Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

04 Februari 2010

JAWAPAN DAN SOALAN BARU - BAGI ISTILAH PERKATAAN DULU-DULU

Inilah hidangan enak bagi pemenang Soalan Cepumas
Istilah Perkataan Tempatan...


Asalammualaikum semua teman-teman blogger maya di laman saya, yang sangat-sangat best dan sporting. Sejak saya menulis entry perkataan / istilah tempatan blog saya menerima banyak respon yang pelbagai dari teman-teman semua. Ramai yang cuba menjawab tetapi salah dan tidak tepat. Ada yang memberikan jawapan sebahagiannya betul dan yang lain salah. Ada juga yang cuba menjawab tetapi satu pun tidak tepat.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang cuba menjawab samada betul ataupun salah, apa yang terbaik - kita sudah mencubanya. Akhirnya semua perkataan yang saya kemukakan telah dijawab dengan tepat dan betul oleh saudara AMIRHAMZAH - Segalanyamungkin.

Saya tidaklah hairan jika semua soalan saya dijawab dengan betul oleh beliau. Kerana dia rakan ngobrol saya. Jika bukan dia pemenang baru saya jadi orang yang paling hairan dalam dunia ni. Dibawah ini saya umumkan nama pemenang bagi dua N3 berkenaan :

Johan - AMIRHAMZAH - Segalanyamungkin
Naib Johan - Tuan DALYELL - JB

Ketiga - SYAH PUTRA - JB

Tempat Keempat - Idalara, kakcikseroja, Kuntong, Jeffry- Demensi, Ai@reel, Teja, Penabahari dan Lanabulu, Cekodokmasin.

Kepada Saudara Amirhamzah - Segalanyamungkin, terpaksalah saya belanja makan kueytiow udang kat Warong Rakyat Pesta, BP petang ni. Jika dia gagal menghadirkan diri, niat nak belanja tidak akan dibawa pada hari esok. Selamatlah saya.

Untuk semua - N3 kali ni saya menyediakan soalan lagi dengan perkataan baru yang saya kemukakan. Ini termasuk perkataan lama yang masih belum dijawab. Saya minta untuk semua tuan/puan /cik / adik / kakak mencubanya. Tapi soalan ini tidak dibuka kepada saudara Amirhamzah, bukanlah saya takut untuk membelanjanya kueatiow udang, tapi sebab dia dah jadi Johan kalau dia menang lagi takan dia nak jadi Johan memanjang pulak.

Perkataannya dan pembayangnya ialah :-

1. kedek (alat)
2. ngetet (perbuatan)
3. lasuh ( anggota badan )
4. mencekaunya ( perkataan yang menunjukkan )
5. leca ( alat )
6. hadap (perbuatan)

7. hampang (perbuatan)
8. boko (perbuatan )
9. mentakedarah (perbuatan )

10. mengcoho ( perbuatan )

11. hamput (perbuatan )


Inilah sebelas perkataan yang dulu-dulu pernah kita dengar tetapi sekarang telah berlalu dibawa arus perubahan ungkapan asakini kerana ianya telah digantikan dengan perkataan baru yang lebih manis, muluk dan indah-indah.

SILALAH CUBA MENJAWABNYA,
TERIMA KASIH.
WASSALLAM.....!!!!!


12 ulasan:

  1. Salam bro Zed, nanti nak cuba tp bg masa sket..hehe

    BalasPadam
  2. Salam Intan RH,

    Boleh Intan lamapun tak pe, rujuklah mana-mana kamus dan kawan-kawan yang ada.

    Terima kasih kerana sempat singah hari ni.

    BalasPadam
  3. hehehe.....tak dapat masuk lagi pun tak apa le....yang penting dapat 'mentakedarah' kotiow udang FREE petang ni.

    BalasPadam
  4. Salam Bro Amir,

    Ucapan Tahniah le saya berikan kepada anda. Silap saya juga, sepatutnya N3 awal tu saya larang bro dari menyertainya.

    Ah tak kisah le, fasal "mentakedarah" ni apa ada hal. Ikatan persahabatan yang utama. He..he....he...

    saya dah terbayang senyuman berlesung pipit bro petang ni nanti nak meng"enen" saya.

    BalasPadam
  5. Salam Hj. Zed..

    Dah bbrp hari kakcik tak masuk ke mana2 rumah, mahupun rumah sendiri... Kakcik cuba jawab mana yang kakcik rasa kakcik tahu... kalau salah tolong betulkan :)

    mencekaunya = mendapatnya @ mendapatkannya
    leca = cadar
    hadap = hendak sangat-sangat (kebulur, kata orang Perak)
    mentekedarah = makan dengan lahap
    hamput = maki

    yang lain tu kakcik tak tahu.. hehehe...

    BalasPadam
  6. Salam Kakcikseroja,

    Terima kasih lah sebab sempat singgah di rumah saya ni.

    Tiga jwapan kakcikseroja - HADAP, MENTEKEDARAH dan HAMPUT semuanya betul. Sementara LECA hampir tepat dan MENCEKAUNYA salah. Jawapannya ada di N3 akan datang.

    Jumpa lagi..salam bahari buat kakcik...

    BalasPadam
  7. salam sdr Hj Zedmagel..muga sejahtera..
    wah..ada gak nama idalara tempat ke 4 ye..
    ni ada lagi rupanya soalan..tak perasan td masa kt entri yg terbaru..
    bnyk perkataan yg ida tak tahu..rasa2pun hnya tahu 2 atau 3 perkataan saja:

    1.mencegkaunya - mengambil dgn menggunakan tangan
    2.boko - makan
    3.hadap- harap sgt2,nak sgt2 atau mahukan sesuatu
    4.mentakedarah-makan dengan lahapnya
    5.hamput-memarah atau memaki hamun

    yang lain ida kena tggu zed bg jwapannya.

    BalasPadam
  8. Salam Idalara,

    Tahniah Ida, Empat betul dan hanya satu je yang salah.

    MENCEKAUNYA = bukan mengambil atau mencapai atau mecakarnya. Tetapi TAK PERCAYA.

    Contoh ayat : "MENCEKAUNYA" KALAU KAU BERANI LALU KAT KUBURAN TU, JIKA TENGAH MALAM.
    Tu le maksud perkataan tersebut.

    Banyak yang Idalara tahu. Sebab tu saya rasa perkataan orang Melaka yang bermustautin di Johor..

    BalasPadam
  9. eheheh nak cuba ni:

    saya tahu mentakedarah.......belanja makan atau jom pi makan..ehheh sebab member selalu guna perkataan itu...

    BalasPadam
  10. Salam Tn Hj Zed

    Saya masih ada peluang lagi ke?

    BalasPadam
  11. Salam ai@reel,

    Silakan mencuba ai@reel,

    Betul lah tua, mentekedarah makan dengan lahapnya. Sama dengan mantokesembor. He..he. orang Joho tapi tu ayat lama, orang takut nak guna lagi.

    BalasPadam
  12. Salam Tuan Tama Dalyell,

    Untuk awak bila-bila pun saya akan membuka peluang ini. Tiada tarikh tutup untuk semua. He..he.. nanti lepas ni boleh mentakedarah..He..he...

    BalasPadam