Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

30 Disember 2009

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR



Gambar Kenangan Sebelum berlepas ke Tanah Suci


ALHAMDULLIAH.......berkat doa semua - isteri, anak-anak, adik beradik, keluarga dan rakan-rakan saya telah selamat kembali ke tanah air tercinta dari Tanah Suci Mekah pada 24 Disember, 2009 yang lalu. Setelah 45 hari berada di Tanah Suci Mekah, Madinah, Arafah dan Mina saya telah selamat kembali bersama abah tersayang.

Dengan izin Allah, saya dan abah telah menyempurnakan ibadah Haji, mudah-mudahan akan dikurniakan haji yang mabrur hendaknya. Begitu juga dengan arwah emak kami lakukan badal haji untuknya juga pada tahun ini melalui seorang pelajar Malaysia di sana. Tiada pengalaman pelik dan ganjil semasa saya melakukan ibadah tersebut, segalanya berjalan lancar dan mudah, walaupun saya jangkakan cabarannya lebih dari itu. Mungkin dengan izinNya jua saya mampu menjaga abah dengan termampu mungkin bagi saya semasa disana.

Buat semua rakan-rakan yang masih belum diberikan kesempatan untuk menunaikannya, saya sarankan eloklah disempurnakan sementara kita diberikan kesihatan dari segi fizikal dan mental. Jika belum sampai rezeki pun apa nak kata? Mudah-mudahan semua rakan-rakan yang telah berniat akan diizikan untuk menunaikanya.

Terima kasih saya pada semua, salam mesra saya, wassallam. Jumpa lagi...ditulisan akan datang.

9 ulasan:

  1. Selamat pulang dan semoga mendapat haji yang mabrur. Terima kasih ole-ole.....

    BalasPadam
  2. Salam tuan haji :)

    Alhamdulillah segalanya dah selesai.

    BalasPadam
  3. Salam Sahabatku Amir Hamzah,

    Terima kasih, harap begitulah hendaknya. Ole-ole? jemput datang ke rumah boleh lihat apa yang patut untuk bro. He..he..

    BalasPadam
  4. Salam Bro Lenz,

    Berkat doa tuan jua, segalanya selamat

    BalasPadam
  5. Salam Intan,

    Alhamdulillah...begitulah, kerana doa awak dan semua rakan-rakan jua.

    BalasPadam
  6. salam tuan haji... dah balik rupanye....

    BalasPadam
  7. Salam Zaijb,

    Ye ah ah...berkat doa zaijb dah kembali saya, terima kasih sudi melawat dan bertandang ke rumah ni...

    BalasPadam
  8. Salam Zaijb,


    Adui profile awak tak tersedia zaijb? kenapa ah?. Nak ke rumah awak tak le dapat saya...

    BalasPadam