Tip ini saya ambil setelah menelurusi beberapa blog dari tulisan rakan-rakan, saya kira ianya sangat menarik, lalu saya angkatnya ke blog saya untuk dijadikan panduan bersama. Selamat membacanya - UNTUK LELAKI SAHAJA, TETAPI LADIES JUGA BOLEH MEMBERIKAN KOMEN....
Tips bagi yang merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jangan disimpan dalam hati ya bro!)
1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER
2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??
LIKE FATHER LIKE SON
3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN
4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodoh jer, ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN
5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan lebih banyak dosa, dan tidak berada disituasi yang membahagiakan seperti sebegini sekarang..
JUST BE YOURSELF
6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE.
RAMAI DIANTARA KITA YANG MEMPERELOKKAN WAJAH..
BUKAN AKHLAK DAN KELAKUAN..
7. Ramai lelaki tidak kacak, digilai oleh gadis-gadis jelita. Contoh yang paling dekat ialah BEAUTY AND THE BEAST. Yang paling tepat ialah diri ANDA sendiri. Tak gitu?..
He..he...kerana saya juga dalam kategori antara lelaki yang tak berapa hensem..
Bro,
BalasPadamRealiti hidup hari ini, tak hensem tak mengapa, asal wang berjuta...
Salam Bro,
BalasPadamTerima kasih tanpa nama, setuju dengan pandangan tuan. Wang berjuta boleh membeli kurang kehenseman kita kan?
Nice tips bro.
BalasPadamZaman sekarang ni memang inilah realitinya... Tak encem pun bole dpt awek yg cun kalo poketnya kembung tak hingat...
Jd utk jejaka² yg tak encem macam saya juga, tips kat atas tu memang boleh dijadikan panduan walau pun agak humorous sket..
SALAM MR. DEEN,
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi pendapat disini, seperti yang dibicarakan memang ada kebenarannya. So jangan jemu mengumpul kekayaan...at least ini salah satu alternatif untuk memberi semangat tekun bekerja buat masyarakat kita... he..he...
Hensem tu perkara subjektif, cantik di hensem di mata kita belum tentu hensem di mate orang lain. Lagipun citarasa kita semua berbeza antara satu dengan lain tak gitu? Apapun setiap kita ade keistimewaan tersendiri. Hanya Jauhari yg mengenal maknikam
BalasPadamSalam Noorlara,
BalasPadamSangat setuju dengan pandangan puan, kerana antara kita semua memang berbeda dan berlainan citarasa. Terima kasih kerana memberikan pandangan.