Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

11 Februari 2010

SUKAR UNTUK MEMILIH, SAMADA BLOG ATAU FACEBOOK (FB)

Satu gambar yang dipetik dari blog..bukan FB


IMEJ MENARIK INI MUNGKIN TIDAK DAPAT DILIHAT ATAU DISIAR DI FB ANDA..MELAINKAN BLOG



BLOGGER DAN `FB'


Kebelakangan ini saya melihat ramai rakan-rakan blogger saya berjinak-jinak ke dunia facebook (fb). Kebetulan laman blog dan fb berada dalam maya yang sama dan beriringan memungkinkan mereka mudah untuk menelurusinya samada di notebook atau pc masing-masing. Begitu juga dengan saya, tidak terkecuali. Hasilnya ramai diantara kami tidak dapat mengurus blog dan N3 yang baru disebabkan fb tidak memerlukan kita banyak masa untuk memerah otak bagi menghasilkan karya.

Ada juga rakan berpendapat fb lebih sesuai untuk remaja dan golongan muda, sementara blog untuk mereka yang dewasa dan berusia. Kedapatannya saya memutuskan samada fb atau blog adalah untuk semua golongan, kerana di fb sendiri ramai rakan-rakan yang dewasa, sementara di blog ramai juga remaja yang menyertainya. Lalu memutuskan dunia maya adalah untuk semua golongan menafaatkanya meneruskan kelangsungan bentuk komunikasi di zaman dunia tanpa sempadan ini.

Berbalik kepada tajuk - Sukar Untuk Memilih, Samada Blog atau FB, jelaslah ramai teman-teman blogger yang tidak dapat menyiapkan N3 baru mereka dek peti mel masing-masing dihujani dengan mesej yang masuk tidak putus-putus, dimana untuk membaca mesej, masuk ke laman fb teman dan membalasnya akan mengambil masa beberapa minit, itu hanya satu mesej bayangkan jika anda dihujani 30 mesej sehari. Tentulah akan menjejaskan untuk menulis N3, hasilnya N3 baru akan terbit hanya seminggu sekali atau mungkin lebih lama dari itu.

Sesetengah teman blogger apabila saya sarankan untuk mampir ke dunia fb mereka enggan untuk menelurusinya, bukan mereka menolak terus, namun saya kira mereka tidak mahu terperangkap dalam dunia fb. Begitupun ada juga teman blogger yang mempunyai fb tetapi tidak cenderung ke arah itu, hanya sekedar memiliknya sahaja.

Apapun blog dan fb adalah bentuk komunikasi dizaman ini untuk mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia di maya. Buat saya akan melayari kedua-duanya jika termampu sebaik mungkin yang boleh.

SALAM HORMAT SAYA...JUMPA LAGI....!!!

18 ulasan:

  1. Salam Hj. Zed...

    kakcik lebih mesra blog dari fb.. kalau ada pun, anak2 yang main guna akaun kakcik. :)

    BalasPadam
  2. Salam Kakcikseroja,

    Bagi saya pula kedua-duanya, setakat yang terdaya dan mampu bagi saya. Dunia syber memang sangat mencabar usia dan masa tua kita.

    Terima kasih kakcik.

    BalasPadam
  3. Salam Tn Hj Zed.

    Saya ada juga cuba FB. Tapi entahlah .... munkin saya yang tak pandai. FB itu bagus sebenarnya.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan Tam Dalyell,

    Saya faham, tuan sebenarnya lebih cenderung untuk berkarya, FB agak terhad bagi tuan untuk melahirkan pandangan dan tulisan. Jika tuan bermain FB karya tuan di blog jangan diabaikan.

    BalasPadam
  5. salam sdr zed
    ida lebih suka blog dr FB..ada FB tp jrg singgah..baru tadi singgah tguk dah bersawang..mungkin tk berapa pandai gunakan FB maka rasa tk sesuai dgn ida..join FB pun sbb nk cari teman lama yg pernah singgah di hati ini ketika berusia 18 tahun dulu...tapi hingga hari ini dia masih ida tk jumpa..

    BalasPadam
  6. Salam Bro Kuntong,

    Tahniah lah bro, anda seorang yang benar-benar celik IT dan berkaliber. Selamat melayarinya.

    BalasPadam
  7. Salam Idalara,

    Ada saatnya kita sangat kekurangan masa untuk melayari kedua-duanya. Satu hal lagi server yang sangat lembab buat kita malas menunggu dan tercokok didepan PC.

    BalasPadam
  8. abg zed... teja lebih suka blog, bnyk cerita blh dimuatkn... fb tu sekadar laman sosial dn lebih menjurus untuk menambah kenalan... harap bijak memilih.

    BalasPadam
  9. blog and fb sempoiiii.. ngehehehe

    BalasPadam
  10. Salam Tejaku,

    Abang Zed juga sependapat dengan Teja. Blog untuk berkarya dan FB untuk berkenalan seramai mungkin. Sediakan masa untuk memilihnya sahaja.

    BalasPadam
  11. Salam Edda,

    Kedua-duanya?, Edda memang sempoi, ada banyak masa untuk melayari kedua-duanya. Wahh...bestnya.

    BalasPadam
  12. Salam Bro Zed,

    Lama sudah saya tak keudara dan menumpang berteduh di Taman Dalam Rumah ini...

    Mmm...
    Saya pon ada akaun FB, tapi saya tidak berkarya di sana...saya ke FB sbb menyebokkan diri dgn 'game-game' nya..heheheh! sagala message2 di FB kurang saya layan!

    Blog amat sesuai utk kita bercerita. Time2 boring, boleh aje kita ulang baca cerita2 lama kita, termasuklah cerita2 kenalan kita...
    klu ada gambar bersama cerita..lagi menyeronokkan..dan kita pun mudah faham!

    itu pandangan saya!

    **saya dah lama tak ber N3..bukan sbb tak sempat nak menulis cerita di blog...tapi sebab sedang 'berpantang!'..InsyaAllah..kejap lagi saya mula mencoretkan cerita2 saya ye..hehehe!

    Jaja Bini The Rock

    BalasPadam
  13. Salam Jaja,

    Terima kasih sudi berteduh disini. Sebenarnya berkarya di FB sangat ringkas dan agak terhad, tukang sibuk memanglah sedapnya.

    Saya juga berpendapat seperti Jaja, dapat melihat cerita lama2 yang kita buat.

    Tahniah diucapkan kepada anda dan suami, sebab dah tambah orang baru ye?. Ok selepas pantang dijemput anda berkarya semula. Salam pada TR..

    BalasPadam
  14. salam..hi lama x singgah ...
    pilih dua2 la..fb n blog...=)

    BalasPadam
  15. Salam farahfatiha,

    Memang saya sangat rindukan komen dari anda. Awak tersangatlah sibuknya bukan? Dua-dua sekali, awak pelayar ternet yang cermelang. Tahniah...!!

    BalasPadam
  16. salam..hehehhe yeke ni? ohoho lama x luangkan masa utk blog walking..sib baik kenal lagi kan

    BalasPadam
  17. Memang tersangatlah kenalnya..he..he..

    BalasPadam