SATU AKSI CICAK TOKEK, TEKEK ATAU GECKO
YANG SANGAT COMEL DAN MENARIK
AL-KISAH........... akhir-akhir ini tersebarlah cerita berkaitan Sang Cicak Tokek / Tekek @ Gecko yang mengemparkan penduduk dan rakyat di negara kita ini. Dikatakan oleh orang yang empunya cerita harga bagi seekor Sang Tokek mencecah hingga jutaan ringgit (RM) bergantung kepada saiz, berat dan rupanya.
Oleh yang demikian, maka ramailah pemburu dan pencari makhluk ini yang mencarinya dimerata tempat diseluruh pelusuk tanahair. Ramai pembeli yang menawarkan harga mengikut kadar saiz Sang Tokek ini terutamanya di internet atau dalam laman blog Sang Tokek. Ianya lebih mahal dari harga emas jika kita bandingkan dengan seekor Tokek pada berat yang sama. Salah satu organ dibadan Si Tokek dikatakan boleh menyembuhkan penyakit HIV.
Pada hari Ahad yang lepas, saya ke Seri Medan bagi melihat seekor Tokek yang di bela oleh seorang rakan, khabarnya ia memperolehi si Tokek itu dari Layang-layang. Malangnya saya tidak dapat melihat kerana diberitakan Si Tokek telah terlepas dari kurungan dua hari yang lalu. Tidaklah menjadi kenyataan untuk saya melihat makhluk itu.
CICAK TOKEK
Tidak begitu mudah untuk menangkapnya
Habitat Sang Tokek biasanya dipohon-pohon kayu berhampiran rumah, rumah-rumah papan atau di bangsal lama. Ianya memerlukan satu suasana sejuk dan gelap. Tokek diceritakan hidup menyendiri dan ianya hanya perlukan teman hanya dimusim mengawannya. Tokek betina biasanya bertelur 2 kali setahun dengan jumlah telur dua biji sekali betelur.
Seingat saya, beberapa kali saya pernah melihat Sang Tokek, itu pun lama dulu, waktu saya tinggal di rumah tua peninggalan arwah nenek saya di kampung (rumah tersebut telah dirobohkan) sebaik kami berpindah ke rumah baharu. Apabila membuka daun pintu, Sang Tokek belari kerana terperanjat ataupun ketakutan kepada ancaman pemangsa, ianya berwarna hitam/kelabu dan mempunyai tompok-tompok jingga kadar kelajuan Tokek hampir 60 - 70km sejam. Tokek biasanya akan mengeluarkan bunyi "Kek....kek.. " dan menghempaskan ekornya beberapa kali sewaktu memakan mangsanya. Tak tahulah saya kemana Tokek tersebut lari apabila rumah itu dirobohkan.
Difahamkan juga pembeli akan membuat urusan pada hari bekerja, mereka datang secara berkumpulan, mereka ini terdiri dari golongan profesional termasuk pembeli yang tentunya memiliki banyak wang.
Jadi kepada pengemar yang sering memelihara haiwan exotic peliharalah haiwan anda dengan sebaik mungkin, tak kiralah anda memelihara sumpah sumpit, mengkarung, kala jengking, lipan atau apa sahaja, mungkin haiwan peliharaan anda akan ditawarkan harga yang mampu mencecah jutaan ringgit juga satu hari nanti.
Tetapi semenjak tersebarnya berita Cicak Tokek, sukar bagi saya untuk menemui seekor pun cicak rumah kebelakangan ini, saya bimbang cicak rumah juga akan laku juga satu hari nanti walaupun harganya tidak semahal Cicak Tokek.
Salam hormat saya... jumpa lagi.....
Assalamualaikum sdr Zed,
BalasPadamMembaca rencana tentang cicak Tokek ini membuat saya terasa sangat ingin untuk merakamnya. Terima kasih atas informasi ini.
kat rumah saya..
BalasPadamtak tau lah itu ke yg di panggil tokek??
menggerutu badan dia.., colour coklat mcm cicak biasa tp berbiji biji warna hitam..besar dia ada lah dlm 1 jengkal setengah tangan org dewasa.
kat rumah tu ada la 2-3 ekor yg saya nmpk..tapi tak ber colour2 plk mcm mcm dalam gambar ni?? tu yg kompius tu.
xP
Salam Sdr Penabahari,
BalasPadamHarap dapat sdra merakamkan beberapa aksi Sang Tokek dan jangan lupa untuk membelanya sebagai haiwan peliharaan exotic.....
Salam Jaja,
BalasPadamJangan konpius sangat, suruh TR tangkap simpan dalam balang kaca/plastik yang ada pusingan udara. Bela sahaja sebagai haiwan peliharaan. Kalau bukan Tokek pun tak apa.... buat main-main. Mana tahu nanti ada permintaan terhadap cicak kobeng .... kaya laa awak......
Adik saya dh dpt 4 ekor cicak ni..mnurutnya dh ada pmbeli yg nk beli dgn ratusan ribu ringgit..ntah la..ssh nk pcaya...
BalasPadamSalam Arryani,
BalasPadamWak kaya le dia gamaknya.. berapa berat seekor cicik tokek miliknya tu? Jika lebih 350g.. ada harapan jadi jutawan segera...