Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

19 Januari 2011

SEMAKIN TUA DAN BERUSIA, KEHIDUPAN INI TERLALU SUKAR UNTUK DIUNGKAPKAN

Lama.... memang sudah lama blog ini tidak dicoret dengan apa-apa cerita. Bukan juga disebabkan  oleh apa-apa, mungkin sedikit bentuk kekangan kerja. Sebenarnya menjalani sebuah kehidupan sebagai orang biasa-biasa seperti saya semakin hari semakin sukar untuk diungkapkan. Bukan dengan sekadar kata-kata, apalagi untuk mengharunginya.

Sebuah kehidupan lebih indah dizaman bayi, kanak-kanak dan remaja. Mungkin tiada beban diminda, mahu pun tanggunjawab. Saya rasa menjalani usia remaja sangat singkat dan tiada kepuasannya. Betullah kata orang  banyak -" Usia remaja sangat singkat masanya, lalu jangan sesekali kita sia-siakan".
 
Mengharungi usia dewasa dan seterusnya ketahap tua dan bangka, kehidupan agak kurang sirnanya. Bukan menolak kenikmatan yang Allah SWT berikan, tetapi peralihan perjalanan agak terasa sangat berbeda. Begitu pun dalam apa bentuk usia, sewajarnya kita bersyukur kepada Illahi Rabul Izzati atas pemberiannya.

Diusia yang lanjut ini, demi sesuatu dalam meneruskan kelangsungan sebuah kehidupan macam-macam boleh berlaku. Kita bisa sahaja kehilangan maruah dan harga diri dek desakan sebuah keperluan hidup yang sangat menyeksa minda. Namun kesyukuran tetap dipohonkan demi menemui sebuah keredhaan dariNya jua.

Salam hormat saya, jumpa lagi..... 

6 ulasan:

  1. Salam Bro Zed,

    mmg betul lah tu. Kita ni makin tua makin byk nak fikir..mcm2 masalah timbul. Tu yg rasa cepat benar masa berlalu.

    rasa nak masuk ke alam remaja! tp bila fikir2 zaman remaja skrg ni..jadi takut lah pulak!

    hmmm!!

    BalasPadam
  2. salam abg zed, harap terus bahagia dengan kehidupan.

    BalasPadam
  3. Salam Jaja,

    Setiap era dan zaman ada cabarannya, bukan remaja sahaja yang mempunyai cabaran, yang tua pun tak kurang dengan dugaannya... Cuma yang tua agak lebih banyak berfikir dari yang remaja kut...

    BalasPadam
  4. Salam Intan RH,

    Terima kasih atas pandangan dan doa anda.. moga abg zed sentiasa tabah dengan dugaan dan cabaran hidup.....

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wrht wbrkt sdr Zed,
    Memang sukar minda menghadapi usia senja hanya ingatan pada keindahan senja membuat kita terus ingin menikmatinya

    BalasPadam
  6. Salam Saudaraku Penabahari,

    Di lewat usia sebegini, sukar untuk menafikan semua memoir masa lalu telah lama meninggalkan kita, seperti tanpa pamit...

    BalasPadam