Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

29 Januari 2010

ISTILAH SESUATU TEMPAT, MUNGKIN KITA TIDAK MEMAHAMINYA

Tumbuh-tumbuhan juga berkomunikasi diantara mereka
cuma kita tidak mendengarnya....


Haiwan juga berkomunikasi diantara mereka,
kita mendengarnya...tetapi kita tidak faham bahasa mereka...

Walaupun kita menetap di daerah, negeri hatta di negara yang sama, kekadang terdapat beberapa istilah tempatan yang tidak kita fahami langsung apa maksud atau maknanya apabila berbual dengan teman-teman. Ini tidak termasuk pula dengan bahasa suku kaum misalnya Jawa, Banjar, Bugis, Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya lagi.

Pernah saya berbual dengan teman se mukim dengan saya, lalu kawan disebelah tidak tahu makna istilah yang saya sebutkan tadi. Misalnya disini saya berikan beberapa perkataan yang yang sering digunakan yang membuatkan anda tidak faham maksudnya :

1. mencekaunya
2. leca
3. kaus
4. gebar
5. kokel
6. honges

Jika anda faham atau tidak, sila berikan maknanya dengan agak-agak sahaja. Soalan ini tidak dibuka kepada penduduk daerah Batu Pahat yang mungkin boleh memahami maksud perkataan diatas. Tapi untuk menjawabnya tidaklah menjadi kesalahan.

Terima kasih kerana mencuba.

18 ulasan:

  1. Salam Hj. Zed..

    disebabkan teman ni oghang peghak.. idak le teman paham apa makna perkataan kat atas tu.. :)

    cuma, kalo kat tempat teman, gebar (disebut gebo) adalah kain selimut. Kaus tu, katil kan? :)

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik Seoja,

    Tahniah.... Dua jawapan yang kakcikseroja berikan tu betul.

    Tapi saya pernah menyuruh seorang kawan dari daerah Selangor mengambil gebo disebelahnya sahaja, lama dia termenung dan melihat sekeliling lalu bertanya kepada saya gebo tu apabendanya? He..he..

    Loghat Perak dan Johor akan-akan juga ye? Kakcik orang Paghirt ke Bota ?

    BalasPadam
  3. Salut din Romania ! Si Romania este o tara foarte frumoasa, cu toate formele de relief de la muntii Carpati, pina la Marea Neagra. papapa

    BalasPadam
  4. Salam dari anak rantau...windu nak balik BP..
    tp byk keje nak settle kat sini..doakan za ye..:)

    sehat ke bro n fmly?..kim salam kat akak ye..

    BalasPadam
  5. gebar tu selimut ke?
    honges... penah denga tp tk igt makna... huhu

    BalasPadam
  6. tahu yg no 4 tu je yg lain mcm x pernah dengar uhuhuhuhu



    terima kasih singgah di blog saya

    BalasPadam
  7. Salam Hj ape kabo,

    belajar bahasa kebangsaan yea..

    mencekau tu , mencakar,

    cntoh ayat : jgan diusik kucing tu nnti dicekau nya.

    Gebor aka Selimut

    cntoh ayat : hj kawan sejuk la, boleh tolong ambil kn gebor tu

    Kaus aka Katil

    Contoh ayat : bang dah haus dah kaus ni, dah boleh bli yang baru

    Leca ke lecak, kalau lecak aka berair

    conth ayat : timah dah ko tau jalan tu lecak aje giler ko lalu , kn dah kotor ksut tu.

    yang lain x tau.

    ada lagi bunyi yang pelik

    sperti GOBOK, PERAN (dengan sebutan R yang salah)dan banyak lagi khususnyer org MUOR.

    PAKAI SELIPOR PEGI PASOR KENA PENAMPOR

    hmmmmm bleh kembangkan entry ni sebgai MARI BELAJAR BAHASA PELIK (pelik ker) ......

    BalasPadam
  8. Hi Bro Odorica,

    Thank for drop by in my blog, but I'm not understand even a single word as what you wrote. Any way I glad you be here.

    BalasPadam
  9. Salam Eiza,

    Windu....sewindu-windunya ngan awak..tu le dulu nak sangat sekarang hadap le.He..he. tak le gurau jek. Kami doakan awak berjaya dan selalu sihat. Kami dan keluarga sihat2 gek le.

    Nanti jika ingat saya beritahu akak le..

    BalasPadam
  10. Salam Teja,

    Satu betul, tahniah kepada Teja - Gebar / gebo tu selimut.

    Yang honges tu tak ingat ye? Cuba lagi.

    Clue nya.
    " Zed sangat geram dengan Teja, kalau dapat akan di honges nya cukup-cukup" ini contoh ayatnya saja.

