Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

13 Mac 2009

CALON NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA - 2008/2009



Pemilihan UMNO pusat begitu hampir dan sangat hampir, semua calon-calon yang bertanding pada masa ini sangat sibuk mengatur stratgei untuk menang jawatan yang ditandingi oleh mereka. Berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk menang sangatlah dipuji kepada semua calon-calon. Mana-mana calon yang kurang berusaha, hendaklah kena faham-faham sendiri.
Calon Naib Presiden yang satu ni, saya lihat konsisten dengan usaha yang beliau buat, dari sejak penamaan calon lagi hinggalah ke saat-saat akhir seperti ini, begegas ke utara, selatan, timur dan barat bagi menentukan kemenangan beliau. Itu satu signal yang jelas bahawa beliau serius dan benar-benar ingin menempatkan diri bagi mengisi jawatan berkenaan. Tahniah diatas usaha yang ditujukkan. Bukan nak kata calon-calon lain tidak serius dan berusaha, rata-rata sama sama bekerja keras tapi tidak begitu menyerlah kesungguhannya.
Kalau UMNO inginkan pemimpin muda, berkaliber, serius bekerja dan ingin memajukan parti dan kerajaan, tidak salah bagi perwakilan untuk memilih Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin untuk mengisi satu dari tiga kerusi yang ada. Kerana kriteria yang beliau miliki memang memenuhi syarat tersebut. Namun calon yang bertanding ramai dan popular. Tapi buat apa perwakilan pening kepala, pilihlah yang terbaik di kalangan diantara yang paling baik.
Mengamati personaliti ini, dianya seorang yang sopan, budiman dan berkarsima. Cakapnya tidak tinggi dan bongkak, lembut dan agak tegas. Minggu ni di NTV9 rancangan Hujah beliau akan berada di pentas sebagai salah seorang ahli panel. Nak lihat juga Prof Agus bertanyakan soalan-soalan berapi kepada beliau dan kita boleh menilai sendiri.
Jumlah pemimpin UMNO yang cool seperti Datuk Muhammad Khalid Nordin sangat jarang saya lihat speciesnya. Mungkin ada seorang dua lagi, tetapi mereka tidak berani menawarkan diri untuk merebut jawatan berkenaan. Apa yang boleh saya ulas lagi mengenai beliau? Beliau individu yang bersih dari isu negatif (setahu saya ), berprinsip, dia ibarat Permata Selatan yang baru kita lihat kilaunya dalam UMNO Malaysia hari ini. Jika diberikan kepercayaan oleh para perwakilan yang akan memilih nanti, saya pasti UMNO tidak rugi dan kerajaan akan terus berada di singgahsana percaturan politik dunia di masa akan datang. Gandingan mantap YAB Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Muhammad Khalid Nordin dan dua lagi calon Naib Presiden yang menang (agak sukar meletakkan sesiapa) dan barisan MKT UMNO yang ada, rakyat percaya UMNO akan bangkit dari tidurnya sekali lagi seperti PRU 11 dengan majoriti yang besar. Maaf kepada semua perwakilan UMNO kali ini, saya tidak membariskan sekadar membayangkan ( ketentuan daripada ALLAH SWT jua).
Kepada semua calon-calon yang bertanding dan semua perwakilan, semoga berjaya dan selamat mengundi. Undi perwakilan semua adalah penentu halatuju negara di masa hadapan. Elakkan dari memilih calon yang rapat dan kawan baik kita. Memilihlah calon yang paling layak untuk mendaulatkan agama, bangsa dan menerajui negara.
Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin, saya dan semua bloger yang meminati datuk mendoakan kejayaan buat datuk. Jika ditakdirkan datuk menang kami rasa sangat bersyukur. Buatlah satu perubahan baru dalam UMNO yang kian layu.

Seorang cerdik pandai Melayu ada mengatakan "Seseorang pemimpin itu telah menang apabila dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan dia telahpun berjaya sekiranya dia telah mencapai apa yang dihajatinya" ( saya minta maaf kepada semua, jika ayat saya ini ada yang tertinggal atau terlebih). Ungkapan ini saya tujukan buat Datuk Muhammad Khalid Nordin. Salam kejayaan dari saya.

Wassalam.....!



4 ulasan:

  1. Salam zedmagel,

    Saya sokong pandangan saudara. Khalid Nordin permata baru daripada selatan.

    Semoga YB berjaya.

    BalasPadam
  2. Nampak pemimpin UMNO perang dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat...

    Kemudian perang dengan pemimpin lain dalam UMNO semasa pemilihan di Perhimpunan Agong...

    Tough..!

    BalasPadam
  3. salam, zed saya sangat setuju cdgn saudara bahawa PAS dan UMNO bergabung.

    BalasPadam
  4. Bro Amir,

    Terima kasih, kerana menyokong.

    Zublizainordin,

    Dunia politik memang sentiasa begitu, saya rasa tuan pun fahamkan. Tuan seorang penulis pojok politik juga.


    Sdra Azli,

    Terima kasih berpendapat yang sama, untuk Islam dan Melayu, kita kena bersatu.

    BalasPadam