Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

02 Februari 2010

ISTILAH TEMPATAN ( LOCAL WORDS)

ALAM JUGA - SECARA SEMULA JADI
BERINTERAKSI SESAMA SENDIRI...
PERNAHKAH ANDA MENDENGARNYA ?



SATU RUANG KOSONG - JUGA MUNGKIN ADALAH
MAHKLUK LAIN YANG SEDANG BERINTERAKSI
SESAMA SENDIRI....DAPATKAH ANDA MELIHATNYA..?


N3 kali ini saya sediakan beberapa lagi perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat lama Melayu ( zaman kanak-kanak saya ) dalam daerah Batu Pahat. Tapi jika saya mengunakan perkataan ini ketika berbual dengan anak-anak saya pada hari ini, mereka akan bertanyakan balik perkataan berkenaan, contohnya :

1. ngedek / kedek
2. perun
3. ngetet
4. lasuh
5. tajo

6. cega

Jika sesiapa tahu, sila berikan maknanya perkataan atau ayat-ayat contoh. Dan saya angkat semula beberapa perkataan yang tak mampu dijawab oleh blogger dalam N3 yang lalu seperti :

1. mencekaunya
2. leca
3. kokel

4. honges


Saya pelawa semua blogger mencubanya, terutamanya :

Kuntong, kakcikseroja, zaijb, jeffry - demensi, aireel, Idalara, Noorlara, Syahputera, Adi, Wahyujatmika, Penabahari, Intan RH, Selempangmerah, Reen, Neezareef, Zaijb, Zai, Lanabulu, Teja, Sakurasa, Lenz, Dino, Eizainhouse, Dino, Mahligairezki, Dal, Jaja. D rimba dan semua sekali lah yang sudi singgah....


Amirhamzah ( Segalanya mungkin) tak payah menjawab, kerana saya pasti dia faham, sebab dia orang kampung saya....(jangan marah bro)..

SELAMAT CUBA MENJAWAB......!!!!!!
JUMPA LAGI.....!!!!





21 ulasan:

  1. SLM BRO..WAHH INI BTUL2 MENCABAR MINDA NIH HEHEH..OK KWN CUBA

    MENCEKAU = CAKAR, TERKAM

    LECA ATAU LECAK? = KLU LECA TAK TAU PLAK TP KLU LECAK TU LUMPUR. AGAKNYE LE HUHUHU

    KOKEL = ERRR..AMBO GIV' UP

    HONGES / UNGGIS = SERANGGA ATAU BINATANG MEMATUK2 SESUATU CONTOHNYA SEPERTI MAKANAN..AGAKNYE LER HEHEH

    BalasPadam
  2. Salam Saudaraku Bro Jeffry,

    Setelah disemak hanya satu je yang hampir betul. Iaitu honges (unggis ). Yang lain sori bro...memang salah dan tak tepat langsung. He..he.. terima kasih kerana mencuba. Lain kali ada soalan lagi.

    BalasPadam
  3. ALAMAKKKKKKKK

    Tq2 Hj waaaa menyahut cabaran ni supaya dikembangkan hasa local ni , k

    yang saya tau hasil usaha rakan2 blik jga ini la yag kami tau

    PERUN aka tempat bakar sampah

    TAJO aka mata kail bersaiz besar

    CEGA aka perhati/jaga2

    contoh ayat : mat , aku cega je abu tu perangainyer



    HJ BILE MANE DAH JAWAB SUME HJ BUAT LA BLIK N3 BARU DAN TULIS MAKNE SEKALI BESERTA CONOTH AYAT

    BalasPadam
  4. Salam Syah Putraku,

    Ye lah tu saya menyahut cabaran tuan. Itu yang jadi N3 bersambung. He..he..Terima kasih kepada rakan sebilik yang memerah otak untuk menjawabnya. Kali jawapan Syah semua betul, tetai ada yang hampit tepat.Tahniah Syah.

