Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

19 Januari 2010

MAJLIS PELANCARAN PERKASA NEGERI JOHOR

UCAPAN BERSEMANGAT PRESIDEN PERKASA MALAYSIA
YB. DATUK PADUKA IBRAHIM ALI



ANTARA PARA JEMPUTAN YANG MEMBANJIRI
DEWAN JUBLI INTAN BATU PAHAT DI MAJLIS
PELANCARAN PERKASA NEGERI JOHOR


SENI SILAT PERSEMBAHAN ANAK-ANAK MELAYU
BATU PAHAT DENGAN PEDANG ASLI SEBAGAI
MENAIK SEMANGAT JUANG BANGSA MELAYU



Tempoh hari, pada 17 Januari, 2010 telah berlangsung satu majlis gilang gemilang Majlis Pelancaran PERKASA Negeri Johor di Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Batu Pahat telah dipilih untuk dijadikan tempat pelancarannya memandangkan daerah ini begitu sinonim dengan kebangkitan semangat Melayu nya yang tinggi dan kedudukan geografinya berada ditengah-tengah negeri Johor.

Majlis pelancaran diserikan dengan paluan kompang, bunga manggar, barongan dan seni silat Melayu bagi menyambut ketibaan para tetamu Presiden PERKASA Malaysia YB Datuk Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen PAsir Mas Kelantan. Antara tetamu yang hadir YB Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, Y.Bhg. Datuk Abdul Rahman Indra ( YDP PERKASA Johor) AJK PERKASA Negeri, YDP PERKASA Daerah Datuk Mohd. Sehat Datuk Mahmud.

Pengisian Majlis tersebut adalah bertujuan untuk menyeru supaya umat Pribumi dan Melayu Malaysia bersatu dalam menghadapi cabaran kelangsungan hidup Islam dan bangsanya di masa akan datang di tanah airnya sendiri. Apa yang dilihat oleh PERKASA kaum Melayu sekarang agak tenggelam suaranya sejak kebelakangan ini, dibandingkan dengan 5 tahun dahulu. Jika dahulu UMNO dilihat sebagai pejuang orang Melayu, sekarang UMNO dilihat lebih definsif demi untuk menjaga hati rakan-rakan dari parti komponen BN yang lain.

Justeru PERKASA ditubuhkan untuk membangkitkan semangat umat Pribumi dan Melayu yang buat-buat tidur atau yang sekarang sedang lena tidur kerana mereka di litupi oleh kelambu emas masing-masing.

"SALAM PERJUANGAN DARI PERKASA JOHOR,
DAULATKAN ISLAM, MELAYU KITA TEGAKKAN
DI BUMI INI, DI TANAH AIRNYA SENDIRI"


14 ulasan:

  1. Tahniah kepada PERKASA Johor. Tahniah kepada Ketua Penerangan PERKASA Johor jugak. hehehe

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Jika ada ucapan tahniah saya rasa sesuai untuk S/Usaha kerhormat PERKASA sahaja. Untuk Ketua Penerangan jika publisiti media dan ada dan PA Sistem OK, maknanya kerja dia dah selesailah dengan sempurna.

    BalasPadam
  3. Salam Tuan Zedmagel;

    Tahniah PERKASA Johor.

    Ada barongan? Waw lama tak tengok benda ni. Kecik-kecik dulu atok selalu bawa tengok kuda kepang, barongan, ketoprak ....

    BalasPadam
  4. Anda berdua memang hebat (Zed dan Amir). Semua nampaknya beres dan memuaskan, terutamanya yang muda-muda mcm anda berdua .Tahniah !

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada PERKASA..
    Semoga berkembang maju bersama majunya bangsa Melayu di Johor..
    TAPI tuan bagaimana dgn kes penjualan pasir 500-700 lori ke s'pore tu...???
    Tak kan perkasa sekadar nak berikan semangat melayu sahaja tapi dalam masa yg sama membiarkan sipengkhianat bermewah menjual harta/aset negara kepada negara jiran yg sentiasa bersikap acuh tak acuh saja dgn setiap cadangan malaysia..

