Pada 24 Oktober, 2009 ( Sabtu ) lepas, bermula jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang, saya bersama keluarga telah mengadakan satu Majlis Doa Selamat dan Tahlil di kediaman bapa/saya di Pekan Semerah, Batu Pahat. Maaf tidak dapat mengundang semua blogger di maya ini, bukan apa - saya tiada berkesempatan untuk menulis dan menjemputnya diruangan ini.
Majlis tersebut bersempena dengan bulan Zulkaedah dan Zulhijjah ini, InsyaAllah jika tiada apa aral melintang dan dengan ketentuanNya jua, kami berdua akan berangkat menunaikan rukun Islam ke 5 ( fardhu Haji ) pada bulan hadapan. Mudah-mudahan. Ramai ahli keluarga dan adik beradik, sanak saudara yang telah bersusah payah sudi membantu menjayakannya.
Beberapa rakan blogger yang sempat hadir Kuntong-Wahnuar, Amir Hamzah-Segalanya Mungkin, Lenz- Distorition, Is - Mahligairezki dan keluarga, Nurul Izza JB, Zarith Zaihasra ( Bakal Pengantin Baru ) semampu yang saya ingat dan semua rakan sekerja, sahabat sekampung, saudaramara, teman taulan yang berkesempatan dari jauh dan dekat untuk hadir dan menyumbangkan tenaga.
Di ruang lingkup ini, saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah membantu dan menyumbang tenaga, masa, wang ringgit dan segalanya bagi menjayakan majlis saya. Terutamanya kepada Imam, jemaah dan kariah Surau Pekan Semerah dan Masjid Jamek Kg Sarang Buaya yang telah menyempurnakan majlis doa selamat dan tahlil keluarga.
Saya memohon ampun dan maaf kepada semua diatas segala kesalahan dan silap saya, makan minum saya minta dihalalkan. Sebagi manusia yang naif dan daif, saya, bapa dan keluarga memohon maaf dan keampunaan dari semua manusia yang pernah mengenali kami. Jika ada tutur kata, kelakuan dan sebaginya harap maafkan.
Doa saya mudah-mudahan anda semua di bawah Rahmat Allah SWT jua.
Beberapa rakan blogger yang sempat hadir Kuntong-Wahnuar, Amir Hamzah-Segalanya Mungkin, Lenz- Distorition, Is - Mahligairezki dan keluarga, Nurul Izza JB, Zarith Zaihasra ( Bakal Pengantin Baru ) semampu yang saya ingat dan semua rakan sekerja, sahabat sekampung, saudaramara, teman taulan yang berkesempatan dari jauh dan dekat untuk hadir dan menyumbangkan tenaga.
Di ruang lingkup ini, saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah membantu dan menyumbang tenaga, masa, wang ringgit dan segalanya bagi menjayakan majlis saya. Terutamanya kepada Imam, jemaah dan kariah Surau Pekan Semerah dan Masjid Jamek Kg Sarang Buaya yang telah menyempurnakan majlis doa selamat dan tahlil keluarga.
Saya memohon ampun dan maaf kepada semua diatas segala kesalahan dan silap saya, makan minum saya minta dihalalkan. Sebagi manusia yang naif dan daif, saya, bapa dan keluarga memohon maaf dan keampunaan dari semua manusia yang pernah mengenali kami. Jika ada tutur kata, kelakuan dan sebaginya harap maafkan.
Doa saya mudah-mudahan anda semua di bawah Rahmat Allah SWT jua.
JIKA TIDAK DIKENAL IKAN,
TUHAN TAHU IA KAH BUKAN.
TUHAN TAHU IA KAH BUKAN.
INSYAALLAH... KITA AKAN BERSAMA LAGI DILAIN CATATAN, JIKA SAYA DIPINJAMKAN USIA DI MAYA INI.
SALAM SAYA BUAT SEMUA WARGA MAYA.
Salam bro Zed, selamat mengerjakan haji dan selamat kembali. Moga segalanya berjalan dengan baik dan lancar.
BalasPadamSalam Zed..
BalasPadamdi blog kakcik tadi, kakcik bertanya apakah Zed pergi umrah? Rupa2nya panggilan haji telah sampai kepada saudara.. Selamat berangkat, selamat beribadat dan semoga mendapat haji yang mabrur buat saudara juga ayahanda..
salam,
BalasPadamselamat pergi dan selamat kembali... moga Allah memberikan kesihatan yg baik sepanjang mengerjakan haji buat anda dan ayahanda.
