Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

17 Jun 2009

CATATAN PERJALANAN KE SABAH BAHAGIAN 2

BLOGGER : DI JESSELTON POINT
SEDANG MENANTI KEDATANGAN BOT
UNTUK MENUJU KE PULAU MANUKAN

Malam itu kami semua menginap di sebuah apartment di Green Colonard, Jalan Muzium KK. Apartment yang menyediakan 3 buah bilik lengkap dengan hall, dining dan dapur agak begitu selesa buat kami. Petangnya kami semua berkubanglah dengan sepuasnya di swimming pool yang tersedia. Berkubang ala kampung begitu.

Night life di KK agak happening juga, disinari dengan neon yang bergemarlapan (maklum saja sehari sebelum itu ada Program Tadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan di KK - Hari Raya Kadazan / Dusun ). Rata-rata remajanya hidup dengan penuh cabaran demi meneruskan kelangsungan hidup yang serba mencabar dan mendebarkan gelojak hati remaja.

Menjamu selera di water front KK dengan hidang laut agak mahal, tetapi dah telanjur makan, kami teruskan juga. Terdapat beberapa pub di tepian water front dengan pub european. Kebanyakan pelancung europa memang suka relax di Sabah, tarikan utama mereka tentulah dengan Gunong Kinabalu, Sabah Park, Pulau-pulau di Sabah dan Orang Utan di Sepilok.

Selain dari pub, kelab malam dan pusat karaoke, di KK juga banyak menyediakan tempat urut. Bukan saja di premis yang berlesen tetapi di tempat terbuka dan awam, seperti di water front KK juga banyak disediakan. Jenis urutan adalah urutan bagi merawat lenguh-lenguh badan, bukannya rumah urut yang tidak bermoral seperti di bandar-bandar utama di semenanjung. Agak lewat malam baru kami pulang ke apartment setelah menelusuri sebuah kehidupan malam di kota KK. Kesimpulannya sebuah kehidupan malam di bandar besar yang kebanyakanya begitulah. Tetapi KK lebih daring dari JB, KL, Ipoh dan juga Penang yang pernah saya dekati.

Malam ini perlu rehat panjang kerana esoknya kami akan ke Pulau Manukan, rehat dan semestinya mandi laut. Menjelajahi kehidupan laut di pulau-pulau di Sabah, mungkin berlainan dengan marine life pulau-pulau di Semenenjung.


Akan bersambung dengan cerita menarik di Pulau Manukan lagi dalam siri 3 catatan perjalanan ke Sabah. Jumpa lagi.



14 ulasan:

  1. Sudah banyak nama asing di Sabah dan Sarawak nampaknya.....Aduhai sayangnya...............

    BalasPadam
  2. salam bro zedmagel,

    Ingat merajuk tak nak sambung part 2. Seronok dengar cerita lebih seronok mengalami sendiri.

    BalasPadam
  3. wah, seronoknye dapat jalan2 jelajah malaysia... kalaulh brpeluan camtu, tentu best giler...

    BalasPadam
  4. Bro D Rimba,

    Betul seperti kata saudara, kebanyakan mereka asing dalam agama dan agak jauh dari kita. Mungkin boleh didekati dalam beberapa cara yang lebih halus dan berhemah.

    Mudah-mudahan dapat kita sama-sama jayakan.

    BalasPadam
  5. Salam Bro Amir,

    Saje acah-acah rakan blogger yang lain. Jika ada ilham dan cerita yang boleh di ayatkan tentulah saya menulis lagi.

    Berjalan tentulah seronok, jika bertugas mungkin sakit kepala. Ha ha...ha..

    Terima kasih bro...

    BalasPadam
  6. Salam Teja Ku,

    Sesekali memang menyeronokan, selain dari berehat setelah lama berkerja, apa salahnya kita memanjakan diri sendiri. Awak juga berpeluang untuk berehat tetapi mungkin saja tak mahu.

    Jika ada masa berehat dan bercuti lah. Ubat sakit minda kita sendiri

    BalasPadam
  7. Terima kasih terus seia sekata dengan diri ini sahabatku...........

    BalasPadam
  8. salam kenal dan kunjung balas. jgn lupa bawa balik mutiara dan kristal dari sabah untuk orang tersayang. Udang kering dan belacan sabahpun yum yum yum hahahha

    BalasPadam
  9. yg eiza dgr ttg pulau tu sgt la menarik dan sesuai bg pasangan berbulan madu...hari itu eiza ada tgk dekat zoom Sabah ditv3 :)..bro bwk org umah tak kesana?

    BalasPadam
  10. Salam D'Rimba,

    Sama-sama bro...iklan negara untuk memajukan agama dan bangsa. Tiap kita berjuang dalam bentuk yang berbeda, tetapi terus membina.

    BalasPadam
  11. Salam Noorlara,

    Salam kenal juga dari saya, terima kasih berkunjung ke blog saya, dan saya fikir sis tidak menjenguk di blog ini.

    Adalah sedikit ole-ole dari pulau Borneo itu, udang kering dan terubuk masih Sabah. Mutiara presis semestinya, maklum hati wanita agak sukar dijaga.Belacan, beli kat Melaka. ha..ha...

    BalasPadam
  12. Salam Eiza,

    Dah jumpa rumah bro Kuntong eh?

    Pulau tu bukan sahaja menarik untuk pasangan berbulan madu, yang tak berbulan madu pun sama menariknya. Dalam TV dah cantik, jika melihat sendiri lagi lah sis terpesona.

    Orang rumah? awak jangan bergurau laa....

    BalasPadam
  13. zedmagel...anda memang happening....nampak bergaya .

    BalasPadam
  14. Salam rondo-ayu,

    Terima kasih atas pujian ikhlas puan itu.

    Happening dan nampak bergaye ke? Macam tak berapa aje. Orang tua le katakan, tak berapa menjadi. Terima kasih atas kunjungan.

    BalasPadam