Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

04 Februari 2010

JAWAPAN PENUH PERKATAAN DAN ISTILAH TEMPATAN

APA KATA WANITA -
Adik Zamzarina yang manis ni
pernahkah menggunakan perkataan lama?



Assalamuailaikum semua. Apa khabar?

Saya doakan semuanya sihat dan sejahtera.

Setelah sekian lama membiarkan minda anda bercelaru dan harubiru dengan beberapa perkataan/istilah tempatan lama yang jarang-jarang kita gunakan lagi. Saya kira masyarakat kita tidak menggunakan perkataan-perkataan tersebut disebabkan ianya telah digantikan dengan perkataan baru yang lebih lembut, bersopan dan kedengarannya lebih elok dan menarik untuk digunakan.

Untuk tidak memusangkan lagi minda anda, hari ini saya berikan jawapannya, secara tepat dan betul mengikut kebiasaan yang digunakan oleh masyarakat kita pada ketika itu. Tetapi di entry sebelum ini ada banyak perkataan lain yang saya berikan, silalah mengikutinya.

1. Perun - Tempat membakar sampah / atau perbuatan membakar sampah itu sendiri disebut me 'merun'. Ayat - Pak Dalyell mengumpul sampah sarap untuk dibuang di perun dibelakang rumah.

2. Tajo - Alat memancing , joran / atau perbuatan menahan (memacak ) pancing disatu tempat itu disebut menajo.

3. Cega - Berjaga-jaga (perbuatan ). Ayat - Syah Putra mencega Mat Bangla yang lalu didepan rumah dari mengusik adiknya.

4. Honges - Memakan buah dengan menggunakan mulut tanpa mengupas kulitnya. Ayat - Pak Kuntong menghonges buah asam ditangannya kerana terlalu lapar.

5. Kokel - Perbuatan memakan buah seperti honges (tetapi lebih sesuai untuk binatang). Ayat - Sungguh leka Sang Tupai mengokel buah durian di kebun Amirhamzah.

6. Kaus -
Katil. Ayat - Sila rujuk petikan ayat Syah Putra dalam komen di N3 lalu.

7. Gebar / Gebo -
Selimut - sila rujuk petikan ayat Syah Putra di N3 lalu ( ayat paling kelakar).


Jika kita sama-sama amat-amati dan kenangkan semula tentu kita pernah mendengarnya dari perbualan orang-orang lama seperti nenek dan datuk kita. Perlukah kita gunakan perkataan-perkataan tersebut, biarpun telah ada perkatan baru yang lebih elok, mulus yang menggantikannya.

SALAM HORMAT DARI SAYA...JUMPA LAGI.

14 ulasan:

  1. Tuan terima kasih atas ucapan dan doa
    insya Allah akan sakura tunaikan permintaan tuan itu heheheh

    BalasPadam
  2. Salam sdrku Hj Zedmagel,
    Terima kasih atas penjelasan. Kata2 lama perlu kekal demi memperkayakan bahasa kita. Senang sekali dengan usaha sdr memperkenalkan istilah begini yg pastinya memberi faedah kepada semua golongan. Teruskan usaha yg baik ini.
    Terima kasih atas komen di blog saya.

    BalasPadam
  3. Salam Sakurasa 2,

    Terima kasih kerana sudi singgah di rumah saya. Saya faham pengantin baru, tentu sibuk dengan tanggungjawab baru. Semoga sentiasa bahagia.

    BalasPadam
  4. Salam Saudaraku Haji Penabahari,

    Satu pandangan bernas dari seorang pemuisi seperti saudara. Terima kasih terhadap komen yang membina ini.

    BalasPadam
  5. salam zedmagel...

    haa... dah lama saya nak komen kat sini... tapi saya ada problem setiap kali nak tulis di sini.. akhirnya hajat tue tercapai..hehe..

    dalam entry nie cuma perkatan gebor jee yg saya tahu yg lain tak pasti... lagi pun perkataan tue mengikut kegunaan dlm seharian didlm setiap negeri...

    BalasPadam
  6. salam sdr Zed..
    terimakasih atas doa sdr buat sahabat semua..mudah2an sdr juga berbahagia di dunia dan akhirat nnti..
    terimakasih dah bg jawapan pada persoalan yg lalu..ada jwpan sy yg betul tp kurang tepat huraiannya..apa2pn nnti bagilah lagi soalan2 begitu untuk meluaskan lagi pengetahuan bahasa yg jarang diguna pakai.

    BalasPadam
  7. Salam Zaijb,

    Lama tak dengar cerita puan, terima kasih singgah. Masaalah ternet dah selesai ye. Gebor je yang awak tau?. Aku kokel juga budak zaijb ni karang...he..he.

    Sehari selembar benag, lama-lama menjadi gebor.

    BalasPadam
  8. Salam Idalara,

    Terima kasih Idalara, sempat singah disini. Banyak jawapan yang telah dijawab semoga tambah lagi perbendaharaan kata kita semua...

    BalasPadam
  9. Senyum sarwar asahan teman,
    Mayang sari kartika buana;
    Sekuntum mawar hiasan taman,
    Tidak berseri bulan dibuatnya.

    Mayang sari kartika buana,
    Sanggul dewa hiasan cik puan;
    Tidak berseri bulan jadinya,
    Sungguh istimewa sajian tuan.

    Hehheh, sila jawab sahabat-sahabat sekelian ini himpunan perkataan lama dalam pantun lama.

    Ini kan ngobrol namanya ... iya ngak Tuan Haji Zed.

    BalasPadam
  10. Salam Tuan Tam Dalyell,

    Dah berpantun mantun pulak adik saya yang seorang ni. Tak kisah, malu jika orang lama yang suka ngobrol kat pojok rakyat tak reti-reti nak berpantun, saya mesti jawab punya, cuma sedap tak sedap aje le. Jawab tetap jawab.

    Leka besembang ditepi taman,
    Kata bestari tidak bersengit,
    Sejambak mawar kembang di taman,
    Bulan yang penuh penyeri langit.

    Sang Raja Dewa turun ke paya,
    Keris diselit sepuh tempawan,
    Apalah ada di laman saya,
    Jika dibanding di laman tuan.

    Amacam Tuan Dalyell? Ada berani nak menjual pantun lagi? He..he..

    BalasPadam
  11. salam..

    terima kasih atas segala komen saudara doblog kami......

    insyallah bila tiba waktunya akan saya maklumkan pada saudara...

    BalasPadam
  12. Salam Aireel,

    Sama-sama, sesuatu yang baik, kita mesti memberikan sokongan yang sewajarnya.

    BalasPadam
  13. Salam Tn Hj;

    Nasi beriani daging panggang,
    Seikat tapai Selat Merantin;
    Mana berani saya kegelanggang,
    Setakat pandai silat pengantin.

    Mengaku kalah saya Bang Aji ooiii.

    BalasPadam
  14. Salam Tuan Tam Dalyell,

    Batik Kediri muatan barang,
    Baju kebarung berikat kain,
    Merendah diri adik nan sorang,
    Bukan bertarung, sekadar bermain.

    He..he..Kalau tuan tak berani, saya lagi lah takut.. Salam tuan Tam Dayyell...

    BalasPadam