Doakan yg baik2 utk kami ketika di sana nanti...
Salam Buat :
BalasPadamIntan RH, Kakcik Seroja dan Zaijb,
Terima kasih atas doa semua, mudah-mudahan saya selamat pergi dan kembali. Yang terutamanya dapat menyempurnakan ibadah Haji.
Maaf banyak-banyak dari saya dan keluarga.
Salam Bro Zedmagel,
BalasPadamSaya sedia memaafkan ape juga kesalahan bro (wpon saya rasa takde ape pon kesalahan yg tlh bro lakukan) semoga bro Zed dan ayah selamat pergi ke Tanah Suci dgn hati yg bersih sebersih bersihnya, dan saya doakan bro mendapat Haji yg Mabrur di sana nanti...
InsyaAllah........
Doakan utk saya agar dpt mengikut jejak langkah Bro ke Tanah Suci itu yea...Teringin saya utk ke sana...InsyaAllah!
Salam Jaja,
BalasPadamTerima kasih diatas doa yang diberikan. Mudah-mudahan saya dapat menyempurnakan ibadah haji. Terima kasih juga atas maaf. seperti memang tiada dosa diantara kita, apa-apa memohon maaf sangat baik dilakukan. InsyaAllah awak dan TR akan segera ke Mekah didoakan.
semoga dipermudahkan segala urusan di sana..
BalasPadamSelamat berangkat.semoga mndapat haji mabrur. kalau x ada aral, Insaallah sya juga akan ke sana......(bukan mekah ) ke lapangan trbang Senai.jengok-jengok member ler....Tapi satu hal jangan terjumpa "buah kelapa turkey" di sana yer....saudara rouslenz nak beli satu buah kelapa turkey tu....(nak buat benih).
BalasPadamSalam bro zed,
BalasPadampertama2 kali eiza ingin memohon maaf kerana tidak dpt menghadirkan diri di majlis bro tempohari atas sbb2 yg tak dpt nak dielakkan.
keduanya, sy ingin memohon maaf andai dlm bicara ada tersilap kata atau tingkah laku yg tak sedap di penglihatan..
ketiganya, eiza doakan bro dan ayahnda beroleh haji yg mabrur..insyallah...moga urusan disana nanti dipermudahkan hendaknya..amin
dan yg last but not least, doakan eiza yer..
teringin juga nak g sna..yg selebihnya doakan eiza yg bebaik yerk..hehe
wassalam..
Salam Buat :
BalasPadamNeezareef, Bro Kuntong dan Eiza,
Terima kasih atas doa semua, doa kalian mengiringi perjalanan saya.
Neezareef : Mohon agar segalanya dipermudahkan jua.
Bro Kuntong : Tak berani nak sebut buah kelapa turkey, sangat takut di tanah haram.
Eiza : Doa saya untuk anda semoga yang terbaik akan jadi milik anda. Tahun depan awak akan pergi, InsyaAllah, selalu berusaha dan berdoa.
Tuan,
BalasPadamSelamat mengerjakan ibadat Haji dan selamat lah kembali dgn selamat ketanah air bersama hj yg 'mabrur'..
Maaf zahir qhalbu..
Assalamualaikum Zed
BalasPadamagak lama sy menyepi..dan mng dah agak lama tidak berkunjung di 'taman' sdr zed ini..
bila singgah rupa2nya zed dah nak ke Mekah..alhamdulillah..saya doakan zed dah ayah selamat pergi menunaikan Haji yg mabrur,dipermudahkan saat menjalankan perintah Allah itu,diberi kesihatan yang baik supaya dpt mengerjakan ibadah dgn sempurna dan kembali sebagai insan yag suci bersih..rasanya tiada salah silap zed pada saya dari segi apapun.
Doakan kami semua dapat mengikut jejak zed..insyaallah.
Terimakasih masih sempat singgah di 'rumah' saya walaupun zed teramat sibuk.
p/s tahun ini saya dah berusia 46 tahun..18.10.1963...dah tua kan saya ni...(xhsb saya pergi mengadap ilahi pada 12.10.2009)
Salam Saudaraku Lanabulu,
BalasPadamDoa dan harapan tuan mudah-mudahan mengiringi perjalanan ibadah saya dan bapa untuk menunaikan ibadah haji. InsyaAllah.
Ampun dan Maaf dari kami sekeluarga.
Salam Idalara,
BalasPadamTerima kasih Ida, mudah-mudahan berkat doa anda saya dilimpahi kesihatan dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna.
