Saya cuma menganggarkan harga bagi ukiran tersebut sekitar RM4000.00, bukanlah disebabkan sifat fizikalnya, tetapi disebabkan ianya mempunyai nilai-nilai kesenian halus hasil seni pengkarya pada zaman itu. Hasil seni pada zaman tersebut yang pada masa ini sangat sukar untuk kita temukan lagi. Saya kira jumlah ukiran kayu hasil karya pengukir kayu Melayu kita dari zaman tersebut sudah tiada lagi dalam simpanan mana-mana peminat dan pengumpul pada masa sekarang. Sekiranya ada jumlahnya juga tidaklah melebihi 20 keping.
Tidak dinafikan pada masa sekarang mungkin terdapat berpuluh ribu ukiran kraf kayu yang terdapat dinegara ini. Bentuknya lebih cantik dan sangat menarik. Tetapi kebanyakan ukiran tersebut dibuat dengan bantuan mesin dan dengan sentuhan seorang pengukir kayu yang handal dan mahir.
UKIRAN KRAFT KAYU LAMA (1.2' X 5' ) |
Tempohari saya dihubungi oleh seorang rakan yang bertanyakan tentang ukiran kayu ini, saya nyatakan seperti yg saya tuliskan disini.
BalasPadamDia akan menghubungi saya jika diberkesempatan turun di bandar ini.