Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

30 Mac 2009

TAHNIAH KEPADA TIMBALAN PRESIDEN UMNO YANG BARU



Tahniah dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua para perwakilan dan para penyokong YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi orang No 2 dalam menerajui UMNO. Segala teka teki dalam pemilihan telahpun diketahui. Keputusan ini menunjukkan ahli-ahli perwakilan telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk bersama-sama YAB Presiden parti untuk memikul tanggungjawab memberi imej yang serba baru dalam UMNO yang dilihat telah malap selepas PRU 12 yang lalu.


Tan Sri Muhyiddin dilihat mampu untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada beliau. Sebelum pemilihan dibuat, saya sering bertanya beberapa soalan kepada perwakilan dan khalayak ramai, yang terdiri dari mereka warganegara biasa. Rata-rata memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan kewibawaan yang beliau miliki begitu terserlah dipandangan umum. Warga Malaysia inginkan seorang pemimpin yang mampu membawa pelabur asing melabur ke dalam negara. Trak rekod beliau sebagai menteri kanan dalam kabinet Malaysia sangat cemerlang dan sangat boleh diharapkan. Beliau seorang yang serius dan tekun dalam melaksanakan tugas yang diberikan.


Saya slaute beliau dalam menangani gejala rasuah dalam UMNO. Dalam satu perjumpaan dengan penyokong-penyokongnya, beliau mengharamkan jentera, perayu undi dan pelobinya memberikan wang kepada perwakilan yang ditemui, selorohnya jika belanja minum tak mengapalah. Beliau lebih rela kalah dari menyogok wang untuk membeli undi perwakilan. "Tuan puan semua sebagai jurujual, produk jualan tuan puan ialah saya, cernalah saya sebagai barangan yang tuan puan jual", ini antara kata-kata beliau yang diungkapkan dalam perjumpaan tersebut.


Secara peribadi saya tidaklah begitu dekat dengan beliau, tetapi sebagai rakyat Johor, beliau pernah bertugas sebagai YAB Menteri Besar Johor, dan saya secara tidak langsung dibawah kepimpinannya, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau dalam membangunkan negeri. Begitu juga dengan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor sekarang, saya benar-benar ralat kerana beliau tidak diberi peluang oleh para perwakilan untuk menjawat MKT UMNO penggal ini. Beliau juga seorang pemimpin yang berjiwa besar dan mempunyai wawasan yang jauh dalam membangunkan orang Melayu dan negeri Johor.


Segalanya adalah ketentuan Allah SWT jua, kita sebagai umat Islam dan Melayu hanya berdoa dan mengharapkan agar UMNO terus maju memacu kesejahteraan negara dan umat Islam di masa-masa akan datang. Salam mesra saya.


4 ulasan:

  1. salam zed magel:

    Ada beberapa persoalan:

    1. Mengapa semua MB kalah kecuali KM Sabah?
    2. Apa komen saudara hanya seorang wanita yang dipilih dalam MKT
    3. ketua puteri dan ahli parlimen Pt Sulong kalah.
    4. Azalina dan Halimah pun kalah.
    5. Rais yatim kalah apa komen?

    BalasPadam
  2. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWB berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    BalasPadam
  3. Salam Jebbat,

    Ingatan tuan akan tersemat dihati saya sebagai seorang muslim. Tuan saya harap begitu jua.

    BalasPadam
  4. Bro Amir,

    Saya telah membuat ulasan di blog saudara, harap saudara berpuashati dengan ulasan ringkas saya. Untuk memuaskan hati semua orang memang sangat sukar.

    Terima kasih sudi membaca tulisan saya.

    BalasPadam