Inilah tajuk entry saya pada Hari Jumaat legi ini. Jika kita melihat disekeliling pada hari ini - ramai sahabat, ahli keluarga, teman, rakan dan mereka-mereka yang kita kenali sudah tiada. Teman yang dulunya sering makan dan minum bersama kita, hari ini telah tiada - telah berpindah ke alam lain (meninggal dunia).
Jika semalam mereka mungkin bergurau senda dengan kita, atau kita mengutuk dan bermesra dengan mereka, tapi hari ini mereka tiada lagi disamping kita. Mereka begitu jauh dari kita. Kerana hidup di dunia ini adalah sementara.
Ada juga terjadi, semasa hayat kita bersama. Kita sering bercakaran dan bertengkar bersama mereka, disebabkan tidak sependapat dan tidak sebulu dengan mereka. Lain halatuju politik dengan matlamat sendiri.
Hari ini jika kita amat-amati pemimpin Melayu sering bercanggah pendapat dan tidak sehaluan dalam menegakkan kepentingan politik masing-masing. Walaupun mereka sesama Islam dan sebangsa pula, caci maki, maki hamun, salah menyalahkan antara satu dengan yang lain, seperti dilihat tiada ruang untuk merapatkan mereka. Saya faham, kerana ini dunia politik yang penuh dengan permainan dan haru biru. Tapi bukankah kita semua bersaudara?
Andainya pada hari ini jika kita benar-benar berhasrat untuk membangunkan Islam dan nasib Orang Melayu, mentelah pula kita boleh berfikir untuk menjuruskan satu matlamat iaitu untuk kebaikan Islam dan Melayu itu sendiri, apa salahnya kita bersekutu buat seketika untuk melupakan sengketa lama. Nasib agama dan bangsa mestilah didahulukan. Jangan leka dengan keindahan dunia yang sementara ini. Ke mana halatuju Islam dan Melayu 20 tahun - 30 tahun akan datang?
Jika kita fikirkan tentang sebuah pusara yang sunyi dan apa sahajalah yang ada pada dunia ini, sudah tentu kita sesama Islam dan Melayu boleh bersatu. Jika ikut nafsu serakah diri sendiri sampai bila-bila pun kita akan bercakaran sesama kita.
Melainkan kalau hari ini kita ingin membawa Melayu / Islam kita berkambus dalam sebuah pusara sunyi dan di dunia Melayu ini tanpa segalanya lagi. Teruskanlah bercakaran dan berpecah. Kerana inilah sikap orang Melayu dengan dunia tolol dan bekunya. Berfikiran jumud, buntu dan sentiasa keliru.

Salam Tuan Hj Zedmagel;
BalasPadamLain macam bunyinya hari ni. Kalau dulu silat smbut pengantin, yang ni silat cimande kot.
Orang besar bercakaran selalunya kerana kuasa atau harta. Orang yang ada harta dan ada kuasa tak mahu diancam atau kehilangan kedua-duanya. Yang belum pernah merasa berharta dan berkuasa puila bernafsu hendak memilikinya.
Tapi kalau keinginan-keinginan diatas disepuh dengan "sebuah pusara sunyi" dan apa yang mendatang selepas melepasi pintu pusara tersebut, rasanya suasana hidup tidak begitu hingar dan menggila seperti yang ketara sekarang.
Rasanya kalau dapat begitu, segala NikAziz dan segala NajibRazak tidak seperti kedua-dua Putera Bangsa dan Agama yang berdiri memimpin seperti sekarang. Rasanya mereka akan sebumbung. sepertiduran, sepermandian dan bermain segelanggang.
Salam bro....
BalasPadamBukankah itu fitrah dan semula jadi kehidupan manusia. Bercakaran, peperangan, hasad dengki dan segala sifat-sifat itu ada pada diri setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Kadang kala percakaran, pertelingkahan dan perseteruan itu membawa ke pusara sunyi....tak sempat hendak menyatukan.
Kadang kala juga kita merasa letih dan bosan dengan kerenah pemimpin-pemimpin Melayu Islam kita. Terlalu berkepentingan baik atas kepentingan kelompok mereka atau kepentingan perut mereka. Akhirnya mereka tidur lena beralaskan duit sedangkan rakyat bawahan terlena bersama genangan air mata.