Semoga sahabat semua akan dapat menunaikan fardhu haji pada masa akan datang. Saya memang agak sibuk tetapi sedaya upaya saya cuba singah di blog rakan-rakan menjenguk jika berkesempatan.
SELAMAT HARI LAHI buat Ida, seoga dilanjutkan usia, diberikan kesihatan dan mendapat Rahmat dari Allah SWT jua. Usia hanya satu angka kita seperti hari kelmarin juga.
Salam takziah kepada anak-anak anda yang baru kehilangan ayah mereka.
Ampun maaf dari saya jika ada sebarang kesilapan.
salam Bro Zedmagel..
BalasPadamSelamat menunaikan ibadah haji..
Saya sekeluarga doakan agar bro dan ayahanda bro selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan. Saya juga mendoakan agar bro dan ayahanda bro mendapat haji yang mabrur. Amin..
Sampaikan salam saya kpd Rasulullah s.a.w. ketika bro menziarahinya nanti. Saya pn rindu padanya sebab dah lama tidak menziarahinya di sana setelah kembali ke Malaysia.
Alhamdulillah saudara akhirnya akan berpeluang mengerjakan rukun haji kelima. Selamat berangkat kepada saudara dan ayahda, doa tulus saya Insyaallah dipermudahkan segala urusan ibadah umrah dan haji, sihat tubuhbadan, dipertingkatkan kesabaran dan mendapat haji yang mabrur. Selamat kembali dan jumpa lagi di blog ini.
BalasPadamSalam persaudaraan dari saya buat :
BalasPadamBro Selempang Merah dan Dik Noorlara,
Saya dan ayah telah selamat kembali ke tanah air 5 hari yang lalu iaitu pada 24.12.2009. Alhamdulilah telah sempurna ibadah haji berkat doa semua rakan-rakan blogger. Allah memberi kesihatan kepada saya dan ayah untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima ini.
Apa yang kami harapkan agar mendapat haji yang mabrur. Buat semua rakan-rakan berbanyak-banyak terima kasih kerna berkongsi kegembiraan ini bersama saya dan keluarga.
Bagi blogger Johor cerita mengenai saya dan keluarga boleh ditemui di Metro dan Berita Harian Edisi Johor keluaran 11 dan 12 November, 2009 yang lalu. Selamat menelurusi edidi tersebut.
salam sdr zed..
BalasPadamterkesima saya bila lihat zed menegur sy...sudah selamat kembali rupanya alhamdulillah..baru beberapa haru lepas sy terkenangkan zed..ada sy catatkan di entri "apa khbr agaknya sahabat sy zedmagel..sudah kembali agaknya dari Mekah"
bila agaknya zed mahu menulis lagi..rindu rasanya ingin membaca bingkisan zed..
assalamualaikum,
BalasPadammohon maaf saudara ku, sahabat ku yang ku kasihi, lama sangat dah tak melayari blog. sibuk dengan urusan pindah rumah baru dan majlis perkahwinan zarith. teringatkan sahabat saya bukak blog ini. terima kasih ingatan dan doa kpd kami sepanjang di tanah suci
Salam Ida,
BalasPadamSebenarnya saya selamat kembali pada 24.12.2009 yang lalu, berehat beberapa hari. Kemudian menelusuri beberapa blog rakan-rakan yang saya rindukan.
Alhamdulilah berkat doa semua sahabat dan rakan-rakan blog, saya dan ayah telah selamat kembali dan memulakan kehidupan seperti biasa. Di Tanah Haram saya dan ayah sentiasa dapat menyempurnakan perkara rukun dan wajib haji. Mudah-mudaha Allah SWT berkati amalan kami.
Salam Bahari Sahabatku Ishak,
BalasPadamSalam Tahniah dari saya dan keluarga pertama, mendiami rumah baru yang cantik dan menarik. Kedua menerima menantu dan berjaya menyempurnakan majlis sambut menantu.
Sayangnya saya tidak berkesempatan pada tarikh tersebut, tetapi isteri dan anak-anak hadir di majlis Perkahwinan Zarith Zaihasra tempohari dan bercerita tentang kediaman indah tuan.
Akan bertemu tuan, jika diizinkanNya. InsyaAllah.
I hope you are okay. Thanks for visiting my blog and leaving a comment. I appreciate
BalasPadamHappy new year
Hi ebchib,
BalasPadamSame to you, Happy New Year. Have a nice day
Teruskan berjumpa di Facebook!
BalasPadam