Menelurusi beberapa blog mengenai JUARA RAKYAT yang sekarang ini sedang rancak di lestarikan oleh pihak Kerajaan dan Parti UMNO saya tidak menemukan objektif dan misi yang khusus yang benar-benar tepat mengenai program itu. Menyemak dari beberapa siri ucapan dari pemimpin yang telah merasmikan program ini, samada YAB Perdana Menteri, Timablan Perdana Menteri atau menteri-menteri kanan dalam UMNO, lalu saya rumuskan tujuan JUARA RAKYAT digerakan adalah seperti berikut.
MISI DAN OBJEKTIF JUARA RAKYAT :
1. MENDEKATKAN PARTI DAN PEMIMPIN KEPADA SEMUA LAPISAN RAKYAT PELBAGAI KAUM DI SELURUH PELOSOK TANAH AIR.
2. KERAJAAN BERHASRAT UNTUK TERUS MENJUARAI HATI DAN KEHIDUPAN RAKYAT DENGAN MEMBELA NASIB RAKYAT.
3. INGIN MENJADIKAN SEBUAH KERAJAAN YANG RESPONSIF TERHADAP KEPERLUAN DAN MASALAH RAKYAT.
4. MEMASTIKAN KERJAAN SENTIASA BERADA DI BARISAN HADAPAN UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT.
5. BERSIFAT IKHLAS MAHU MEMBANTU RAKYAT, MENDENGAR RINTIHAN DAN MELIHAT SENDIRI PERMASALAHAN MEREKA.
6. KE ARAH PEMBENTUKAN KESEJAHTERAAN DAN PERPADUAN NASIONAL BERSESUAIAN KONSEP SATU MALAYSIA - RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Inilah hasil kedapatan kajian yang saya lakukan mengenai JUARA RAKYAT, jika misi diatas dapat dilaksanakan saya rasa usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui UMNO adalah sangat murni. Tetapi keberkesanannya masih belum boleh dinilaikan lagi. Ada juga sesetengah pihak mengatakan program ini sebaliknya.
Penerimaan dan pandangan diantara kita, akan sentiasa berbeza jika minda kita masih berupaya untuk berfikir lagi.
Salam hormat dan mesra dari saya.
Jgn terlalu mudah diulit mimpi dgn slogan..
BalasPadamBerpijaklah dibumi nyata..
terimalah hakikat keadaan sebenarnya..
Slogan dan progran yg gah indah serta bersopan-santun tapi kalau masalah dalaman umno yg yg membusut tidak diselesaikan.. payah utk memikat hati rakyat.. Jgn kita jadi seperti siluncai.. atau pun pak pandir moden..
salam sdr Zed...
BalasPadamtak tahu nak komen apa...wait n see...
Salam saudaraku lanabulu,
BalasPadamLama tuan tidak bertandang ke sini.
He..he. betullah apa yang tuan kata, kelihatan pengisian program pun tak berapa indah. Masalah tetap akan ada, saya lihat tiada satu parti pun dalam dunia ni yang tidak bertimbun dengan masalah. Menguruskan yang hidup memang susah. Itulah hakikatnya.
Salam Idalara,
BalasPadamTak perlu untuk berkata apa-apa? saya dah faham apa yang idah maksudkan.