Seperti kata Dal....ada kelainan dalam entry kali ini. Kata orang tua-tua.......jangan dikata buang tebiat udah le....hehehe
Salam sdr Zed..
BalasPadambila seseorg yg pernah bersama kita telah tiada pastinya segala kenangan bersamanya dulu jadi kenangan terindah..wlupun pernah bercakaran dn sebagainya..
ps..tak berani nak komen apa2 pasal pemimpin kita sekarang.
Salam Saudaraku Tuan Dal,
BalasPadamSememangnya N3 kali ini saya bentangkan sedikit kelainan dari biasa. Jika N3 yang lalu agak santai dan asoi. Kali ini biarlah buat kaum kita Melayu berfikir sedikit, memikirkan nasib agama Islam dan bangsanya sendiri.
Saya setuju dengan pandangan saudara, dek kerana kuasa dan harta kita sangup berbuat apa sahaja. Tapi di saat sekarang ini, saya melihat kuasa kita sangat kritikal dan politik orang Melayu sudah sangat tiris dan seakan-akan hilang dalam tempoh terdekat ini. Jika tiada kuasa politik lagi, apa yang nak kita harap dan nak tunggu lagi. Segalanya akan bertandang ke pusara sunyi lah gamaknya.
Apakah selepas berpusara sunyi baru kita bersatu kembali, atau bagaimana? Itu lah sedikit pandangan saya dalam N3 kali ini. Terima kasih atas pandangan bernas dari saudara.
Salam Saudaraku Bro Amir,
BalasPadamEntry saya kali ini sememangnya kontra dengan N3 yang lalu. Saya tidak terperanjat jika tuan dan saudara Dal perasaan akan maksud N3 saya ini. Saya lebih terkejut jika tuan dan Bro Dal atau yang lain tidak perasaan.
Dikatakan buang tebiat pun tidak mengapa, kerana N3 pusara sunyi juga menjurus ke arah hal yang berkaitan. Tetapi usia ini kurniaan ALLAH SWT, kita pasrah sahajalah.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan bernas tuan, tidak hairan jika tuan ramai peminat yang menjadikan tuan dan tulisan tuan sebagai ikutan mereka. Kesian dan sangat ralat ....peminat tuan jika tidak mengenal tuan.
Tapi itulah seperti yang tuan kata kita telah letih dan bosan dengan kerenah pemimpin Melayu. Tapi adakah kita hanya membiarkannya terus berlaku tanpa ada rasa yang perlu kita luahkan. Seperti saya telah menzahirkan, jika menolak haruskah kita persetankan?
Salam saudara, sesungguhnya kita semua amasih bersaudara.
Salam Idalara,
BalasPadamSesuatu yang indah dan pahit juga akan meninggalkan kenangan. Terima kasih atas pandangan Idalara dalam N3 saya kali ini.
Saya juga tidak meminta sesiapa untuk membuat komen mengenai pemimpin Melayu kita sekarang, saya lebih berterima kasih sekiranya ada yang dapat memberikan pandangan terhadap hala tuju umat Islam dan Melayu di masa akan datang, dari sikap semua pemimpin Islam dan Melayu yang ada pada hari ini.
Jumpa lagi Idalara.
Saudara/i
BalasPadamtak usahlah nak di herankan banyaknya pertengkaran dan perbalahan di alam melayu ketika ini hatta berperang sekalipun,selagi kita menjauhkan diri dari islam selagi itulah kita akan terus berpecah dan terhina.
pertengkaran perkara biasa Nabipun bertengkar dan berbalah dengan saudara maranya demi untuk melaksanakan perintah Allah,soalnya kenapa kita tidak mau mengikuti Islam sepenuhnya,kita sangup menggunakan kaedah jahiliah sebagai cara hidup sedang Islam lengkap lagi syumul,Allah jadikan manusia berbilang bangsa supaya kita mengenali antara satu sama lain bukan untuk kita berbanga bangg, dengan bangsa,apa ada pada bangsa jika kita sentiasa melawan perentah Allah