Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

01 Mac 2012

MEJA MAKAN BERKACA

MEJA KACA LEBIH TAMPAK ELEGAN, MENARIK DAN BERGAYA


Jemu dengan kayu? Sesekali suasana dan ruang makan akan kelihatan berlainan apabila kita menukarkan meja makan dengan meja yang baru. Misalnya kebanyakan meja makan akan diserikan dengan kerusi dan meja kayu, sesekali apa salahnya kita menukar selera dengan menukarkan meja makan kita dengan meja kaca.

           Meja kaca juga mudah untuk dibersihkan dan senang untuk dijaga. Cuma kita perlu mengelakkannya dari kesan calar jika kita kurang berhati-hati semasa mengendalikannya. Seperti permukaan meja kayu, meja kaca juga perlu dijaga sebaik mungkin. Ancaman meja kaca ialah dengan besi yang terlalu berat atau batu yang mampu merosakkannya.

            Biasanya meja kaca mampu bertahan dari kepanasan suhu makanan yang dihidangkan begitu juga dengan minuman berais, ianya mudah dibersihkan tanpa meninggalkan kesan. Mudah-mudahan dengan meja kaca juga mungkin mampu meningkatkan selera makan yang terhidang walaupun lauknya masih tetap sama.

            Moga tip Taman Dalam Rumah kali ini dapat membantu menyelesaikan masalah ruang makan yang terpengap lama dan payah sangat untuk kita ubah.  

            Salam hormat saya.... jumpa lagi...... 

2 ulasan:

  1. Sekali baca tajuk, kakcik ingatkan meja tu yang makan kaca! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kakcik,

      He..he.. lawaknya.... lama tak menulis itu lah jadinya, bahasa lintang pukang. Maaf jika buat Kakcik keliru...

      Padam