    1. Perun - tempat membakar sampah.
    Ayat : "Syah... kan abah dah suruh awak
    buang sampah di perun belakang tu"

    2. Cega - Memerhati / Berjaga2.
    Ayat : "Panglima Shah Putera, men "cega"
    Si Jalak ( yang selalu mencuri duku )
    jika lalu di dusunnya"

    3. Tajo - Joran / Alat Pancing bermata kail.
    Ayat : "Dimusim banjir di Parit Besar,
    Along selalu memasang beberapa tajo
    untuk mendapatkan ikan keli"
    ( Ada ke keli lagi kat laman rumah? )

    Tahniah Syah...jawapan yang lain akan diberikan jika bloger lain mampu menembusinya.

    BalasPadam
  5. Salam Bro Jeffry,

    Mencekau tu salah le jawapannya. Saya faham perkataan awak tu MENCERKAU bermaksud MENCAKAR. Tapi solan saya MENCEKAUNYA...he..he cuba lagi Jeff..

    BalasPadam
  6. Salam sdr Hj Zed,
    Saya ingin mencuba satu perkataan sahaja..Tajo: Kalau di daerah saya tajo bermaksud : Tajau (Tempayan besar). Yang lain tu saya rasa tak mampu. Maaflah ya..

    BalasPadam
  7. hehehe....kadang-kadang kawan cakap mencekaunya...atau kadang-kadang kawan cakap mencekutnya.....

    huhuhu

    BalasPadam
  8. Wahai Hj. Zed saya ada jengok kat blog anda,tapi tak sempat nak jawab:

    mencekaunya -
    honges - dimakan seperti orang yang kebulur.

    itu saja yg saya tahu.

    BalasPadam
  9. Nak jawab camno..tak paham pun patah perkataan tu..
    Tapi kalau dgn ayat tu ..boleh lah cuba2..hee
    sarender!!!

    BalasPadam
  10. ahaha.terima kasih singgah..wah lama benar x dgr ini ayat.....bukan dah jadi 100% org bandar cuma tidak dibiasakan uhuuhuhuh

    cuma ingat

    perun:selalu nenek jeret tiap2 ptg suruh "perun" rumput di depan...iaitu kumpulkan atau longgokakn dan kemudia bakar.eheheh betulker?

    yang lain haram x ingat uhuhuu

    BalasPadam
  11. Bahasa Jawa ni.. Jawa halus barangkali

    BalasPadam
  12. salam sdr zed
    terimaksih kerana sudi singgah di blog sy..maaf kerana agak lama tak singgah di sini..terlalu sibuk dan jrg ke udara skrg ni..ni pun smpt singgah di blog zed je...
    rasa2nya ada satu dua perkataan yg sy faham maksudnya spt:
    1.mencengkaunya bermaksud mengambil dgn kasar.
    2.leca-tak thu apa maknanya
    3.kokel-mengigit(rasanya)
    4.honges-mengigit makanan spt buah2an.

    harap ada yg betul...

    BalasPadam
  13. Salam Tuan Hj Zedmagel.

    Makhlok Allah berinteraksi sesama sespesis dan bertasbih tahmid kepada Allah, cuma kita tidak dengar maka tidak faham. Itukah salah satu sebab tuan hj minat kpd tumbuh-tumbuhan hiasan? Kalau saya hendap (cega) tentu terjumpa tn hj bercakap dengan bunga, dgn pokok orkid dll.

    Wah ada lagi soalan cepumas.

    1. ngedek / kedek = berjalan terkedek-kedek macam itek pulany petang.
    2. perun = bakar belukar yang sudah ditebang hendak buat kebun.
    3. ngetet =
    4. lasuh =
    5. tajo = unjun = cara memancing haruan (mana-mana ikan menyambar) berumpankan umpan hidup umpama cicak, katak.
    6. cega = jaga = berjaga-jaga = seperti pemburu menghendap binatang di tempat garam-jilat.

