Allah Turunkan Nabi dan Kitab. Musa a.s. dan Taurat kepada kaum baginda.
Diadakan perjanjian mengesakan Allah, menerima nabi lantikan Allah, mentaati Allah melalui garispanduan kitab. Melafazkan kalimah tauhid.
(Al Qur-an: 2:83) Dan [ingatlah], ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil [yaitu]: Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.
Ummat Nabi Musa a.s. mengingkari perjanjian itu. Hak Allah tidak dilaksanakan. Hak Nabi dimungkiri. Kitab ditulis semula. Yang haram dihalalkan dan sebaliknya. Ummat Musa a.s. tidak lagi bertuhankan Allah. Kafir. Sesat. Sebahagian besar ummat Nabi Musa a.s. telah mencipta agama baru sendiri yang sesuai dengan nafsu mereka; ikutan yang tidak samawi lagi.
Allah cabut hak ummat itu. Tiada hak walaupun memanggil Allah - Allah.
2000 tahun kemudian.
Allah Turunkan Nabi dan Kitab lagi. Nabi Isa a.s. dan Injil. (Qur-an 5: 70) ... Sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka rasul-rasul. Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, [maka] sebagian dari rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh.... Iaitu .....
Diadakan perjanjian mengesakan Allah lagi sekali. Diminta menerima Nabi Isa a.s. lantikan Allah. Dikehendaki menta'ati Allah melalui garispanduan kitab Injil. Lalu apa yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani? (Qur-an 5:72) ... Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih [sendiri] berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu" Sesungguhnya orang yang mempersekutukan [sesuatu dengan] Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun....
Yahudi dan Nasrani mengingkari perjanjian lagi sekali. Hak Allah tidak dilaksanakan. Allah tidak diEsakan malah ditigakan. Hak Nabi dimunkiri. Nabi mereka mereka bunuh. Kitab ditulis semula. Tidak mahu bertuhankan Allah lagi. Durhaka. Sesat. Kafir. Jahiliah.
Anutannya bukan samawi lagi. Kerana tidak berlandaskan keEsaan Allan, agamalangit dan wahyu melalui Nabi pesuruh Allah.
Allah cabut hak ummat itu. Tiada hak walaupun memanggil Allah- Allah. Allah wajibkan bagi mereka neraka.
700 tahun kemudian.
Allah Turunkan Nabi dan Kitab lagi. Muhammad s.a.w. dan Al Qur-an-ul Kariim.
Diminta berjanji dengan Dua Kalimah Syahadah.
Yahudi dan Nasrani menolak Qur-an, menolak Muhammad s.a.w. seterus menolak Allah s.w.t.Yahudi dan Nasrani tetap beriman kepada tuhan tiruan, padri palsu dan kitab ciptaan mereka sendiri.
Anutan Yahudi dan Nasrani bukan samawi. Bukan agama langit, bukan ugama wahyu dan bukan dari bimbingan kitabullah lagi.
Allah telah cabut hak ummat Yahudi dan Nasrani itu. Kerana tidak bertuhankan Allah. Kafir. Sesat. Jahiliah. Perusak di muka bumi. Tiada hak walaupun untuk memanggil Allah Allah.
Bagaimana Yahudi dan Nasrani tempatan bimbingan orang-orang tertentu boleh mendakwa ada hak terhadap Allah? Allah itu mereka punya? Allah s.w.t. bukan buatan dari kilang-kilang mereka. Apa hak mereka memanggil Allah s.w.t. Allah? Hanya Islam yang menyempurnakan hak Allah s.w.t.. Maka Allah s.w.t. hanya menyempurnakan hak hambaNya yang mengEsakan Dia dengan panggilan Allah melalui panduan dari Muhammad rahmatul lil alamiin.
Mereka memerangi Allah Tuhan kita. Kita perangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita. Waqul jaa alhaqqu wazahaqal batilu innal batila kana zahooqan (17:81) ... bermaksud "Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang bathil telah lenyap". Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap."
Teks dan visual diatas dipetik dari N3 - Blog Dal.
Teks dan visual diatas dipetik dari N3 - Blog Dal.
Salam,
BalasPadamSinggah untuk mengutip ilmu yg disajikan di sini. Terima kasih.
Salam Saudaraku Penabahari,
BalasPadamTerima kasih sudi mampir di rumah ini. Yang jauh bertandang, yang dekat jangan lupa diundang.
Salam Tuan Zedmagel;
BalasPadamNgobrol-ngobrol. Itu gambar sebahagian rumah atau satu sudut istana sahaja?
Kalau dalam rumah ada taman, mana muat?
Salam Dal,
BalasPadamGambar utama di N3 tu ke? Tu satu sudut dalam sebuah rumah kecil disebuah kampung di negeri ini. He..he..jika sudi sila lah bertamu.
Taman dalam rumah mana muat? Muat tuan, janganlah taman besar, sebuah taman kecil yang dibina atas sebuah kecintaan kita terhadap sesuatu yang hidup melata di bumi Allah ini.
Salam Zed;
BalasPadamSaya faham. Saya dah jengok sesetengah blog sahabat tuan. Mereka ahli seni belaka, ada taman bunga dll sbgnya.
Tuan nak cakap dalam hati ada taman, tak usahkan dalam rumah. Tapi tak terkeluar. Jangan merendah diri sangat. Orang tak faham nanti pijak kita.
InsyaAllah satu hari nanti saya datang berkunjung. Asalkan jangan tuan jangan ajak saya naik Kawasaki Ninja sudahlah.
Salam Dalyell,
BalasPadamHe... he..tuan ni ada-ada saja, tuan juga kawan saya yang berjiwa seni, tapi lebih menjurus ke arah seni politik dan isu semasa. Saya merendah diri, bestlah tuan ni boleh baca perasaan saya.
Silalah bertamu ke BP kita berkumpul dengan blogger BP, ajak Bro Jeff Demensi sekali dia pernah bertemu dengan blogger BP. Kami tunggu.
Salam Tuan Zedmagel;
BalasPadamLayak ke macam saya nak cecampur tetuan glemer macho macam BP ni.
Malu laa saya. Abang Jeffry pun tak ajak-ajak ayam.
Heh heh. Terima kasih atas pelawaan. Ada jeki mesti jumpa.