Senarai Blog Saya

Teman, Rakan dan Sahabat

Cari Blog Ini

09 April 2010

ANJUNG SEMBANG


PEMANDANGAN KAMPUNG SAYA..
PADA SUATU MASA DULU..........








ANJUNG RUMAH KAMPUNG...
TEMPAT ENAK NGOBROL


Suatu masa dahulu......

Rumah-rumah kampung Melayu tradisi banyak menyediakan tempat dan bahagian untuk tetamu mereka datang atau berkunjung serta bersembang (ngobrol). Kebiasaannya ruang tamu untuk kaum wanita, hadapan atau di dalam bilik untuk gadis-gadis, di bawah pondok teduhan kaum prianya dan teristimewa di anjung rumah bagi kaum lelaki.

Tiada topik tertentu untuk mereka bualkan. Tetapi yang pastinya topik itu sedap dan menarik untuk dikuti. Ditambah lagi dengan tokok tambah auta dan mengata sikit-sikit. Ralitlah sang pendengar mendengarkannya. Kebanyakan tetamu yang mampir untuk bersembang tidak mengenakan pakaian formal. Mereka datang dalam pakaian yang biasa-biasa. Bagi kaum bapa, mereka mungkin datang dengan kain sarung dan berlenging (tanpa baju) sahaja. Kaum ibu mungkin datang cara berkemban, sebab tujuan mereka untuk ke telaga yang berhampiran, disebabkan melihat `kaki" telah sedia berkumpul, mereka singgah untuk mengetahui pokok pangakal soksek cerita.

Sembang malam paling sedap dan santai untuk diikuti, ini kerana masanya yang panjang. Tambah lagi jika kopi O gobres disediakan oleh tuan rumah, lawannya rebus ubi dan sambal belacan tengahari tadi. Jika kopi O ditambah borak ini, nampaknya boleh sampai ke pagi.

Sembang pagi, masanya tak lama. Kebanyakan kaum bapa dijerit oleh isteri dari rumah yang berdekatan sebab belacan yang dipesan belum dibeli lagi, sehingga matahari dah naik segalah.Tau-tau sang suami yang meleleh air liur tadi hilang sekelip mata, tercongkok di laman rumah dengan bungkusan belacan pesanan.

Sementara kaum ibu pula akan dijerkah oleh si suami yang baru balik dari kebun kerana nasi tak di tanak lagi, sedangkan perut dah berbunyi.

Itulah sedikit hal sembang orang kampung. Sungguh indah dan menyeronokan. Sekarang sessi sembang dan ngobrol itu telah tiada, sebab internet dan TV sudah mengganti. Kaum ibu dan suami dah leka di depan PC, untuk apa?. Bersembang juga lah tapi di laman maya, bukan di anjung rumah lagi.....


10 ulasan:

  1. salam...

    seronok gak dulu2...
    tapi betul lee tue kita dah banyak kemudahan suasana seperti itu dah tiada lagi....

    BalasPadam
  2. Anjung / pangkin kat rumah saya skrg pon dah jarang diduduk!

    maklumlah rumah dah tgl 0 klu dedua pgi kerja!

    klu dulu masa arwah mak ada, setiap hari ade je yg dtg ngobrol2...plg tidak pun dua hari sekali. Skrg dah sunyi sepi...

    x(

    BalasPadam
  3. salam bro, leni tak sesuai dah ibu2 nak berborak kat anjung..tu dh namanya gossip...mcm2 gossip ada smp dapur tak berasap hehe

    BalasPadam
  4. Salam Zaijb,

    Setuju dengan pandangan anda, kebiasaan akan mengikut perubahan melalui inovasi dan evolosi semasa.

    BalasPadam
  5. Salam Jaja,

    Pertama Tahniah, selamat melahirkan baby boy yang comel. Tu le pasal, sekarang ni amin dan pangkin namak kurang serinya tanpa penghuni tetap macam dulu, membuatkan ambin jadi tempat lepak si tompok dan si jalak sahaja.

    BalasPadam
  6. Salam Intan,

    La ni memang dah tak sesuai borak di anjung. Lately suri rumah semabang kat ternet je. ibu-ibu sekarang dapur tak berasap juga. Makan kat fast food abang-abang akhirnya..ha...ha..

    BalasPadam
  7. salam sdr Zed..
    zaman kecil dn remaja mng sentiasa terimbau kembali..juga pgalaman masa lalu tk kan sama dgn sekarang..
    klu dulu kita bersembang di anjung..skrg di coffe house, kopitiam dan lebih cnggih di FB atau YM..masa merubah segalanya..

    BalasPadam
  8. Salam Idalara,

    Masa dan suasana banyak merubah segalanya.Begitulah kehidupana

    BalasPadam
  9. keren,.. ceritanya...meskipun itu kampung tpi tampak sgt indah

    BalasPadam
  10. Salam dek bagoes,

    Benar, kebanyakan kampung dulu-dulu pemandangannya sangat menarik dan indah untuk dinikmati. Sekarang ngak kedapatan lagi...

    BalasPadam