    Dua tak dapat. Tak da can laaa nak dapat cepuimas. Tapu sagu hati dapat dok?

    BalasPadam
  14. Salam Tuan Haji Penabahari,

    Terima kasih sudi berkongsi ruang bersama saya, perkataan tu semua istilah negeri / tempatan. Tidak jadi masalah jika tuan tidak faham. Kerana tuan orang Sarawak

    Perkataan Tajau (Tajo)- tempayan. Juga digunakan oleh orang semenanjung. Terima kasih dari saya kerana meluangkan masa kita bersama.

    BalasPadam
  15. Salam Saudaraku Bro Amirhamzah,

    He...he.. mencekutnya, kadang-kadang saya juga menggunakan perkataan itu. Bimbang jika diberikan mereka fikir (mencekut = mengambil).

    Terima kasih bro kerana kerjasama anda bersama saya di N3 kali ini dan tidak menjawab soalan, kerana itu bahasa ibunda kita orang Melayu Mukim 1. He...he...

    BalasPadam
  16. Salam Tuan Haji Kuntong,

    Tahniah - jawapan tuan bagi perkataan honges tepat dan betul. Bagi perkataan mencekaunya -
    tiada jawapan dari tuan.

    contoh ayat : mencekaunya kalau dia datang malam ni.

    He..he. jawapan yang lain saya nantikan.

    BalasPadam
  17. Salam sahabatku Lanabulu,

    He..he... terima kasih kerana sudi menjenguk di rumah saya ini. Betullah jika tuan tak faham satu perkataan pun, tuan Utara kami, Selatan. Tetapi teman kawan di Parit Buntar menjawab dua soalan yang betul dan tepat.

    Kita semua bersaudara..

    BalasPadam
  18. Salam Saudaraku Aireel,

    Tahniah jawapan perun anda betul dan tepat.
    He..he yang lain awak tak ingat ye?
    "Aku honges juga budak Aireel ni nanti".

    Takpe bertanyalah pada orang lain dan biasalah menggunakan perkataan lama kita.

    BalasPadam
  19. Salam Saudaraku Cekodokmasin,

    Ini Bukan bahasa jawa halus lah bro...
    Ini terma / istilah perkataan Melayu Batu Pahat ( Mukim 1 ) tuan di Mukim 3, tapi tuan biasa mendengarnya jika berbual dengan kawan-kawan dari sana.

    He..he...terima kasih masuk di blog saya untuk pertama kalinya. Harap selalu singgah..

    BalasPadam
  20. Salam Idalara,

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

    Tahniah Ida kerana dua perkataan yang Idalara jawab betul iaitu : Honges dan Kokel, orang Melaka pun biasa dengan perkataan tu, kerana masyarakat di Batu Pahat juga dulunya ramai yang berasal dari Melaka mereka berhijrah ke Batu Pahat. Nenek dan Datuk sebelah Ibu saya juga berasal dari Serkam.

    Jawapan sepenuh akan di berikan pada N3 akan datang.

    BalasPadam
  21. Salam Sahabatku Tuan Dalyell,

    He..he.. nak mencega saya bercakap dengan pokok ye?

    "Aku kokel juga budak Dal ni nanti" - Ini contoh ayat KOKEL dari saya.

    Tahniah kepada tuan, kerana mampu menjawab 3 perkataan dengan tepat. Tuan Antara blogger yang tajam mindanya menjawab perkatan lama Melayu kita bagi masyarakat Melayu Mukim 1, Batu Pahat, Johor.

    Tuan Dal ada merujuk mana-mana kamus atau dari rakan-rakan ke? Tapi jawapan sepenuhnya akan dibuat pada N3 akan datang. Jawapan yang betul :

    1. Perun = membakar ( tempat membakar )
    2. Tajo = menahan pancing untuk menangkap ikan
    3. Cega = berjaga dan memerhati

    Jumpa lagi Tuan Dalyell.

    BalasPadam