  19. Lama dah tak up date ni..
    Mana pi Bro Zedmagel..

    BalasPadam
  20. tahun depan harap-harap boleh join satu family yer

    BalasPadam
  21. Salam sahabatku wiegreat,

    Satu cadangan yang baik. Memang sangat meriah. Selamat Hari Raya juga untuk anda dan keluarga

    BalasPadam
  22. Salam Reen,

    Sama-sama le kita follow memolow, BP area town la. Awak area mana yek?

    BalasPadam
  23. Salam Sahabatku Lanabulu,

    Memang sangat lama saya rasakan, bukan ke mana-mana agak sibuk selepas hari raya tu. Habiskan tugas-tugas yang mencurah masuk.

    BalasPadam
  24. Salam Noorlara,

    Boleh le sangat-sangat. Tahun depan bukan satu famili, satu kampung pun dialu-alukan.

    BalasPadam