KERJA UBAHSUAI PEMASANGAN BATU KAS
(KASTONE) YANG BARU SAHAJA DIMULAKAN
Kita sering merasa jemu dan bosan dengan keadaan rumah, taman atau desain dalam rumah yang didiami. Sesekali keadaan yang sebegini perlu menerima perubahan samada besar atau kecil. Cuma masalahnya ialah bajet yang sangat terhad. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah, taman atau interior biasanya akan memerlukan bajet yang cukup tinggi.
KERJA-KERJA PEMASANGAN TILE AKAN
DILAKUKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM
PEMASANGAN BATU KAS (KASTONE)
Sebenarnya kita boleh sahaja mengurangkan bajet bagi kerja-kerja ubahsuai rumah, dengan syarat kita melakukannya secara berperingkat. Misalnya kita ingin membuat ubahsuai taman, diperingkat awal kita mulakan dengan melakukan kerja-kerja asas sebuah taman, misalnya dengan meletakan beberapa pokok-pokok hiasan, membena kolam ikan, pagola dan sebagainya. Kerja-kerja ini kita lakukan secara berperingkat mengikut bajet yang sesuai dan termampu.
Baru-baru ini saya agak bosan melihat keadaan pemandangan taman mini dihadapan ruang tamu rumah. Untuk mengubahsuai secara keseluruhan bajetnya tentulah agak tinggi. Lalu saya membuat perubahan kecil dengan menggantikan ruang santai dengan tile baru serta menata bahagian dindinnya dengan batu kas (kastone). Dengan ubahsuai yang kecil dan bajet yang sedikit ini mungkin saja mampu untuk merubah suasana dan menampilkan pemandangan yang lebih menarik lagi.
KERJA-KERJA PEMASANGAN TILE DAN
BATU KAS YANG SEMPURNA
MEMERLUKAN TUKANG YANG MAHIR
UNTUK MELAKUKANNYA
Kerja-kerja ubahsuai tersebut baru sahaja bermula dan dijangka siap dalam masa 7-10 hari. Mudah-mudahan ianya akan sempurna seperti yang diimpikan... Bercerita hal rumah saya teringat satu pantun lama yang berbunyi :
"RUMAH KECIL TIANG SERIBU, RUMAH BESAR TIANG SEBATANG,
SEMASA KECIL DITIMBANG IBU, SUDAH BESAR DITIMANG GELOMBANG"
Begitulah hubungan sebuah rumah dengan sebuah kehidupan, didalam meniti kehidupan yang sangat singkat ini, banyak cabarannya. Apalah sangat untuk dibandingan dengan cabaran membena sebuah rumah yang selesa selagi kita masih bernyawa untuk kita huni bersama keluarga.
Salam hormat saya, jumpa lagi........ Assalamualaikum.....
Wah ... bila siap ni? Lain kali kami ke sana pula.
BalasPadamSalam Puan Gee Akhmar,
PadamMasih dalam final touch lagi, hujung minggu ni mungkin siap. Kehadiran tuan dan keluarga sentiasa kami alu-alukan.Jangan lupa tidur disini. Ada menu special buat puan dan keluarga akan kami hidangkan...hu..hu...
The Citizen Eco Drive Titanium Watch - Titanium Arts
BalasPadamThe trekz titanium pairing Citizen ecoDrive Titanium Watch is mens wedding bands titanium an eco-friendly, eco-friendly watch that features an LCD screen and detachable Micro titanium symbol USB titanium pipe port. This watch mens titanium rings is equipped with
check these guys out sex chair,silicone sex doll,cheap sex toys,horse dildo,realistic sex dolls,horse dildo,realistic sex dolls,dildos,dildos great post to readhere fake designer bags hop over to these guys
BalasPadamiu203 Cheap Jerseys china,jordans 11,nfl shop,Cheap Jerseys china,Cheap Jerseys from china,nfl jerseys,Cheap Jerseys from china,Cheap Jerseys free shipping,Cheap Jerseys from china mh148
BalasPadam