    BalasPadam
  11. Salam aireel,

    Terima kasih kerana mencuba, akan ada perkataan tempatan yang banyak kita tak faham, tapi biasa terdengar. Akan terbit di N3 baru nanti...

    BalasPadam
  12. Salam Syahputera,

    Adui kesian orang Batu Pahat ni, tapi tu le tak semua orang Daerah tau bahasa pelik tu, mungkin ikut Mukim atau kaum yang berinteraksi. Saya semak dua sahaja yang betul. Yang lain tak tepat le Syah. Tapi gerobok dan peran tu saya tahu. Gerobok aka almari. peran aka tempat menyimpan barang di bahagian atas rumah (loteng).. Terima kasih mencuba Syah. Cari jawapan yang lain tu, sebelum saya bagi yang baru..

    BalasPadam
  13. 1. mencekaunya
    2. leca
    3. kaus
    4. gebar
    5. kokel

    loghat betul bahasa tuan ni......
    1. Dengor cerita Hj Zedmagel tu kawin lagi satu...ye ke?...MENCEKAUNYA...mana dia berani dengan bininya tu. hehehe

    2. Mak Timah sedang menjemo leca kerana malam tadi dikencing oleh kucing.

    3. Kaus yang dibuat dari kayu jati tu berat juga ye bro....

    4. Kawan tak boleh tido kalau tak ada gebor.

    5. Monyet tu sedang seronok MENGOKEL kelapa sehingga tak sedo ada orang sedang memerhatikannya. hehehe

    6. Honges- letih la bro.....bior org lain yang cari maknanya.

    BalasPadam
  14. Salam Tuan Hj Zed.

    Tn Hj ni kaki borak pondok rakyat ye? Borak kedai kopi tak macam gini bunyinya..

    Bio saya coba soalan cepumas nih ...

    1. mencekaunya = aku tak percaya cakap ko ni.
    2. leca
    3. kaus = katil
    4. gebar = selimut
    5. kokel = gigit: monyet kokel jambu batu
    6. honges = gigit-gigit: monyet hongges buah kelapa.

    No 2 tu tak baru ni dengar. Banyak lagi kena belajar nih.

    Yang ini apa?
    1) gerobok.
    2) mentekedarah.
    3) menceghoh.
    4) hampot.

    Amacam tuan hj. Bole menang cepumas dak?

    BalasPadam
  15. Salam Broku Amirhamzah,

    Tahniah le tuan, tuan betul semua walaupun membiarkan satu untuk di jawab oleh bloggger lain. Saya pasti yang satu tak dijawab tu pun sah betul, sebab tu semua perkataan tuan dan saya gunakan semasa kita berborak pun.

    Saya cuma lupa untuk menulis kat N3 tu. SOALAN INI BUKAN UNTUK DIJAWAB OLEH SAUDARA AMIRHAMZAH - Segalanyamungkin. He..he. tapi N3 baru saya dah tulis.

    He..he..terima kasih kerana bersama...

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum Saudaraku Tuan Dalyell,

    Betul lah apa yang di tarpa oleh tuan Dalyell, saya kaki borak dan ngobrol di Pondok Rakyat, Jalan Sultanah BP, kat sini mane ada cafe macam JB nak borak. Bahasa kami pun bahasa kampungan untuk teman dan kawan serumpun je yang tahu. He..he..

    TAHNIAH TUAN DALYELL - ANDA DI TEMPAT KEDUA ( Tapi Tak Jadi Pememnag ) kerana....

    ..anda mampu menjawab 5 dari 6 soalan yang diberikan. Hampir memenangi cepumas. Tapi Hadiah Cepumas tu jatuh ke tangan saudara Amirhamzah- Segalanyamungkin..kerana dia local people Mukim 1.

    Terima kasih kerana tuan bersungguh-sungguh merujuk kamus dewan dan rakan-rakan sekerja untuk perkataan itu. Saya slaute dengan tuan. Ada tag di N3 baru saya khas untuk tuan.

    BalasPadam
  17. Salam Tuan Hj.

    Cis!! Saya tak pecaya saya bole kalah.

    Cis!! Tuan hj telah beri kontrek ni pada kroni tuan hj. Mentang-mentang tuan Amirhamzah kawan ngobrol.

    Cis, seronok betul main teka kata seperti ini.

    Heh heh heh, naib johan pun naib johan laaa. No 2 ni ada can naik no 1. Tuan Amirhamzah yang no 1 tu nak ke atas mana lagi? Tak kan nak naik no 0.

    Salam alaykum tuan-tuan semua.

    BalasPadam
  18. Salam Tuan Dalyel,

    Ever game got winner. You are the 2nd one,it a good position and be the no 1 next. I'll use your words for the next N3. It a chance for you to be no 1. Bro Amirhamzah cant catch up your term.

    BalasPadam