    BalasPadam
  6. Salam Dal,

    Terima kasih Tuan Dal,

    Jika saudara hadir di majlis tersebut tentulah hilang kerinduan tuan kepada barongan, ketoprak dan kuda kepang tu. Tak pe lain kali kita bawa ke JB khas untuk tuan dan warga JB yang rindukan persembahan tersebut.

    BalasPadam
  7. Salam Bro Kuntong,

    Apalah hebatnya kami, kalau tanpa anda dan rakan-rakan lain yang turut sama bertungkuslumus menjayakannya. Tahniah kita semua kepada semua umat Islam Melayu yang menjayakannya.

    BalasPadam
  8. Salam Saudaraku Lanabulu,

    Terima kasih atas ucapan ikhlas tuan.

    Masalah pasir tu pengeluarnnya antara 70 - 80 lori sahaja sehari. Perkara ini telah dijawab oleh Exco Kerja Raya Negeri Johor di media perdana, bukannya 700 - 800 lori seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Namun itu satu urusan perniagaan mereka yang berkaitan, PERKASA bukanlah satu pertubuhan yang suka mencampuri urusan yang tidak berkaitan dengan kepentingan Melayu. Namun PERKASA tidak juga bisu jika sesuatu hak / isu kepentingan Melayu diambil.

    Terima kasih atas teguran dan pandangan tuan mengenai isu tersebut, saya sungguh menyanjunginya.

    BalasPadam
  9. Salam Noorlara,

    Terima kasih atas sokongan anda, tentu PERKASA Perak begitu berbangga dengan seorang wiranita seperti puan.

    BalasPadam
  10. Salam Tuan Zedmagel;

    Kuda kepang, barongan, ketoprak khas untuk saya? Waw. Kecik tapak tangan langit saya tadahkan.

    Satu syarat. Bawa sekali motor hijau tu. (Macam kawasaki Ninja je) Bila barongan utama naik sheh, bagi dia tunggang motor tu, biar dia merempin atas ampaian kain, atau talian talipon dan bumbong. Heh heh.

    Tuan Zedmagel biasa race di Pasir Gudang ke?

    BalasPadam
  11. Salam Sahabatku Dal,

    He..he..boleh kalau kena rundingnya. Motor hijau tu betul lah jenamanya. Tapi dah tunggang kuda tak leh naik motor daa....He...he.

    Zaman saya Race dulu, Pasir Gudang belum menjadi litar lagi. Dimulakan oleh junior saya sperti Sharul Yuzy dan beberapa rakan. Masa tu tiada penaja yang sangup menaja saya. Jadi hanya race di jalanan sahaja. Teruja nampak?

    BalasPadam
  12. Salam Tuan Zedmagel;


    Mau tak teruja. Nostalgik giler babeng.

    Dulu masa bujangan hobi utama mod enjin. Zaman tu kekawan semua cari formula mod yang hasilnya: cucuk kunci saja (belum start) moto dah 50kmh. Baru start enjin, asap bau R40, bau saja moto naik 80kmh. Masuk gear satu baru; max dah 160kmh .... gear 2,3,4, ... tak perlu ceritalah. Hahahaha.

    Sampai sekarang tak jumpa formula tu. Kalau tuan Zedmagel ada ... kongsilaaaa.

    Sekarang hobi utama bantai sapa saja yang anti Melayu, anti Islam ... kekadang kita kena bantai balik. Kena pakai barongan baru dia orang tak berani bantai balik

    BalasPadam
  13. Salam Dal,

    He..he...Dahsyat tu, mana kekawan tu semua Rossi mesti cari untuk buat moto dia. Moto saya nak up grade bawa bengkel je. He he...tak de formula la nak kongsi.

    Hobi sekarang ganaz nampak...kita perlu mempertahankan hak Islam dan Melayu, bukannya kita nak amik hak orang. Cuma apa yang kita punya orang lain jangan kacau le.

    BalasPadam